Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Sabtu, 17 Disember 2011

Ilmu

" ilmu tak akan masuk dalam hati yang kotor"

- imam malik

apa itu hati yang kotor?

1- datang dengan tak ikhlas
2- dengan hati yang syak wasangka
3- datang dengan terpaksa

Jumaat, 16 Disember 2011

Tahu tak Tahu

Katakanlah sesuatu yang kamu tahu, dan diam bagi perkara yang tidak kamu ketahui dan sebutlah " Aku tidak mengetahui tentangnya"

- Soujiro Hiko

Khamis, 8 Disember 2011

Fi Amanillah

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan

Selasa, 6 Disember 2011

LEMBUNO



Agaknya kalau artis baru ni di calonkan dalam grammy award, rasanya kalah taylor swift. Siti norhaliza tak payah cakaplah, komfem tak tercalon kalau artis baru ini disenarai pendekkkan...

Kemunculannya berjaya menggegar industri media tanah air dan sekaligus meneggelamkan cerita hot artis2 lain... Siapakah artis baru kali ini ? dasyat benar bunyinya....

Ya memang dasyat.... itulah Mrs LUMBUNO Shah Al Terung... wuuhuuuuu big clap for you...peace yoll....so amazing...yeeaahhhhh...



Kuda VS Lembu.....

Adapun 2 binatang ini adalah haiwan, namun berbezalah jua martabatnya....perumpamaannya digunakan utk memuliakan dan menghinakan.... Laju macam kuda....bodo macam lembu...

Ghairah benar UMNO melebelkan PAS diperkudakan oleh DAP dan PKR,..PKR diperkudakan oleh PAS...dan DAP juga diperkudakan oleh PAS.... masing2 kuda memperkuda katanya...

Baiklah, kalu PAS diperkuda oleh sekutunya.... Maka PAS nak nyatakan UMNO diperLEMBUkan oleh kompenennya MCA dan MIC...

kuda digunakan untuk berjuang... kenderaan mulia untuk misi yang mulia...

Tetapi lembu hanyalah untuk disembelih dan dimakan yang akhirnya menjadi bahan buangan tahi sahaja.

Cik POMBU....

Kerana sinonimnya mereka dengan lembu, maka cakapnya juga sudah serupa lembu...

" aaaarrr kita dapati tiada sebarang unsur pecah amanah dan salah gunakuasa dalam NFC... dan siasatan masih dilakukan dan masih belum selesai".


Siasat tak habis lagi, kes masih dalam siasatan..tapi dah buat kesimpulan,,, dah keluar kenyataan...haiyakkk....lembu je buat kerja macam tu..Cik PO oh Cik PO..













Tumbang.....

PRU 13 kali ni bukan sahaja panas tapi tak tahan hidung menghidu tahi lembu yang berselepet di merata tempat...Kalu bau tahi lembu tu adalah UMNO.... Kalu selisih dengan UMNO, tutup hidung cepat...komfem bau tahi lembu...,.

Agaknya kali ni Pakatan Rakyat jangan mimpilah nak tumbangkan UMNO dan BN...Sebab lembu akan tanduk mereka sampai tumbang...

Sapa sangka kali ni UMNO kalah dengan lembu...keja tuhan kawannn...macam-macam boleh berlaku..


mooooooooooooooooooooooooo


Khamis, 1 Disember 2011

The Satanic Network



Tersebut di dalam kitab ‘Al-Arais’ karangan Abi Ishak,halaman 29,maksudnya : Diceritakan bahawasanya iblis berkata kepada Allah swt.

Iblis : Hai Tuhanku,telah Engkau laknat akan aku,telah Engkau keluarkan aku dari syurga,telah Engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela,padahal kepada Bani Adam telah Engkau bangkitkan para Rasul,maka siapakah Rasul-rasulku?

Allah swt : Rasul-rasulmu ialah tukang tenung.

Iblis : Apakah kitab-kitabku?

Allah swt : Wasyam,iaitu hikayat dan dongengan (mitos)

Iblis : Apakah hadisku?

Allah swt : Hadismu ialah dusta.

Iblis : Apakah bacaanku?

Allah swt : Baccanmu ialah syair.

Iblis : Siapakah tukang azan bagiku?

Allah swt : Tukang azanmu ialah seruling dan serunai (mizmar)

Iblis : Apakah rumahku?

Allah swt :Rumahmu ialah tandas.

Iblis : Apakah makananku?

Allah swt : Makanan yang tidak dibaca Bismillah ke atasnya.

Iblis : Apakah minumanku?

Allah swt : Minuman yang memabukkan.

Iblis : Siapakah jaringku?

Allah swt : Jaringmu ialah PEREMPUAN

Khamis, 17 November 2011

Kalut yang Buta


kawan...
  • -kita sudah menang dan ada kuasa di negeri ini, tunggu apa lagi ?.. tutup saja kelab2 malam itu...dan haramkan penjualan arak..!!!
  • -pecahkan saja kedai karaoke tu...abis cerita.
  • -Nak tunggu apa lagi? negeri ni sudah kita ambil..laksanakan terus.
  • -sudah sampai masanya kita lancarkan sistem ini 100 peratus. Jangan dolak dalih lagi..gaduh pun gaduh lah..ini jihad kita.


Lawan...

  1. kata nak buat hudud, so buatlah!
  2. kan sekarang dah ada kuasa, buat lah...dulu beria2 sangat
  3. mana dia janji kamu nak tutup kilang arak? Islam ker camni?!
  4. mana janji kamu?!! kami tuntut janji-janji dulu!!
  5. Omong kosong belaka!! ..bacul

  • kawan dan lawan....belajarlah dari lampu isyarat jalan....

wahai kawan...

  1. sapa kata kita x nak buat, sabarlah... kita sedang mengkaji bagaimana nak dilaksanakan dalam situasi masyarakat yang jahil...bukan mengkaji releven atau tidak...
  2. kuasa yang ada sekarang tidak besar... kalu bertindak secara drastik hari ini, akan datang akan dibalas dengan lebih dasyat.. kalo robohkan pusat karaoke sekarang...akan datang dia akan bina pusat karaike yang lebih besar lagi, sebab dia ada insurans..lagi besar maksiatnya...berdosa kita jadi penyebab kpd besarnya karaoke tu...
** dalam ujian memandu bahagian undang2 akan disoal " apakah yang perlu dilakukan ketika lampu isyarat jalan menunjukan warna hijau?"

a) jalan terus
b) jalan jika selamat
c) berhenti
d)matikan enjin

jawapan yang betul adalah B... kerana hanya boleh jalan jika selamat...disebabkan x semestinya selamat untuk jalan bila lampu menunjukan isyarat hijau.
jadi begitulah keadaan kita sekarang...masih belum selamat untuk jalan..


Hoi Lawan.....

  1. sapa kata kami tak mau buat...dah hangpa yang halang macam2..
  2. kami tak jual prinsip, dan kami tak akan berhenti untuk perjuangkannya
  3. bagi kami kuasa majority, saat tu kamu tengok!!..kami akan buat!!
** kalau lampu isyarat merah, jangan matikan enjin...cukuplah free gear saja..bila dah hijau, baru masuk gear dan tekan minyak... Kami sekarang sedang free gear...tapi enjin tetap hidup..


3,2,1....vrooommm




Rabu, 16 November 2011

Tarbiyyah Ayam Sabong



Adapun jagooan si ayam sabong orak kerana sifat semula jadinya semata, melainkan asuhan si tuan empunya...

makannya dijaga, mandinya dilayan, belainya tak dilepaskan dan tajinya diasah semedang..

Dek kesabaran si empunya menjaga di zaman telur lagi sehinggalah besar adanya... namun bukan semua selayaknya menyabong..

Si ibu mengeram telur 2 purnama masanya, yang kemudian memberi tanda rekahan pada kulit telur tanda tidak lama lagi lahirhah jagoan ulung..

Si empunya tidak bersikap isti'jal apabila melihat rekahan itu....tidak diketuk2 nya untuk mempercepatkan kelahiran, dan tidak dikopek-kopekkan kulit telur itu semata tidak sabar melihat generasi baru sabongannya...

tetapi dibiar sabongan itu matang sendiri dengan alamnya.. dirasakan udara sedikit demi sedikit dari celahan retakkan itu....dirasakan haba dan cuaca dunia sedikit demi sedikit dari celahan rekahan itu supaya sesuai dengan tubuhnya...tidaklah ia menerima secara tiba-tiba dan mengejut yang memungkinkan kecacatan dan kematiannya..

Kalut...

Sifat kalut atau isti'jal yakni tidak sabar menunggu lebih membawa kepada binasa... Maka tidaklah si empunya itu kalut... dibiarkan bayi sabongan itu keluar sendiri apabila dirasakan sesuai...kerana dengan cara ini sahajalah si empunya dapat melahirkan ayam sabongan bertaraf jagoan.. itulah tarbiyyah

Gerakan Islam..

begitupun gerakan islam itu dilarang keras untuk isti'jal kerana hanya celaka yang menanti disana. Pelbagai tuduhan dibuat dari golongan isti'jal antaranya Ulama lambat, masih menggunakan kaedah kuno, apa lagi nak ditarbiyyah kerana sekarang masa untuk memerintah..

Apabila politikus bangkai bicara dengan nada isti'jal..nantikanlah saat kehancuran... entah apa yang dikejarkan..sehingga diri sendiri berceceran... amilin yang jahil terus dengan kejahilannya...bekerja dengan semangat semata, bukan dengan semangat yang berjiwa,.. kerana tarbiyah sudah dianggap beban dan sia-sia.. Kalut mengopek kulit telur kerana gelojoh mahu melihat isi dalamnya...

Al- Banna...

satu catatan sejarah yang dipandang sepi dalam lipatan sejarah ikhwan muslimin... apabila ulama ikhwan dikatakan lambat dan tidak progresif dalam berhadapan pentadbiran mesir dan masih bertarik tali dengan kerajaan dengan pendekatan siasah syariyah.. terus menerus golongan isti'jal didalam ikhwan menyerang pimpinan sehingga mereka menubuhkan gema ikhwan yang bertindak menyerang balas pentadbiran....maka ikhwan mula dinampakkan sebagai pertubuhan military yang membahayakan kerajaan... atas asas itu, Al- Banna ditembak mati dihadapan pejabatnya... kesan daripada tindakkan beberapa golongan inti'jal dalam harakah

Menang..

jangan memaksa kemenangan itu datang... tetapi sabarlah mentarbiyah amilin sefahamnya... kelak mereka dengan sediri akan beriltizam dan memenangkan islam.. laksana jogaan si ayam sabong