Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Sabtu, 15 Ogos 2009

Harta, Tahta , Wanita atau ....?




Alhamdulillah, berkat tarbiyyah dari Allah swt membuatkan kita sentiasa berfikir kepada hakikat kehidupan manusia. Walaupun masalah yang datang tak kunjung sudah, seolah-olah tidak sempat berehat dari memikirkannya, namun disana terdapat satu ketenangan yang mampu meredakan ammarah dalam diri kita bagi yang berfikir... Ketenangan inilah yang kembali mendekatkan kita kepada Allah...Ketenangan ini bakal diperolehi apabila kita kembali kepada Allah sepenuhnya... Apakah yang menyebabkan manusia itu senantiasa resah, gelisah, bimbang sehingga hilang pertimbangan dalam mengatur kehidupan?, dan malangnya lagi , perasaan yang berbekam ini mengundang rasa putus asa dengan Allah dek tiupan angin hembusan syaitan laknatullah. Menyebabkan insan kecewa yang terdesak ini, berfikir dengan nafsu ammarahnya atas setiap tindakan dan komentarnya.Keyakinan kepada Allah, hanya tinggal pada mulut dan kata-kata. Kebergantungan mutlak pada Allah makin hari makin menipis dan akhirnya menjadikan mereka ini beraqidahkan kepada edologi dan pemikiran semata-mata... Saya kira puncanya banyak. Tetapi cukuplah sekadar kita berkongsi 3 punca besar ini dahulu iaitu HARTA , TAHTA , WANITA..


harta : pic hiasan

Harta..atau seangkatannya pusaka keluarga, duit , gaji , imbuhan , pinjaman , kereta , rumah dan tanah.. Duit bukan segala-galanyanya, tapi semua benda perlukan duit...mati pun nak pakai duit... Tidak dinafikan duit penting... suami isteri cerai berai kes DUIT...sahabat baik boleh bergaduh kes DUIT....ustaz-ustaz boleh gelap mata kes DUIT, yang tak ustaz lagilah...pemimpin negara jadi hantu sebab DUIT...manusia lawan Allah juga sebab DUIT... mufti, kadi, dan ulama' jual agama juga sebab DUIT...

Duit-duit di mana kau duit......

Anggota kerajaan yang beragama islam ( penguatkuasa , ahli undang-undang , majlis perbandaran , polis , FRU , SB , pegawai tadbir , jabatan agama ) kadang- kadang menggadaikan islam juga kerana duit...buktinya, mereka menutup surau masjid dan menangkap ustaz-ustaz , mereka membelasah rakyat apabila menegur kerajaan bekenaan ISA, isu penghinaan Rasulullah , isu keadilan demokrasi , mereka menahan pejuang kebenaran , mereka menutup sekolah-sekolah agama dan pondok , mereka menerima rasuah dan tarik balik duit zakat dan sebagainya. Dengan alasan "kami hanya menurut perintah", "ini arahan pihak atasan","apa boleh buat, kami orang bawah"...kenapa beralasan begini !?... tidak lain dan tidak bukan kerana takut dikenakan tindakan tatatertib, dan ia akan memberi kesan kepada karier mereka khususnya GAJI... apa itu GAJI !?...Gaji itulah DUIT... Nah, kerana bimbangkan kedudukan gaji, mereka sanggup mengetepikan prinsip islam yang tertanam dalam jiwa mereka sejak kecil. Siapa tuhan kamu !!?... Bos, Ketua Jabatan, Board Director, kerajaan atau ALLAH !!?... Siapa yang mengawal rezeki kamu !!?..Bos, Ketua Jabatan, Board Director, kerajaan atau ALLAH !!?.... Siapa yang mengatur seluruh kehidupan kamu !!?... Bos, Ketua Jabatan, Board Director, kerajaan atau ALLAH !!?... tepuk dada tanya AQIDAH....

Sedar atau tidak duit kadang-kadang menjadi punca kita terhumban ke dalam neraka.. au'zubillah min zalik... Lalu bagimana jalan selamatnya ??... Adalah dengan meletakkan ASAS tindakan itu adalah ALLAH, asas duit itu adalah Allah , asas harta itu adalah Allah dan asas sumber rezeki itu adalah Allah... Maka dengan sendirinya akan tertolak sebarang unsur kufur , syirik dan toghut manusia serta toghut meterialisme jika Allah dijadikan subjek utama kehidupan. Harta akan menjadi IBADAH seandainya islam itu matlamatnya , tetapi harta juga akan menjadi celaka sekiranya diperolehi melalui melelong prinsip islam kepada anjing-anjing hizbu syaitan.


pangkat : pic hiasan

Tahta... atau kedudukan, jawatan, pangkat, pengaruh , kuasa, kerusi dan seangkatan dengannya. Pangkat sangat berkait rapat dengan harta... Kenapa masing-masing mempertahankan tahta?.. ialah kerana imbalannya.. apakah imbalannya ? .. ialah duit dan kuasa..

Tahta sana sini...

Jika diperhatikan fenomenanya, natijah kepada tahta ini sama sahaja dengan natijah harta... kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu meterialisme. Saya kira tidak perlulah dipanjangkan kerana kedua-duanya hampir sama. Barangkali sahabat-sahabat ada pandangan peribadi yang boleh sahaja kita kongsikan bersama, insyAllah..


pic hiasan

Wanita… perempuan, gadis atau sebagainya….ada orang kata mereka ini hiasan yang paling indah dalam dunia ini…ada juga orang kata mereka ini racun dan mereka juga penawar….ada orang kata mereka ini pembakar semangat dan mereka juga batu penghalang….Dan ada juga yang berpandangan mereka ini membahagiakan dan juga menderitakan….Apapun persepsinya , kita boleh saja meneroka lagi persepsi orang lain tentang pandangan mereka terhadap wanita yang boleh jadi benar dan boleh jadi kurang tepat…

Wanita adalah cabaran paling hebat yang perlu diharungi oleh ahli gerakan islam selepas harta dan tahta. Ramai yang terperangkap dalam masalah harta dan tahta berpunca dari wanita. Berapa ramai yang kalah dengan penangan wanita !?, berapa ramai yang rosak kerana terpaksa memenuhi permintaan dan kehendak wanita !? , dan berapa ramai yang terpaksa mengorbankan perinsip-perinsip kebenaran semata-mata untuk menjaga hati wanita atas desakan-desakan yang diberi secara langsung atau tidak langsung, yang akhirnya memberi kesan kepada perjuangan harakahtul islamiyah. Futur...Ya, istilah yang paling sesuai digunakan untuk penyakit lari dari perjuangan.

Seorang wanita mampu melalaikan seorang pejuang dari perjuangannya... Seorang wanita mampu menjauhkan pejuang dari perjuangannya sedikit demi sedikit... Seorang wanita juga mampu memisahkan sepenuhnya seorang pejuang dari perjuangannya... Sekiranya kita berhadapan dengan wanita-wanita seperti ini, maka jauhilah mereka...sekiranya berhubungan, maka putuskan segera... Jangan sampai menggadai perjuangan kerana meraikan mereka.... Jangan biar mereka mengatur kita, jangan biar mereka mencatur kita , jangan sampai kita tunduk kepada mereka....perjuangan ini terlalu mahal jika hendak ditukarkan dengan WANITA... buanglah dan tinggallah...

Justeru itu... pilihlah yang beragama, tetapi ingat, disamping itu mestilah yang tidak meletakkan sebarang syarat untuk perjuangan yang kita dokong selama ini. Pilihlah yang mahu bersama dalam perjuangan ini bukan yang membebankan kita dalam perjuangan...Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat ini, bahawa seandainya mereka menjarakkan kita dari perjuangan, maka perpisahan itu lebih layak baginya...



mujahiden

Memilih jalan mujahiden adalah jalan yang paling tepat dan selamat. Bermaksud tidak akan ada sama sekali kompromi antara HARTA atau TAHTA dan jauh sekali WANITA. Kerana bagi mereka ialah Redho Allah itu lebih utama. Matlamat mereka hanyalah Allah. Mereka adalah golongan yang tidak beralasan itu ini dalam melaksanakan tuntutan jihad. Tidak akan mereka peduli tentang kondisi harta, jauh sekali dalam hati mereka dan tidak ada tempat dalam diri mereka untuk meraih perhatian wanita kerana di hadapan mereka adalah mati syahid yang nyata....lalu sila tanyakan diri samaada Harta, Tahta , Wanita atau .... MUJAHIDEN?

wallahualam....

jazakallah....Allahuakbar !!!














Ahad, 9 Ogos 2009

F.R.U golongan ZALIM


kepada yang Muslim sahaja!!!

Sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi FRU dan SB dan seangkatan dengannya , sila lupakan niat itu sekiranya meletakkan Allah itu sebagai tuhan. Kepada yang kafir, sila abaikan mesej ini..









Khamis, 6 Ogos 2009

Can U imagine ?






That is why Al-Fahmu located on the top







Rabu, 5 Ogos 2009

U on which side ?







Just think about It !!!








Rabu, 29 Julai 2009

Anak-Anak Kita makan apa




Memang sudah menjadi satu kebiasaan bagi para ibu bapa, menginginkan kebaikan kepada anak-anak yang dilahirkan... Rata-rata ibu bapa akan memberi jawapan yang lebih kurang sama.... Ada yang cenderung kearah agama, ada juga yang cenderung ke arah akedemik semata dan ada juga yang cenderung kepada kedua-duanya... Bermakna ibu bapa masing-masing sudah ada agenda pembentukan anak-anak. Lalu acuan yang bagaimana mampu membentuk sifat anak-anak itu sifat manusia bukan hantu raya... Sudah barang tentulah acuan agama, yakni acuan yang datang direct dari Allah...

ptóö7Ϲ «!$# ( ô`tBur ß`|¡ômr& šÆÏB «!$# Zptóö7Ϲ (

Shibghah Allah[91]. dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan Hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.(al baqoroh 138)

[91] Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan.


Alhamdulillah, fenomena mutaakhir ini sudah banyak merubah pemikiran ibu bapa kepada kecenderungan agama. Lalu masing-masing memasang niat untuk membentuk anak-anak ke arah keagamaan dan bertindak kearah itu. " saya nak anak saya jadi hafiz quran ", " saya akan hantar anak saya belajar agama, nanti boleh ke Mesir" "saya nak anak jadi ustaz" "anak saya skolah pondok" dan sebagainya...Soalnya ia bermula dimana ?

Makanlah dari makanan yang baik dan beribadahlah....
















Apa kaitannya makanan dengan ibadah ?... sebenarnya makanan memberi impak yang sangat besar kepada kelangsungan pembentukan pembentukan anak-anak lebih-lebih lagi dalam konteks ibadah...Membesar dengan sumber yang tidak jelas, menyebabkan mereka mempunyai hati yang keras untuk tunduk seluruh kehidupan sepenuhnya kepada Allah... Apakah kita pernah terfikir, akan makanan yang dimasukkan kesetiap mulut anak-anak kita ?

Anak hendak dijadikan hafiz quran, tetapi dalam masa yang sama diberi makan KFC, disumbat dengan McDonald, sekali sekali-sekala dijamu dengan Piza Hut , Keny Rodges , Burger KING , keropok jajan itu ini dan banyak lagi junk food yang entah mana datangnya... Sedarlah bahawa makanan-makanan ini membunuh ruh dan jiwa suci yang sedang dibentuk. Bercita-cita tinggi sahaja tidak cukup sekiranya mengambil mudah dalam soal halal haram atau syubhah makanan yang masuk keperut kita dan anak-anak. Janganlah menjahilkan diri dalam soal ini. Janganlah lagi mencipta alasan-alasan membenarkan makanan seperti ini.

Carilah produk Islam...

Justeru itu makakanlah makanan dari tangan-tangan orang islam. Usahlah sibuk mempertahankan junk food lagi. Memanglah ia kadang-kadang tidak ada unsur babi dan anjing, tetapi susah sangatkah hendak makan makanan orang islam !?. Sedap sangatkah sehingga menjadi satu kebanggaan menelan makanan tersebut. Moden sangatkah makanan seperti itu !?... Ketahuilah nasik putih bersama telur goreng masakan sendiri itu lebih baik dari ayam goreng KFC, lebih baik dari sekeping Piza Hut , lebih baik dari burger McD dan lebih baik dari RTC dan Secret Resepi.... Usahlah kerana terlalu mengikuti arus perdana, lalu kita melahap apa saja menu tajaan Musuh Allah.

Bangkitlah dan Bertindak.....

Maka apabila umat islam mula sedar tentang apa yang masuk kedalam perut itu mempengaruhi pembinaan ruhiyah, kita perlu bangkit beramai-ramai dan bertindak menyediakan keperluan ini. Usaha ini adalah salah satu bentuk JIHAD dijalan Allah kerana pembinaan ruh JIHAD itu juga bermula disini. Umat islam wajib menguasai bekalan makanan halal dari sekecil-kecil benda hinggalah ke sebesar-besar perkara. Pekara ini harus bergerak seiring dengan JIHAD dakwah, siasah dan sebagainya sebelum kita menempuh JIHAD yang sebenarnya.

Kita harus bergerak pantas dan segera dengan membawa satu cita-cita "Aku akan pastikan setiap makanan yang dimasukkan kedalam mulut-mulut orang islam adalah datangnya dari tangan-tangan orang islam sendiri, insyaAllah"


Allahuakbar !!!

jazakallah..











Selasa, 28 Julai 2009

Solat Malam...langkah awal membina ruh jihad


Mujahiden menjadikan solat malam sebagai rutin kehidupan mereka sebelum terjun kedalam medan tempur , kerana mereka percaya pembinaan ruh jihad tidak akan berjaya dengan hanya melalui semangat semata-mata... Semangat itu perlu, tetapi harus diingat bahawa semangat ada pasang surutnya... Lalu menjadi satu disiplin teras yang perlu dilazimi bagi para bakal mujahiden dengan melakukan mujahadah untuk diri sendiri terlebih dahulu disamping melaksanakan amal ijtima'ieyah...

Maka kita harus bermula dengan solat malam tetapi janganlah keterlaluan pada permulaan ini...Laksanakanlah dengan sederhana dan kemudiaannya ditinggkatkan kepada yang lebih baik dan sempurna dari semasa ke semasa... Kerana berlebih-lebihan dalam ibadah kadang-kadang disertai bersamanya semangat yang bersifat sementara... Yang penting itu bukanlah banyak bilangannya, tetapi adalah istiqomah dalam perlaksanaannya... Maka marilah kita sama-sama bermula dengan yang ringan-ringan dahulu ... Sama-sama kita ikuti ulasan ilmiah tentang solat malam...

Didiklah dirimu ansorullah....

Mengenai solat Tahajjud, ia termasuk dalam ibadah malam. Ibadah malam atau Qiyamullail masanya bermula dari awal malam (iaitu selepas isyak) dan berterusan hingga azan subuh. Ia boleh dilakukan sebelum tidur atau selepasnya. Namun yang terbaik ialah melakukannya selepas tidur terutamanya di penghujung malam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Solat paling baik selepas solat fardhu ialah solat di penghujung malam. Puasa yang paling baik selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulamak, maksud hujung malam dalam hadis di atas ialah sepertiga malam yang akhir. Pada saat itu, Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

“Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih masih tinggal sepertiganya yang akhir. Ia berkata; ‘Mana orang yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan perkenankan untuknya doanya. Mana orang yang memohon kepadaku, maka aku akan berikan kepadanya (permohonannya). Mana orang yang meminta ampun dariKu, maka aku akan ampuninya’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Solat sunat yang dilakukan selepas tidur itulah yang dinamakan tahajjud. Firman Allah s.a.w.;

“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji” (al-Isra’, ayat 79).

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Tahajjud ialah ibadah malam yang dilakukan selepas tidur”.

Cara terbaik untuk menghidupkan malam ialah dengan membahagikan malam kepada enam bahagian; tidur di tiga bahagian awalnya (yakni separuh malam), kemudian bangun bertahajjud pada dua bahagian selepas itu dan tidur semula pada satu bahagian yang hujung, iaitu sebelum azan subuh. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.;

“Sesungguhnya solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud a.s. iaitu ia tidur separuh malam (yang awal), ia bangun solat sepertiganya dan ia tidur semula di seperenamnya. Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud; ia berpuasa sehari dan ia berbuka sehari”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Kesimpulannya, untuk melakukan ibadah atau solat malam (solat witir, solat sunat taubah, solat istikharah, solat tasbih, solat sunat mutlak di malam hari, membaca al-Quran, berzikir dan sebaginya) tidaklah disyaratkan tidur terlebih dahulu. Namun jika kita hendak mengambil fadhilat solat malam yang paling baik dan mengikuti kebiasaan Nabi s.a.w., maka digalakkan kita tidur terlebih dahulu dan bangun mengerjakan tahajjud selepas pertengahan malam.

rujukan asas ilmiah:- ustaz ahmad adnan fazil

Allahuakbar !!!

jazakallah..










Jumaat, 24 Julai 2009

Alhamdulillah...kalimah yang dihadami para Mujahiden


ôQr& ÷Läêö7Å¡ym br& (#qè=äzôs? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur ÉOn=÷ètƒ ª!$# tûïÏ%©!$# (#rßyg»y_ öNä3ZÏB zNn=÷ètƒur tûïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÊÍËÈ

142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad[]diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.


Aslan Maskadov mengimamkankan solat para mujahiden

ALHAMDULILLAH..... syukur kepada Allah, terima kasih ya Allah , thank you Allah,
doumo arigatou gozaimasu Allah (jepun) ,
Cok Tessekur Ederim Allah (turki) , Tashakkur Allah (iran) , Toda ya Allah (ibrani) , Dankie Allah (Afrikaans) , (Perancis) Merci Allah , (Mandarin) Xie-xie Allah , (Spanyol) Gracias Allah , (Belanda) Dank je Allah , (Jerman) Danke Allah , (Italia) Grazie Allah , (Korea) Gamsa-hamnida Allah , Obrigado Allah (portugis).... pelbagai bunyi dan rentak bahasa ini wujud dengan membawa mesej yang sama iaitu untuk menyatakan kesukuran dan terima kasih kepada Allah. Bagi ahli bahasa, mungkin mereka hanya berminat dengan ucapan ini dari segi sebutannya yang pelbagai, bahkan menjadi satu kegilaan dalam usaha menguasai bahasa lain sebanyak mungkin. Tetapi tidak bagi para Mujahiden. Mujahiden memahami kalimah ini dari sudut yang berbeza dan boleh dikatakan kefahaman mereka ini lebih tepat dari golongan ahli bahasa.

Khattab dan Basayev

Anak dan Bapa / ibu.....

Seorang anak wajib berterima kasih kepada kedua ibu bapanya diatas segala pengorbanan, jerih, perit dan kesusahan dalam membesarkan anak-anak... Lalu terima kasih yang semacam mana yang diharapkan oleh ibu bapa?...seandainya terima kasih itu hanya dizahirkan melalui ucapan, dan seandainya ucapan itu yang ditagih, maka bolehlah kita menjadikan ucapan tersebut sebagai zikir harian...lepas solat 100 kali....terima kasih, terima kasih, terima kasih 100 kali...atau pun thank you papa thank you mama,thank you papa thank you mama,thank you papa thank you mama 100 kali... atau pun bahasa lain yang dirasakan sesuai...adakah itu yang diharapkan???

bacalah dengan hati yang tenang.....

Apa guna zikir terima kasih kepada ayah ibu berjuta-juta, tetapi arahan ibu bapa tidak dapat diikuti bahkan dipertikaikan lagi. "mat, tolong temankan ayah ke pekan.."pinta ayah.....lalu dijawab oleh mat " euh !!! ayah pergilah sendiri, ayah bukannya budak lagi, mat banyak kerja la"... pasti dengan keadaan ini, jauh dari sudut hatinya akan tercetus perasaan bahawa anak ni tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu mengenang budi setelah pengorbanan yang dicurahkan sejak sekian lama. Memberi faham disini, terima kasih itu tidak cukup dengan hanya ucapan, akan tetapi mesti diterjemahkan melalui perbuatan dan tindakan menghargai pengorbanan itu melalui cara mantaati dan memenuhi hajatnya. Barulah ia merangkumi apa yang dikatakan TERIMA KASIH....

fahami dengan teliti....

Begitu juga dengan ALLAH, begitu juga dengan ALHAMDULILLAH... Allah memberi kita nikmat aqidah, iman,nafas, rezeki, kekayaan , makanan, pelajaran , pekerjaan, anak isteri, dan kasih sayang yang yang melimpah ruah... apakah semua ini hanya cukup dengan ucapan ALHAMDULILLAH ?... Ya, tidak dinafikan salah satu cara bersyukur itu adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah...tetapi apakah cukup dengan itu ???....

Sebab itu terima kasih pada Allah perlu diterjemahkan dengan perbuatan..."YA Allah, terima kasih dengan segala nikmat yang engkau beri kepada aku dan aku tidak mampu membalasnya..akan tetapi ya Allah aku nyatakan syukur aku ini kepadaMU dengan tunduk dan patuh segala arahanMU dan aku nyatakan syukur aku ini dengan melaksanakan kerja-kerja islam dengan sepenuh hati dan tenaga, aku persembahkan gerak kerja islam lillahitaala sebagai tanda ALHAMDULILLAH"

Mujahiden itu sangat mengerti....

Golongan Mujahiden amat memahami tuntutan ALHAMDULILLAH. Dan saya kira merekalah kelompok yang paling arif dan hadam dengan kalimah ini. Mereka dengan tanpa teragak-agak menyatakan JIHAD dihadapan Allah untuk mempertahankan islam ini dengan apa jua bayaran, dan mereka sedikitpun tidak merubah tentang apa yang mereka katakan kerana bagi mereka inilah caranya mengucapkan ALHAMDULILLAH


Allahuakbar !!!

jazakallah...











..