Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Khamis, 17 November 2011

Kalut yang Buta


kawan...
  • -kita sudah menang dan ada kuasa di negeri ini, tunggu apa lagi ?.. tutup saja kelab2 malam itu...dan haramkan penjualan arak..!!!
  • -pecahkan saja kedai karaoke tu...abis cerita.
  • -Nak tunggu apa lagi? negeri ni sudah kita ambil..laksanakan terus.
  • -sudah sampai masanya kita lancarkan sistem ini 100 peratus. Jangan dolak dalih lagi..gaduh pun gaduh lah..ini jihad kita.


Lawan...

  1. kata nak buat hudud, so buatlah!
  2. kan sekarang dah ada kuasa, buat lah...dulu beria2 sangat
  3. mana dia janji kamu nak tutup kilang arak? Islam ker camni?!
  4. mana janji kamu?!! kami tuntut janji-janji dulu!!
  5. Omong kosong belaka!! ..bacul

  • kawan dan lawan....belajarlah dari lampu isyarat jalan....

wahai kawan...

  1. sapa kata kita x nak buat, sabarlah... kita sedang mengkaji bagaimana nak dilaksanakan dalam situasi masyarakat yang jahil...bukan mengkaji releven atau tidak...
  2. kuasa yang ada sekarang tidak besar... kalu bertindak secara drastik hari ini, akan datang akan dibalas dengan lebih dasyat.. kalo robohkan pusat karaoke sekarang...akan datang dia akan bina pusat karaike yang lebih besar lagi, sebab dia ada insurans..lagi besar maksiatnya...berdosa kita jadi penyebab kpd besarnya karaoke tu...
** dalam ujian memandu bahagian undang2 akan disoal " apakah yang perlu dilakukan ketika lampu isyarat jalan menunjukan warna hijau?"

a) jalan terus
b) jalan jika selamat
c) berhenti
d)matikan enjin

jawapan yang betul adalah B... kerana hanya boleh jalan jika selamat...disebabkan x semestinya selamat untuk jalan bila lampu menunjukan isyarat hijau.
jadi begitulah keadaan kita sekarang...masih belum selamat untuk jalan..


Hoi Lawan.....

  1. sapa kata kami tak mau buat...dah hangpa yang halang macam2..
  2. kami tak jual prinsip, dan kami tak akan berhenti untuk perjuangkannya
  3. bagi kami kuasa majority, saat tu kamu tengok!!..kami akan buat!!
** kalau lampu isyarat merah, jangan matikan enjin...cukuplah free gear saja..bila dah hijau, baru masuk gear dan tekan minyak... Kami sekarang sedang free gear...tapi enjin tetap hidup..


3,2,1....vrooommm




Rabu, 16 November 2011

Tarbiyyah Ayam Sabong



Adapun jagooan si ayam sabong orak kerana sifat semula jadinya semata, melainkan asuhan si tuan empunya...

makannya dijaga, mandinya dilayan, belainya tak dilepaskan dan tajinya diasah semedang..

Dek kesabaran si empunya menjaga di zaman telur lagi sehinggalah besar adanya... namun bukan semua selayaknya menyabong..

Si ibu mengeram telur 2 purnama masanya, yang kemudian memberi tanda rekahan pada kulit telur tanda tidak lama lagi lahirhah jagoan ulung..

Si empunya tidak bersikap isti'jal apabila melihat rekahan itu....tidak diketuk2 nya untuk mempercepatkan kelahiran, dan tidak dikopek-kopekkan kulit telur itu semata tidak sabar melihat generasi baru sabongannya...

tetapi dibiar sabongan itu matang sendiri dengan alamnya.. dirasakan udara sedikit demi sedikit dari celahan retakkan itu....dirasakan haba dan cuaca dunia sedikit demi sedikit dari celahan rekahan itu supaya sesuai dengan tubuhnya...tidaklah ia menerima secara tiba-tiba dan mengejut yang memungkinkan kecacatan dan kematiannya..

Kalut...

Sifat kalut atau isti'jal yakni tidak sabar menunggu lebih membawa kepada binasa... Maka tidaklah si empunya itu kalut... dibiarkan bayi sabongan itu keluar sendiri apabila dirasakan sesuai...kerana dengan cara ini sahajalah si empunya dapat melahirkan ayam sabongan bertaraf jagoan.. itulah tarbiyyah

Gerakan Islam..

begitupun gerakan islam itu dilarang keras untuk isti'jal kerana hanya celaka yang menanti disana. Pelbagai tuduhan dibuat dari golongan isti'jal antaranya Ulama lambat, masih menggunakan kaedah kuno, apa lagi nak ditarbiyyah kerana sekarang masa untuk memerintah..

Apabila politikus bangkai bicara dengan nada isti'jal..nantikanlah saat kehancuran... entah apa yang dikejarkan..sehingga diri sendiri berceceran... amilin yang jahil terus dengan kejahilannya...bekerja dengan semangat semata, bukan dengan semangat yang berjiwa,.. kerana tarbiyah sudah dianggap beban dan sia-sia.. Kalut mengopek kulit telur kerana gelojoh mahu melihat isi dalamnya...

Al- Banna...

satu catatan sejarah yang dipandang sepi dalam lipatan sejarah ikhwan muslimin... apabila ulama ikhwan dikatakan lambat dan tidak progresif dalam berhadapan pentadbiran mesir dan masih bertarik tali dengan kerajaan dengan pendekatan siasah syariyah.. terus menerus golongan isti'jal didalam ikhwan menyerang pimpinan sehingga mereka menubuhkan gema ikhwan yang bertindak menyerang balas pentadbiran....maka ikhwan mula dinampakkan sebagai pertubuhan military yang membahayakan kerajaan... atas asas itu, Al- Banna ditembak mati dihadapan pejabatnya... kesan daripada tindakkan beberapa golongan inti'jal dalam harakah

Menang..

jangan memaksa kemenangan itu datang... tetapi sabarlah mentarbiyah amilin sefahamnya... kelak mereka dengan sediri akan beriltizam dan memenangkan islam.. laksana jogaan si ayam sabong