Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Sabtu, 29 Ogos 2009

Ulama' Perang


Ketika semboyan seruan perang melawan ROM dikumandangkan, Abdullah ibnu Mubarak (ulama hadith yang sangat zuhud) yang sedang mengajar murid-muridnya di Masjidil Haram bangun dan segera keluar meninggalkan majlis tersebut untuk mengambil kuda tunggangannya beserta pedang dan baju besi, lalu terus bertolak ke medan perang.

Penduduk kota Makkah berkata kepada Abdullah ibn Mubarak.." wahai ibn Mubarak, janganlah engkau pergi, bukankah sudah ramai orang selain kamu telah ikut berperang... tetaplah kamu di sini mengajarkan kami ilmu "

Lalu Abdullah ibn Mubarak menjawab:

Kebencian hidup dan takut kepada Allah telah mengeluarkan aku..
Untuk menjual diriku dengan yang tidak terukur nilainya..
Aku telah menimbangi yang Abadi dengan yang Fana..
Demi Allah ternyata keduanya tidak sama....





jazakallah...
Allahuakbar !!!







Ya abidal haramain






Moving lines of poetry written from the front line by Imam 'Abdullah ibn al-Mubarak, the great Muhaddith, Faqih, Zahid, Mujahid, Warrior-Poet, pupil of Imam Abu Hanifah and Shaykh of Imam al-Bukhari, to Fudayl b. 'Iyad al-Tamimi, the great 'Abid, Shaykh of the Makkan Haram, pupil of Imam al-Shafi'i:


يا عابد الحرمين لو ابصرتنا

O Worshiper at the Two Holy Sanctuaries, Had you witnessed us


لعلمت انك في العبادة تلعب
You would have known that your worship is mere play, frivolous;


من كان يخضب خده بدموعه

فنحورنا بدمائنا تتخضب
For every tear you have shed upon your cheek, We have shed in its place, blood upon our chests.

أو كان يتعب خيله في باطل

فخيولنا يوم الصبيحة تتعب


You are playing with your worship, While worshipers offer your worship, Mujahideen offer their blood and person (life).

ريح العبير لكم ونحن عبيرنا

رهج السنابك والغبار الأطيب

The smell of nice perfume of is for you, And our perfume is the dust and dirt (which is more pure)
ولقد اتانا من مقال نبينا
And it has reached us from the sayings of our Prophet
قول صحيح صادق لا يكذب
This is a true correct saying, in which there is no lie.
لا يستوي غبار خيل الله في
The dust of the people of Allah is never equal
أنف امرئ ودخان نار تلهب
To a thousand men, whilst the smoke is climbing.
هذا كتاب الله يحكم بيننا
This is the book of Allah between us
ليس الشهيد بميت لا يكذب
The martyr is not dead - and this is no lie

-'Abdullah ibn Mubarak









jazakallah....

Allahuakbar !!!







Khamis, 27 Ogos 2009

Peperangan Ain Jalut









Pada kurun ke-7 hijrah, tentera Tatar telah melancarkan salah satu serangan terbesar mereka di bumi Khilafah Islamiah, mengakibatkan tergadainya ibu-negara Khilafah, Baghdad, pembunuhan Khalifah dan penaklukan 3/4 bumi Umat Islam. Pada ketika itu, salah seorang pemimpin teragung dalam sejarah Islam muncul membela Ummah mulia ini dan mengangkat kembali maruah Islam. Ini dicapai beliau melalui satu peperangan hebat dalam sejarah. Baginda ialah "Raja Kemenangan" Mahmood Sayfu-d-Deen Qutuz, dan peperangan tersebut adalah 'Ain Jaloot.

Penaklukan Tatar

Tentera Tatar mula mencerobohi bumi Umat Islam pada penghujung tahun 656 hijrah. Apabila Khalifah ketika itu, Abu Ahmad al-Musta'sim Billah, mula menyiapkan bala tentera beliau untuk menyekat pencerobohan ini, menteri baginda "al-'Alkami" memperdayakan beliau agar berdamai dengan pihak musuh. Al-Alkami, seorang Shiah, telah berhubung secara sulit dengan pihak Tatar, berjanji dengan mereka untuk menghentikan apa-apa tentangan terhadap mereka dengan syarat Tatar melantik beliau sebagai Khalifah dan membenarkan beliau menubuhkan kerajaan Shiah sebliau sendiri di Baghdad.

Apabila al-Alkami berjaya memperdayakan pemimpin umat Islam dan meyakinkan baginda bahawa perjanjian damai telahpun berjaya dicapai dengan pihak Tatar, al-Musta'sim berangkat bersama-sama dengan para menteri baginda dan para ulama serta para pemimpin Baghdad untuk bertemu dengan pemimpin Tatar. Kesemua mereka kemudiannya dibunuh dan Baghdad kemudiannya ditawan oleh tentera Tatar dan maruah serta harga diri umat Islam Baghdad dicemar dengan kejam.

Pengkhianat al-Alkami bagaimanapun tidak dapat memenuhi cita-citanya kerena, tentera Tatar, yang yakin bahawa seseorang yang mengkhianati pemimpinnya sendiri tidak mungkin dapat dipercayai, telah membunuhnya juga.

Berikutan dengan penaklukan Baghdad, umat Islam mengalami banyak kekalahan dan banyak lagi bandar-bandar yang tertawan. Tentera Tatar, setelah merampas seluruh Iraq, telah mula memusnahkan bumi Shaam (termasuklah Syria, Jordan, Palestin, Lubnan dan sebahagian daripada Mesir dan Iraq), sebagai membalas keengganan para pemduduk bandar-bandar ini menyerah kalah.

Dengan kejatuhan Damascus, tentera Tatar mara ke arah Mesir dan Maghribi, pertahanan umat Islam yang terakhir pada ketika itu, yang sekiranya jatuh ke tangan musuh, mungkin menghancurkan sama sekali ummah ini.

Ketua tentera Tatar, "Katabgha", kemudiannya seperti biasa mengutuskan sepucuk surat penuh dengan amaran dan ugutan kepada Amir umat Islam di Mesir. Antara lain kandungan surat tersebut adalah; "Kami telah menghancurkan bumi umat Islam sebelum ini, meyatimkan anak-anak, menyiksa penduduknya dan membunuh mereka, mencemarkan maruah mereka dan menjadikan pemimpin-pemimpin mereka banduan. Adakah kamu fikir kamu dapat menyelamatkan diri dari kami? Tidak seberapa lama lagi kamu akan tahu apakah nasib kamu...."

Walaupun bahasanya kasar dan tidaklah sehebat mana, tetapi surat dari tentera Tatar itu memberi kesan yang sangat mendalam pada umat Islam ketika itu kerana kelemahan mereka dan kerendahan peradaban serta akhlak mereka.

Pemimpin Umat Islam, Qutuz, yang dibesarkan dengan ajaran-ajaran Rasulullah SAW, memberikan jawapan yang berlainan daripada yang diberikan oleh lain-lain pemimpin umat Islam; baginda membunuh utusan Tatar tersebut dan membiarkan mayat-mayat mereka bergantungan di ibukota baginda, menaikkan kembali semangat tentera dan rakyat baginda dan pada masa yang sama memberikan kejutan pada musuh yang angkuh lagi bongkak itu beserta dengan pengintip dan penyokong-penyokong mereka.

Apabila jawapan Qutuz sampai kepada tentera Tatar menerusi pengintip-pengintip mereka di Mesir, mereka sedar bahawa pemimpin yang sedang mereka hadapi ini berlainan sekali, bukan seperti yang telah mereka temui.

Sekiranya mereka mengetahui sejarah, tentu sekali mereka sedar bahawa pemimpin umat Islam ini mencontohi Haroon ar-Rashid dalam jawapan baginda kepada pemimpin Roman, Nakfoor dan juga jawapan al-Mu'tasim kepada gabenor Amouriyah, dan pastinya mereka tidak akan berani berhadapan dengan baginda.

Persediaan Peperangan

Qutuz menyedari bahawa jawapan yang sedemikian berani pasti akan mempercepatkan lagi serangan yang hebat ke atas baginda dan rakyat beliau; lantas perlulah mereka membuat persediaan.

Maka beliau mula menyiapkan rakyat beliau dengan senjata iman dan kesatuan, sebelum menyiapkan mereka dengan senjata-senjata besi. Bagi mencapai kesatuan, beliau menghantar utusan kepada pemimpin-pemimpin yang berpecah dari kerajaan beliau dan para Amir Mamluk, seperti "Beber al-Bandakan" yang kemudiannya terkenal sebagai, "Bebeer yang hebat", meminta mereka mengenepikan perselisihan faham antara mereka dan bersatu demi mengalahkan musuh utama mereka, musuh Islam.

Qutuz, menyedari peranan penting para ulama dan pengaruh mereka ke atas rakyat umum, meminta bantuan dan sokongan dari para ulama, meminta mereka mendoakan kemenangan, dan menyeru rakyat agar bangun demi Islam. Beliau menjadikan para ulama sebagai penasihat utama beliau.

Ulama yang paling terkenal yang turut menyumbang ke arah perjuangan ini adalah, "Pemimpin para Ulama", al-'Izz bin Abdis-Salam. Qutuz meminta Bin Abdis-Salam mengeluarkan fatwa yang membenarkan beliau mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada rakyat jelata demi untuk mempersiapkan tentera umat Islam. Ulama Islam yang ikhlas ini menjelaskan bahawa gabenor ini tidak boleh mengenakan cukai yang baru, melainkan setelah seluruh kekayaan gabenor, serta kekayaan para pemimpin dan sanak-saudara beliau, telah habis dibelanjakan. Al-'Izz turut memaksa penjualan ketua-ketua tentera Mamluk, kerana mereka belum lagi merdeka dari penghambaan mereka (Mamluk kebanyakan merupakan hamba yang turut serta di dalam tentera dan mendapatkan kuasa secara perlahan-lahan sehinga akhirnya mereka mguasai angkatan tentera).

Wang yang diperlukan itu akhirnya berjaya dikumpulkan tanpa perlu mengenakan apa-apa cukai tambahan ke atas rakyat. Melihatkan kepatuhan pemimpin mereka pada Hukum Allah SWT sepertimanya digariskan oleh ulama-ulama, rakyat bangkit dari lamunan mereka dan memberikan taat setia kepada Qutuz dan menyedari tanggungjawab mereka dalam Jihad dan berkorban pada Jalan Allah demi menyekat penaklukan bumi umat Islam.

Peperangan

Berpandukan pada kata-kata Rasulullah SAW, "mereka yang diserang ditengah-tengah bumi mereka sendiri (iaitu mereka yang hanya bertahan) akan terhina," Qutuz mengarahkan tentera beliau mara untuk berhadapan dengan musuh. Beliau juga menghantar satu batalion eksploitasi di bawah pimpinan Beebers ke arah Gazza di Palestin, yang berhadapan dengan bahagian-bahagian kecil tentera Tatar dan mengalahkan mereka. Ini melindungi pergerakan tentera utama di bawah pimpinan Qutuz, yang akhirnya tiba berhampiran dengan pantai Palestin, kubu kuat tentera salib. Qutuz memberi amaran kepada tentera salib dan menjelaskan kepada mereka yang beliau mampu mengalahkan mereka dengan mudah sebelum berhadapan dengan tentera Tatar, sekiranya mereka tidak bersikap neutral dalam peperangan ini. Menyedari kebenaran amaran ini dan melihat kekuatan tentera Islam, tentera salib terpaksa bersikap neutral bagi mengelakkan mereka dihancurkan.

Apabila tentera utama Islam tiba berhampiran dengan musuh, Qutuz memilih medan perang di sebuah lembah yang dikelilingi dengan pergunungan. Beliau juga meletakkan tentera beliau di atas gunung-gunung untuk mempertahankan bahagian belakang angkatan tenteranya daripada tentera salib, Tatar, mahupun pengkhianatan dalaman.

Tentera Tatar akhirnya tiba di kawasan yang akan menjadi matlamat terakhir mereka. Pertempuran meletus dan keseimbangan pertempuran mula beralih kepada pihak Tatar; sayap kanan tentera Tatar mula melemahkan sayap kiri tentera Islam. Apabila tentera Islam mula berundur, Qutuz segera memanjat ke atas seketul batu dan sambil mencampakkan keledar beliau, berteriak, "Wa Islamah...Wa Islamah....," menggesa tentera Islam agar terus berdiri, berjuang menentang musuh-musuh Allah. Panglima-panglima tentera Islam yang mula kecewa mendengar seruan pemimpin utama mereka dan melihat wajah beliau yang bersemangat, menghayun pedang beliau, memecahkan benteng-benteng tentera Tatar, meninggalkan mayat-mayat musuh bergelimpangan. Keberanian Qutuz menghidupkan kembali semangat para panglima tenteranya yang terus mengikut jejak langkah beliau; mengangkat kembali semangat tentera Islam.

Tidak lama kemudian, pertempuran mula berpihak kepada umat Islam, hingga akhirnya tentera Tatar bertaburan, ramai dari tenteranya terbunuh dan ditawan. Manakala selebihnya melarikan diri berikutan dengan terbunuhnya ketua mereka dan tertawannya anak lelakinya. Tidak seorangpun dari tentera Tatar ini berjaya melepaskan diri dari terbunuh atau ditawan - mereka yang melarikan diri dibunuh kemudiannya oleh para penduduk Shaam.

Apabila beri kemenangan ini sampai ke bandar Damascus dan sekitarnya, umat Islam meraikanya dan kembali bersemangat serta mula menyerang tentera-tentera Tatar lain. Mereka juga menyerang pihak yang menyokong tentera Tatar, termasuklah sebahagian tentera salib, Batini ('Alawi), Shiah dan sebahagian pengikut kesufian yang sesat.

Apabila tentera Tatar menyedari bahawa kekuatan mereka di bumi Islam Timur mula terancam dan umat Islam mula bangkit, mereka melarikan diri kembali ke negara mereka. Qutuz berjaya membebaskan Shaam dalam masa beberapa minggu sahaja.

Qutuz membalas jasa para pemimpin Umat Islam yang membantu beliau mencapai kemenangan dengan mengembalikan sesetengah dari raja-raja Ayubi ke negeri mereka dan melantik sebahagian dari panglima-panglima beliau sebagai gabenor.

Sebab-sebab di Sebalik Kemenangan

Sekiranya kita mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan ini, kita akan mendapati bahawa faktor-faktor ini tidak pernah, dan tidak akan berubah sejak dari wahyu pertama sehinggalah ke hari Kiamat.

Syarat pertama adalah keimanan yang sejati dan benar - dan para ulama sejati sebagai tempat rujukan kita - yang tidak takutkan pemerintah ataupun gabenor dalam memmpertahankan agama Allah. Mereka diwakili oleh "Pemimpin para Ulama", al-'Izz bin Abdis-Salam, moga Allah merahmati beliau.

Syarat kedua pula adalah untuk mempunyai seorang pemimpin yang ikhlas berusaha mengangkat Ayat-ayat Allah dan mempertahankan Agama Allah demi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ini diwakili oleh "Raja Kemenangan" Qutuz, moga Allah merahmati beliau.

Syarat yang ketika dan yang amat penting adalah kesatuan umat Islam di bawah satu panji Tauhid yang sebenar, berkongsi matlamat dan tanggungjawab, mengenepikan perselisihan kecil antara mereka.

Kesan Peperangan

Kesan nyata peperangan ini adalah pembebasan umat Islam dari pemerintahan Tatar dan kepercayaan mereka yang menyeleweng, menaikkan kembali semangat dan harga diri umat Islam, dan penyebaran Aqeedah sebenar yang menekankan Jihad dan melarang dari kemalasan dan menyerah diri.

Sebelum peperangan ini, sesetengah riwayat menyatakan bahawa seorang wanita Tatar akan lalu melepasi sekumpulan lelaki Islam dan dia akan mengarahkan mereka agar menunggunya mencari sebilah pisau untuk menyembelih mereka; dan mereka akan menurut arahan ini, menunggu berjam-jam, malah berhari-hari, sehinggalah mereka disembelih. Namun, selepas kemenangan ini, umat Islam pula yang memburu tentera-tentera Tatar; berperang dan membunuh mereka.

Satu lagi kesan penting adalah tertubuhnya semula sebuah kerajaan Islam yang kuat selepas ia hampir-hampir pupus. Khilfah ini berdiri megah selama berabad lamanya mempertahankan Islam dan umat Islam daripada kekejaman dan ketamakkan sesiapa sahaja.

Peperangan ini juga membuktikan kepada umat Islam akan fitrah yang sentiasa benar; walau bagaimana lemah dan bertaburan umat Islam itu, apabila mereka kembali kepada Jalan Allah dan Rasul-Nya yang sejati dan lurus, serta jalan-jalan para pengikutnya yang sebenar, mereka akan mencapai kemenangan.

Ia juga membuktikan bahawa walau bagaimana kuat dan agungnya panji-panji kesesatan dan kekejaman itu, ia pasti dikalahkan juga akhirnya.

Ia juga merupakan satu amaran kepada pemerintah-pemerintah yang kononnya melaksanakan Islam di bumi-bumi umat Islam, yang nasib mereka juga tidak akan berlainan dengan pemerintah-pemerintah seperti mereka sebelum ini, apabila pemerintahan dan kekuasaan mereka lenyap.

Oleh Sdr. Muhammad El-Halaby



jazakallah...

Allahuakbar !!!








Pesanan Ust Tuan Ibrahim


Pada Ramadhan kali ini, saya menyeru agar kita memelihara ibadah puasa kita, bukan sekadar menjaga makan, minum dan perkara membatal pada lahiriyah sahaja, sebaliknya mari kita pelihara pakaian agar tidak mendedahkan aurat, kita pelihara mata agar tidak melihat perkara yang diharamkan, memelihara telinga dari mendengar perkara yang tidak mendatangkan manfaat, memelihara makanan, minuman sewaktu berbuka dan bersahur agar tidak dari tangan-tangan yang fasiq, dan tidak melakukan pembaziran. Awasilah apa yang akan disuap ke mulut, kerana ia akan menjadi darah daging, peliharakan ia agar hati tidak menjadi keras dan akhirnya menghilangkan kelazatan ibadah.






Allahuakbar !!!.... jazakallah






Rabu, 26 Ogos 2009

Surat Ibn Mubarak kepada Fudhail bin Iyadh




Wahai abid haram,

Makkah dan Madinah


Andai engkau melihat kami

Kau pasti akan sedar bahawa engkau tengah bermain dengan ibadah


Kau basahi pipimu dengan air mata

Sementara pipi kami bersimbah darah


Kau lelahkan kudamu dalam kebatilan

Sementara kuda kami letih kerana peperangan


Semerbak wewangian menghembusmu

Sementara kami diterpa taburan debu





Allahuakbar !!!

jazakallah






Selasa, 25 Ogos 2009

Rabu, 19 Ogos 2009



Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan



Maka lahirlah satu jiwa,
Satu nama khalifah dariNya...

Kemampuan semua insan
Angkatlah tangan perjuangkan
Jiwa kelam gelap hitam
Akan disuntikkan dengan jihad jalan kita

Kekuatan si khalifah bersertakan keyakinan
Perjuangan pasti menang akan ditunaikan
Walau putih tulang abu jadi debu
Walau putih tulang abu jadi debu

Bangun sedarlah daripada tidur itu
Marakan api janji dirimu
Racun tidak akan membunuh fikiranmu
Tapi hanyalah takdir dan waktu

Jasad terpisah dengan nyawa
Yang tinggal hanya nama dan amalan kita
Agar memang di tangan Esa
Dia penentu segala semua kehendakNya

Hanya takut pada Tuan yang empunya
Alam maya bukan milik kita
Hanya duduk sementara saja
cuma nama itu milik kita



Sabtu, 15 Ogos 2009

Harta, Tahta , Wanita atau ....?




Alhamdulillah, berkat tarbiyyah dari Allah swt membuatkan kita sentiasa berfikir kepada hakikat kehidupan manusia. Walaupun masalah yang datang tak kunjung sudah, seolah-olah tidak sempat berehat dari memikirkannya, namun disana terdapat satu ketenangan yang mampu meredakan ammarah dalam diri kita bagi yang berfikir... Ketenangan inilah yang kembali mendekatkan kita kepada Allah...Ketenangan ini bakal diperolehi apabila kita kembali kepada Allah sepenuhnya... Apakah yang menyebabkan manusia itu senantiasa resah, gelisah, bimbang sehingga hilang pertimbangan dalam mengatur kehidupan?, dan malangnya lagi , perasaan yang berbekam ini mengundang rasa putus asa dengan Allah dek tiupan angin hembusan syaitan laknatullah. Menyebabkan insan kecewa yang terdesak ini, berfikir dengan nafsu ammarahnya atas setiap tindakan dan komentarnya.Keyakinan kepada Allah, hanya tinggal pada mulut dan kata-kata. Kebergantungan mutlak pada Allah makin hari makin menipis dan akhirnya menjadikan mereka ini beraqidahkan kepada edologi dan pemikiran semata-mata... Saya kira puncanya banyak. Tetapi cukuplah sekadar kita berkongsi 3 punca besar ini dahulu iaitu HARTA , TAHTA , WANITA..


harta : pic hiasan

Harta..atau seangkatannya pusaka keluarga, duit , gaji , imbuhan , pinjaman , kereta , rumah dan tanah.. Duit bukan segala-galanyanya, tapi semua benda perlukan duit...mati pun nak pakai duit... Tidak dinafikan duit penting... suami isteri cerai berai kes DUIT...sahabat baik boleh bergaduh kes DUIT....ustaz-ustaz boleh gelap mata kes DUIT, yang tak ustaz lagilah...pemimpin negara jadi hantu sebab DUIT...manusia lawan Allah juga sebab DUIT... mufti, kadi, dan ulama' jual agama juga sebab DUIT...

Duit-duit di mana kau duit......

Anggota kerajaan yang beragama islam ( penguatkuasa , ahli undang-undang , majlis perbandaran , polis , FRU , SB , pegawai tadbir , jabatan agama ) kadang- kadang menggadaikan islam juga kerana duit...buktinya, mereka menutup surau masjid dan menangkap ustaz-ustaz , mereka membelasah rakyat apabila menegur kerajaan bekenaan ISA, isu penghinaan Rasulullah , isu keadilan demokrasi , mereka menahan pejuang kebenaran , mereka menutup sekolah-sekolah agama dan pondok , mereka menerima rasuah dan tarik balik duit zakat dan sebagainya. Dengan alasan "kami hanya menurut perintah", "ini arahan pihak atasan","apa boleh buat, kami orang bawah"...kenapa beralasan begini !?... tidak lain dan tidak bukan kerana takut dikenakan tindakan tatatertib, dan ia akan memberi kesan kepada karier mereka khususnya GAJI... apa itu GAJI !?...Gaji itulah DUIT... Nah, kerana bimbangkan kedudukan gaji, mereka sanggup mengetepikan prinsip islam yang tertanam dalam jiwa mereka sejak kecil. Siapa tuhan kamu !!?... Bos, Ketua Jabatan, Board Director, kerajaan atau ALLAH !!?... Siapa yang mengawal rezeki kamu !!?..Bos, Ketua Jabatan, Board Director, kerajaan atau ALLAH !!?.... Siapa yang mengatur seluruh kehidupan kamu !!?... Bos, Ketua Jabatan, Board Director, kerajaan atau ALLAH !!?... tepuk dada tanya AQIDAH....

Sedar atau tidak duit kadang-kadang menjadi punca kita terhumban ke dalam neraka.. au'zubillah min zalik... Lalu bagimana jalan selamatnya ??... Adalah dengan meletakkan ASAS tindakan itu adalah ALLAH, asas duit itu adalah Allah , asas harta itu adalah Allah dan asas sumber rezeki itu adalah Allah... Maka dengan sendirinya akan tertolak sebarang unsur kufur , syirik dan toghut manusia serta toghut meterialisme jika Allah dijadikan subjek utama kehidupan. Harta akan menjadi IBADAH seandainya islam itu matlamatnya , tetapi harta juga akan menjadi celaka sekiranya diperolehi melalui melelong prinsip islam kepada anjing-anjing hizbu syaitan.


pangkat : pic hiasan

Tahta... atau kedudukan, jawatan, pangkat, pengaruh , kuasa, kerusi dan seangkatan dengannya. Pangkat sangat berkait rapat dengan harta... Kenapa masing-masing mempertahankan tahta?.. ialah kerana imbalannya.. apakah imbalannya ? .. ialah duit dan kuasa..

Tahta sana sini...

Jika diperhatikan fenomenanya, natijah kepada tahta ini sama sahaja dengan natijah harta... kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu meterialisme. Saya kira tidak perlulah dipanjangkan kerana kedua-duanya hampir sama. Barangkali sahabat-sahabat ada pandangan peribadi yang boleh sahaja kita kongsikan bersama, insyAllah..


pic hiasan

Wanita… perempuan, gadis atau sebagainya….ada orang kata mereka ini hiasan yang paling indah dalam dunia ini…ada juga orang kata mereka ini racun dan mereka juga penawar….ada orang kata mereka ini pembakar semangat dan mereka juga batu penghalang….Dan ada juga yang berpandangan mereka ini membahagiakan dan juga menderitakan….Apapun persepsinya , kita boleh saja meneroka lagi persepsi orang lain tentang pandangan mereka terhadap wanita yang boleh jadi benar dan boleh jadi kurang tepat…

Wanita adalah cabaran paling hebat yang perlu diharungi oleh ahli gerakan islam selepas harta dan tahta. Ramai yang terperangkap dalam masalah harta dan tahta berpunca dari wanita. Berapa ramai yang kalah dengan penangan wanita !?, berapa ramai yang rosak kerana terpaksa memenuhi permintaan dan kehendak wanita !? , dan berapa ramai yang terpaksa mengorbankan perinsip-perinsip kebenaran semata-mata untuk menjaga hati wanita atas desakan-desakan yang diberi secara langsung atau tidak langsung, yang akhirnya memberi kesan kepada perjuangan harakahtul islamiyah. Futur...Ya, istilah yang paling sesuai digunakan untuk penyakit lari dari perjuangan.

Seorang wanita mampu melalaikan seorang pejuang dari perjuangannya... Seorang wanita mampu menjauhkan pejuang dari perjuangannya sedikit demi sedikit... Seorang wanita juga mampu memisahkan sepenuhnya seorang pejuang dari perjuangannya... Sekiranya kita berhadapan dengan wanita-wanita seperti ini, maka jauhilah mereka...sekiranya berhubungan, maka putuskan segera... Jangan sampai menggadai perjuangan kerana meraikan mereka.... Jangan biar mereka mengatur kita, jangan biar mereka mencatur kita , jangan sampai kita tunduk kepada mereka....perjuangan ini terlalu mahal jika hendak ditukarkan dengan WANITA... buanglah dan tinggallah...

Justeru itu... pilihlah yang beragama, tetapi ingat, disamping itu mestilah yang tidak meletakkan sebarang syarat untuk perjuangan yang kita dokong selama ini. Pilihlah yang mahu bersama dalam perjuangan ini bukan yang membebankan kita dalam perjuangan...Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat ini, bahawa seandainya mereka menjarakkan kita dari perjuangan, maka perpisahan itu lebih layak baginya...



mujahiden

Memilih jalan mujahiden adalah jalan yang paling tepat dan selamat. Bermaksud tidak akan ada sama sekali kompromi antara HARTA atau TAHTA dan jauh sekali WANITA. Kerana bagi mereka ialah Redho Allah itu lebih utama. Matlamat mereka hanyalah Allah. Mereka adalah golongan yang tidak beralasan itu ini dalam melaksanakan tuntutan jihad. Tidak akan mereka peduli tentang kondisi harta, jauh sekali dalam hati mereka dan tidak ada tempat dalam diri mereka untuk meraih perhatian wanita kerana di hadapan mereka adalah mati syahid yang nyata....lalu sila tanyakan diri samaada Harta, Tahta , Wanita atau .... MUJAHIDEN?

wallahualam....

jazakallah....Allahuakbar !!!














Ahad, 9 Ogos 2009

F.R.U golongan ZALIM


kepada yang Muslim sahaja!!!

Sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi FRU dan SB dan seangkatan dengannya , sila lupakan niat itu sekiranya meletakkan Allah itu sebagai tuhan. Kepada yang kafir, sila abaikan mesej ini..









Khamis, 6 Ogos 2009

Can U imagine ?






That is why Al-Fahmu located on the top







Rabu, 5 Ogos 2009

U on which side ?







Just think about It !!!