Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Isnin, 31 Januari 2011

Pameran Kebesaran Allah

PAMERAN KEBESARAN ALLAH:


PADA PANDANGAN AL-QURAN DAN SAINS

(PICTORIAL EVENT)



Selasa, 11 Januari 2011

IDEA sampah...


Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan......




Assalamualaikum...

Idea adalah cetusan akal yang bersifat tiba-tiba...Contoh, nak masak makan tengah hari tapi tak tahu menu apa... tiba-tiba tercetus akal untuk masak tomyam tengah hari itu... Cetusan itu namanya IDEA...





Idealisma...

Idealisma juga cetusan akal, cumanya ia dijadikan pegangan, perjuangan, kepercayaan, ketaksuban dan ikutan. Contoh , Nasionalisma... tercetus akibat rasa terancam ke atas bangsa sendiri dan kekaguman pelik terhadap bangsa sendiri lalu lahir perasaan cintakan bangsa . Idealisma bersifat lemah dan cacat kerana datang dari otak manusia yang sangat ketinggalan dan lagi pula ianya hanya sekadar cetusan akal. Maka bodohlah sesiapa berpengang dan berpendirian pada idealisma...Walaupun dirasakan bagus dan hebat, tapi bodoh pada hakikatnya.

Islam bukan idealisma... kerana islam bukan bersifat cetusan akal yang berlaku tiba-tiba. Allah bukan zat yang lemah sehingga terpaksa perlu kepada cetusan idea untuk mencipta sesuatu... Cetusan idea hanya berlaku pada makhluk. Allah sudah tahu apa yang perlu dan apa yang tidak dan Allah tidak memerlukan kepada IDEA..

Maka jika ada sesiapa mengatakan tentang idealisma Islam, makhluk itu makhluk yang buta otaknya..Islam adalah WAHYU bukan IDEA...


Idealistik...

Merujuk kepada makhluk yang penuh dengan cetusan akal yang dirasakan bagus, sedangkan ia terlupa di dalam takungan idea itu lebih banyak sampah dari yang berguna. Dan malangnya mereka mendakwa ini adalah sifat-sifat leadership yang unggul...


IDEA SAMPAH...

Manusia kebanyakannya amat gemar memberikan idea sampah tanpa sedar idea itu sampah..
Idea sampah adalah idea yang terawang-awang..hanya sekadar lontaran idea kepada masyarakat atau kawan-kawan atau komuniti mesyuarat....


IDEA HEBAT...

Idea yang hebat adalah idea yang dapat dilaksanakan





jazakallah...
takbir!!!

Selasa, 4 Januari 2011

Nak CEPAT



Cepat....Cepat...Kita kena cepat baru menang..baru berjaya...


Manusia selalu nak yang cepat-cepat, nak kaya cepat, nak pandai cepat , nak menang cepat....

hangpa nak pi mana ni, yang nak cepat-cepat sangat ni ???.. Cuba bersabaq...dalam harakah ni kena sabaq dulu baru cepat...bukan cepat dulu baru sabaq... sebab.... kemenangan bukan hak kita... tapi hak Allah... siasah tu siasah juga, tapi ingat menang bukan jaminan...

Takkan lupa kot, arnab juga jenis yang cepat..tapi yang menang kura-kura...kehkehkeh...