Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Rabu, 29 Julai 2009

Anak-Anak Kita makan apa




Memang sudah menjadi satu kebiasaan bagi para ibu bapa, menginginkan kebaikan kepada anak-anak yang dilahirkan... Rata-rata ibu bapa akan memberi jawapan yang lebih kurang sama.... Ada yang cenderung kearah agama, ada juga yang cenderung ke arah akedemik semata dan ada juga yang cenderung kepada kedua-duanya... Bermakna ibu bapa masing-masing sudah ada agenda pembentukan anak-anak. Lalu acuan yang bagaimana mampu membentuk sifat anak-anak itu sifat manusia bukan hantu raya... Sudah barang tentulah acuan agama, yakni acuan yang datang direct dari Allah...

ptóö7Ϲ «!$# ( ô`tBur ß`|¡ômr& šÆÏB «!$# Zptóö7Ϲ (

Shibghah Allah[91]. dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan Hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.(al baqoroh 138)

[91] Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan.


Alhamdulillah, fenomena mutaakhir ini sudah banyak merubah pemikiran ibu bapa kepada kecenderungan agama. Lalu masing-masing memasang niat untuk membentuk anak-anak ke arah keagamaan dan bertindak kearah itu. " saya nak anak saya jadi hafiz quran ", " saya akan hantar anak saya belajar agama, nanti boleh ke Mesir" "saya nak anak jadi ustaz" "anak saya skolah pondok" dan sebagainya...Soalnya ia bermula dimana ?

Makanlah dari makanan yang baik dan beribadahlah....
















Apa kaitannya makanan dengan ibadah ?... sebenarnya makanan memberi impak yang sangat besar kepada kelangsungan pembentukan pembentukan anak-anak lebih-lebih lagi dalam konteks ibadah...Membesar dengan sumber yang tidak jelas, menyebabkan mereka mempunyai hati yang keras untuk tunduk seluruh kehidupan sepenuhnya kepada Allah... Apakah kita pernah terfikir, akan makanan yang dimasukkan kesetiap mulut anak-anak kita ?

Anak hendak dijadikan hafiz quran, tetapi dalam masa yang sama diberi makan KFC, disumbat dengan McDonald, sekali sekali-sekala dijamu dengan Piza Hut , Keny Rodges , Burger KING , keropok jajan itu ini dan banyak lagi junk food yang entah mana datangnya... Sedarlah bahawa makanan-makanan ini membunuh ruh dan jiwa suci yang sedang dibentuk. Bercita-cita tinggi sahaja tidak cukup sekiranya mengambil mudah dalam soal halal haram atau syubhah makanan yang masuk keperut kita dan anak-anak. Janganlah menjahilkan diri dalam soal ini. Janganlah lagi mencipta alasan-alasan membenarkan makanan seperti ini.

Carilah produk Islam...

Justeru itu makakanlah makanan dari tangan-tangan orang islam. Usahlah sibuk mempertahankan junk food lagi. Memanglah ia kadang-kadang tidak ada unsur babi dan anjing, tetapi susah sangatkah hendak makan makanan orang islam !?. Sedap sangatkah sehingga menjadi satu kebanggaan menelan makanan tersebut. Moden sangatkah makanan seperti itu !?... Ketahuilah nasik putih bersama telur goreng masakan sendiri itu lebih baik dari ayam goreng KFC, lebih baik dari sekeping Piza Hut , lebih baik dari burger McD dan lebih baik dari RTC dan Secret Resepi.... Usahlah kerana terlalu mengikuti arus perdana, lalu kita melahap apa saja menu tajaan Musuh Allah.

Bangkitlah dan Bertindak.....

Maka apabila umat islam mula sedar tentang apa yang masuk kedalam perut itu mempengaruhi pembinaan ruhiyah, kita perlu bangkit beramai-ramai dan bertindak menyediakan keperluan ini. Usaha ini adalah salah satu bentuk JIHAD dijalan Allah kerana pembinaan ruh JIHAD itu juga bermula disini. Umat islam wajib menguasai bekalan makanan halal dari sekecil-kecil benda hinggalah ke sebesar-besar perkara. Pekara ini harus bergerak seiring dengan JIHAD dakwah, siasah dan sebagainya sebelum kita menempuh JIHAD yang sebenarnya.

Kita harus bergerak pantas dan segera dengan membawa satu cita-cita "Aku akan pastikan setiap makanan yang dimasukkan kedalam mulut-mulut orang islam adalah datangnya dari tangan-tangan orang islam sendiri, insyaAllah"


Allahuakbar !!!

jazakallah..











Selasa, 28 Julai 2009

Solat Malam...langkah awal membina ruh jihad


Mujahiden menjadikan solat malam sebagai rutin kehidupan mereka sebelum terjun kedalam medan tempur , kerana mereka percaya pembinaan ruh jihad tidak akan berjaya dengan hanya melalui semangat semata-mata... Semangat itu perlu, tetapi harus diingat bahawa semangat ada pasang surutnya... Lalu menjadi satu disiplin teras yang perlu dilazimi bagi para bakal mujahiden dengan melakukan mujahadah untuk diri sendiri terlebih dahulu disamping melaksanakan amal ijtima'ieyah...

Maka kita harus bermula dengan solat malam tetapi janganlah keterlaluan pada permulaan ini...Laksanakanlah dengan sederhana dan kemudiaannya ditinggkatkan kepada yang lebih baik dan sempurna dari semasa ke semasa... Kerana berlebih-lebihan dalam ibadah kadang-kadang disertai bersamanya semangat yang bersifat sementara... Yang penting itu bukanlah banyak bilangannya, tetapi adalah istiqomah dalam perlaksanaannya... Maka marilah kita sama-sama bermula dengan yang ringan-ringan dahulu ... Sama-sama kita ikuti ulasan ilmiah tentang solat malam...

Didiklah dirimu ansorullah....

Mengenai solat Tahajjud, ia termasuk dalam ibadah malam. Ibadah malam atau Qiyamullail masanya bermula dari awal malam (iaitu selepas isyak) dan berterusan hingga azan subuh. Ia boleh dilakukan sebelum tidur atau selepasnya. Namun yang terbaik ialah melakukannya selepas tidur terutamanya di penghujung malam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Solat paling baik selepas solat fardhu ialah solat di penghujung malam. Puasa yang paling baik selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulamak, maksud hujung malam dalam hadis di atas ialah sepertiga malam yang akhir. Pada saat itu, Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

“Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih masih tinggal sepertiganya yang akhir. Ia berkata; ‘Mana orang yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan perkenankan untuknya doanya. Mana orang yang memohon kepadaku, maka aku akan berikan kepadanya (permohonannya). Mana orang yang meminta ampun dariKu, maka aku akan ampuninya’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Solat sunat yang dilakukan selepas tidur itulah yang dinamakan tahajjud. Firman Allah s.a.w.;

“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji” (al-Isra’, ayat 79).

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Tahajjud ialah ibadah malam yang dilakukan selepas tidur”.

Cara terbaik untuk menghidupkan malam ialah dengan membahagikan malam kepada enam bahagian; tidur di tiga bahagian awalnya (yakni separuh malam), kemudian bangun bertahajjud pada dua bahagian selepas itu dan tidur semula pada satu bahagian yang hujung, iaitu sebelum azan subuh. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.;

“Sesungguhnya solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud a.s. iaitu ia tidur separuh malam (yang awal), ia bangun solat sepertiganya dan ia tidur semula di seperenamnya. Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud; ia berpuasa sehari dan ia berbuka sehari”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Kesimpulannya, untuk melakukan ibadah atau solat malam (solat witir, solat sunat taubah, solat istikharah, solat tasbih, solat sunat mutlak di malam hari, membaca al-Quran, berzikir dan sebaginya) tidaklah disyaratkan tidur terlebih dahulu. Namun jika kita hendak mengambil fadhilat solat malam yang paling baik dan mengikuti kebiasaan Nabi s.a.w., maka digalakkan kita tidur terlebih dahulu dan bangun mengerjakan tahajjud selepas pertengahan malam.

rujukan asas ilmiah:- ustaz ahmad adnan fazil

Allahuakbar !!!

jazakallah..










Jumaat, 24 Julai 2009

Alhamdulillah...kalimah yang dihadami para Mujahiden


ôQr& ÷Läêö7Å¡ym br& (#qè=äzôs? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur ÉOn=÷ètƒ ª!$# tûïÏ%©!$# (#rßyg»y_ öNä3ZÏB zNn=÷ètƒur tûïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÊÍËÈ

142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad[]diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.


Aslan Maskadov mengimamkankan solat para mujahiden

ALHAMDULILLAH..... syukur kepada Allah, terima kasih ya Allah , thank you Allah,
doumo arigatou gozaimasu Allah (jepun) ,
Cok Tessekur Ederim Allah (turki) , Tashakkur Allah (iran) , Toda ya Allah (ibrani) , Dankie Allah (Afrikaans) , (Perancis) Merci Allah , (Mandarin) Xie-xie Allah , (Spanyol) Gracias Allah , (Belanda) Dank je Allah , (Jerman) Danke Allah , (Italia) Grazie Allah , (Korea) Gamsa-hamnida Allah , Obrigado Allah (portugis).... pelbagai bunyi dan rentak bahasa ini wujud dengan membawa mesej yang sama iaitu untuk menyatakan kesukuran dan terima kasih kepada Allah. Bagi ahli bahasa, mungkin mereka hanya berminat dengan ucapan ini dari segi sebutannya yang pelbagai, bahkan menjadi satu kegilaan dalam usaha menguasai bahasa lain sebanyak mungkin. Tetapi tidak bagi para Mujahiden. Mujahiden memahami kalimah ini dari sudut yang berbeza dan boleh dikatakan kefahaman mereka ini lebih tepat dari golongan ahli bahasa.

Khattab dan Basayev

Anak dan Bapa / ibu.....

Seorang anak wajib berterima kasih kepada kedua ibu bapanya diatas segala pengorbanan, jerih, perit dan kesusahan dalam membesarkan anak-anak... Lalu terima kasih yang semacam mana yang diharapkan oleh ibu bapa?...seandainya terima kasih itu hanya dizahirkan melalui ucapan, dan seandainya ucapan itu yang ditagih, maka bolehlah kita menjadikan ucapan tersebut sebagai zikir harian...lepas solat 100 kali....terima kasih, terima kasih, terima kasih 100 kali...atau pun thank you papa thank you mama,thank you papa thank you mama,thank you papa thank you mama 100 kali... atau pun bahasa lain yang dirasakan sesuai...adakah itu yang diharapkan???

bacalah dengan hati yang tenang.....

Apa guna zikir terima kasih kepada ayah ibu berjuta-juta, tetapi arahan ibu bapa tidak dapat diikuti bahkan dipertikaikan lagi. "mat, tolong temankan ayah ke pekan.."pinta ayah.....lalu dijawab oleh mat " euh !!! ayah pergilah sendiri, ayah bukannya budak lagi, mat banyak kerja la"... pasti dengan keadaan ini, jauh dari sudut hatinya akan tercetus perasaan bahawa anak ni tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu mengenang budi setelah pengorbanan yang dicurahkan sejak sekian lama. Memberi faham disini, terima kasih itu tidak cukup dengan hanya ucapan, akan tetapi mesti diterjemahkan melalui perbuatan dan tindakan menghargai pengorbanan itu melalui cara mantaati dan memenuhi hajatnya. Barulah ia merangkumi apa yang dikatakan TERIMA KASIH....

fahami dengan teliti....

Begitu juga dengan ALLAH, begitu juga dengan ALHAMDULILLAH... Allah memberi kita nikmat aqidah, iman,nafas, rezeki, kekayaan , makanan, pelajaran , pekerjaan, anak isteri, dan kasih sayang yang yang melimpah ruah... apakah semua ini hanya cukup dengan ucapan ALHAMDULILLAH ?... Ya, tidak dinafikan salah satu cara bersyukur itu adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah...tetapi apakah cukup dengan itu ???....

Sebab itu terima kasih pada Allah perlu diterjemahkan dengan perbuatan..."YA Allah, terima kasih dengan segala nikmat yang engkau beri kepada aku dan aku tidak mampu membalasnya..akan tetapi ya Allah aku nyatakan syukur aku ini kepadaMU dengan tunduk dan patuh segala arahanMU dan aku nyatakan syukur aku ini dengan melaksanakan kerja-kerja islam dengan sepenuh hati dan tenaga, aku persembahkan gerak kerja islam lillahitaala sebagai tanda ALHAMDULILLAH"

Mujahiden itu sangat mengerti....

Golongan Mujahiden amat memahami tuntutan ALHAMDULILLAH. Dan saya kira merekalah kelompok yang paling arif dan hadam dengan kalimah ini. Mereka dengan tanpa teragak-agak menyatakan JIHAD dihadapan Allah untuk mempertahankan islam ini dengan apa jua bayaran, dan mereka sedikitpun tidak merubah tentang apa yang mereka katakan kerana bagi mereka inilah caranya mengucapkan ALHAMDULILLAH


Allahuakbar !!!

jazakallah...











..

Rabu, 22 Julai 2009

Lillahitaala


Matahari mula menunjukkan rentak melabuhkan diri ke hemesfia yang lainnya...Memberi faham bahawa malam sedang menerpa ke bumi Memali, kedah. Ustaz ibrahim termenung sendirian petang itu. Malamnya nanti akan memenuhi jadual dakwahnya memberi tazkirah di sebuah surau yang terletak jauh dari bumi Memali.

"hmm.. macam mana nak pergi ni.. kereta dah nak habis minyak...duit dalam poket pun tak ada" ustaz ibrahim mengelamun seketika...

"tak pa kot...nanti habis kuliah, ada lah kot depa huluq sepuluh dua...boleh buat isi minyak" getus as-syahid untuk menyedapkan hatinya yang diserang sedikit kebimbangan itu.. Lalu dicapainya kitab pengajiannya dan turun dari rumah untuk ke surau tersebut...

"Mat..jom kita pergi..dah nak maghrib ni.. nanti lambat pulak kita".... Mat.. seorang sahabat setia as-syahid yang selalu menemaniya dalam misi sebaran dakwah...selalunya Mat akan memandu..

Dalam separuh perjalanan....

"Mat..Mat..berhenti Mat, berhenti... patah balik, balik rumah saya"... Mat agak hairan sebenarnya..."mungkin tertinggal barang kot" fikir Mat.. Lalu berpatah baliklah mereka...

Sesampainya di rumah ustaz ibrahim bergegas keluar dari kereta lalu berdiri di tangga rumahnya buat seketika dan kembali masuk kedalam kereta..."dah Mat... jom kita pergi semula"... Aneh, bukan tertinggal barang rupanya... "kenapa Ustaz?...lain macam saja tadi ? saya ingat ustaz tertinggal barang, tapi tak naik rumah pun saya tengok... ada yang tak kena ka?"

As-syahid tersenyum lalu menjawab " pada mulanya tadi saya melangkah keluar rumah dengan niat nak ambil imbuhan dari hasil tazkirah malam ini...ini tidak betul...ini bukan kerana Allah... lalu saya berpatah balik bagi memperbetukan niat saya semata-mata kerana Allah...perjuangan ini mesti kerana Allah"

Allahuakbar !!!

jazakallah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 19 Julai 2009

Ulama' dan Mujahiden

“orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dalam keadaan jahiliah”


Saya ada terbaca buku risalah ta'lim tentang JIHAD oleh as-syahid imam hassan al-banna. Antara yang dibincangkannya ialah bab jihad yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w seperti hadith diatas. Tidaklah saya ketahui akan makam hadith tersebut sohih atau selainnya, tetapi itulah yang tertulis di dalam buku ini. Barangkali, sahabat-sahabat dari kalangan ahli agama boleh membantu saya menjelaskannya semula insyaAllah.



Adapun begitu, saya secara peribadinya terkesan dengan hadith tersebut kerana disana ada tuntutan yang perlu dipenuhi. Boleh jadi saya sekadar memahami dari sudut harfiyyah sahaja kerana tidaklah saya ini pandai ilmu nahu mahupun bahasa arab. Alhamdulillah, jika ada ahli agama yang mahir dapat membantu saya.

Saya kira hadith di atas bukanlah sesuatu yang baru dari kalangan ahli agama, bahkan mungkin mereka sudah berkali-kali mendengarnya. Berbeza dengan saya dan kawan-kawan skolah dulu, yang mana kami ini jarang sekali didedahkan dengan perkara ini. Dengan sebab itu, kami mengangkat kepimpinan ulama', kerana ulama ini mahir dalam agama, tuntutan dan larangan. Maka timbul beberapa soalan tentang peranan ulama mutaakhir ini.

ulama' warasatul ambiya'.....

Jelas sekali islam meletakkan kedudukan ulama yang mewarisi kerja-kerja nabi. Namun bukanlah bermaksud islam ini milik ulama'. Islam milik setiap insan yang bersyahadah. Tetapi golongan ulama adalah orang yang paling memahami islam. Maka sangat wajarlah mereka dijadikan pemimpin dan rujukan setiap masa. Lalu bagaimana dengan kita yang tidak ulama' ?. Kita adalah golongan pelaksana. Melaksanakan apa yang dituntut islam dengan panduan para ulama dan kemahiran profesional yang Allah anugerahkan kepada kita. Satu kebanggaan dan penghormatan jika terpilih untuk menyertai saf Allah s.w.t sebagai kelompok pelaksana. Bukan senang hendak mendapatkan jemputan hormat ini dari Allah. Maka rebutlah.

ulama' perang....

Sudah beberapa kali saya perhatikan akan rakaman perang mujahiden dari zaman sekolah lagi. Apa yang menariknya ialah, ulama telah menjadi sebahagian element penting dalam jihad qital ini. Mereka berperanan menghidupkan ruh-ruh jihad di kalangan mujahiden dengan taujih-taujih yang sangat membina. Bahkan ada dari kalangan mereka yang bersama-sama pasukan tempur tersebut. Ulama inilah yang senantiasa melaungkan janji-janji Allah kepada mujahiden dan ulama ini juga yang membakar semangat pasukan tempur supaya yakin dengan apa yang telah dijanjikan oleh sang pencipta. Lihat saja para ulama yang menjadi sayap kanan mujahiden dalam siri jihad qital ini sehinggakan berjaya melahirkan syuhada'-syuhada'.

Sahabat-sahabat boleh ikuti kisah perjuangan ibn mubarak yang juga seorang ulama hadith tentang persepsinya bekenaan jihad. Moga-moga kita dapat mengambil iktibar....

Allahuakbar !!!

jazakallah

Khamis, 16 Julai 2009

Qunut Nazilah bersama Mujahiden


Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Allahuakbar....!!!
jazakallah !!!

Terima Kasih Mujahiden


mana boleh perintah Allah dimesyuaratkan dan dipertimbangkan dan juga didemokrasikan...itu kurang ajar namanya..


Allahhuakbar !!!

Selasa, 14 Julai 2009

Tajarrud yang jelas














Syekh Muhammad Al-Ghazali....


Muhammad Al-Ghazali merupakan salah seorang ulama' ikhwan gerakan islam yang sangat komited dengan gerak kerja. Beliau sangat rapat dengan as-syahid imam hassan al-banna..

Pernah satu ketika Syekh Muhammad Al-Ghazali dijemput untuk pertemuan bersama beberapa orang ulama syiah untuk bertukar pandangan... Dalam sesi pertemuan tersebut, Syekh Muhammad Al-Ghazali berhujjah tentang beberapa perkara dan diantaranya adalah tentang kesatuan ummat islam. Maka Syekh Muhammad Al-Ghazali mengajak ulama-ulama syiah supaya berpadu bersama ahli sunnah wal jamaah dengan mengetepikan fahaman dan khilaf masing-masing. Hujjah Syekh Muhammad Al-Ghazali diakui kebenarannya oleh meraka.Lalu kemudianya Syekh Muhammad Al-Ghazali pada akhir pertemuan itu ditanya dengan satu soalan oleh ulama-ulama syiah..

ulama' syiah: wahai Syekh Muhammad Al-Ghazali, kamu ini seorang cendiakawan yang hebat...pada pandangan kamu, siapakah yang paling layak untuk menjadi khalifah umat islam selepas kewafatan rasulullah? sama ada ALI r.a atau ABU BAKAR r.a yang manakah menjadi keutamaan bagi kamu?


Syekh Muhammad Al-Ghazali : wahai sahabatku sekalian... jika aku mengatakan ABU BAKAR, sesungguhnya dia sudah pergi meningalkan kita...dan jika aku mengatakan ALI, sesungguhnya dia juga sudah pergi meningalkan kita....tetapi yang hanya ada sekarang didepan mata kita ialah YAHUDI dan KUFFARIN yang sedang meratah dengan kejamnya ummat islam di palastin dan di seluruh dunia...Maka dengan itu marilah kita bersatu dan berpadu tenaga menentang musuh Allah ini bagi mengembalikan maruah islam


Allahuakbar !!!

jazakallah

Isnin, 13 Julai 2009

UMAROV--- seruan buat mujahiden


ambillah sedikit pengajaran daripadanya......

jazakallah

Dokka Umarov - Panglima Tempur Chechnya




“Kami para mujahidin pergi berperang melawan kuffarin bukan karena mencari dan menginginkan peperangan, tetapi karena kami mengembalikan syari’at Allah di tanah kami. Allah berfirman bahwa dia tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, kecuali kaum itu mengubah keadaanya sendiri. Jika agama Allah bisa ditegakkan di muka bumi dengan metode yang lain, tentu Rasulullah saw., tidak pernah terlibat dalam 27 peperangan.

Tidak ada kekuatan lain dan ketetapan kecuali milik Allah, dan di waktu yang sama Allah swt. memerintahkan kita untuk mempersiapkan kekuatan untuk berperang, semampu yang kita dapat. “semampu kita“, bukan berarti kita harus memiliki kekuatan sebanding dengan kekuatan kuffar. Tidak mungkin dalam kondisi sekarang kita menyamai kekuatan kuffar. Jangan salah dan ingatlah, kemenangan kaum muslimin bukan karena jumlah pasukan dan kelengkapan persenjataan, tapi kemenangan akan datang karena ‘ketakutan’ kita pada Allah.

Dan ketakutan kepada Allah adalah jiwa dan tingkah laku kaum muslimin,ketika dia takut melanggar batas-batas apa yang diperbolehkan dan dilarang oleh Allah swt.. Dan larangan paling penting terkandung dalam keyakinan (keimanan) itu sendiri : Laa ilaaha illa Allah. Mengulangi kalimat tersebut mudah dan senang, tetapi menerapkannya dalam perbuatan tidak mudah dan tidak semudah itu, karena masuk surga bukan perkara mudah atau senang.

Allah yang Maha Kuasa telah memperingatkan kita dalam Al-Qur’an bahkan Allah tidak mengampuni syirik-menyekutukan sesuatu dengan Allah dan Allah mengampuni dosa-dosa lain jika berkehandak. Kaum muslimin harus takut pada syirik, menjauhi dan menolak sepanjang hidupnya. Jadi kami, para mujahidin menolak hukum apa pun, peraturan apa pun dan ketetapan apa pun yang bukan berasal dari Allah. Jihad melawan kuffar Rusia tidak pernah berhenti, telah berlangsung kembali sejak 16 tahun lalu di Chechnya, ketika Jauhar Dudayev (semoga Allah merahmatinya) dengan izin Allah menjadi pemimpin masyarakat Chechen. Sejak saat itu telah bergantung dengan tujuh pemimpin. Kami memohon kepada Allah agar merahmati ghazawat (jihad) mereka dan saudara-saudara yang mendahului kami.”


Apapun slogan-slogan politik yang diumumkan dan kata-kata apa pun yang digunakan untuk menjelaskan slogan-slogan tersebut, kami tetap berperang melawan kalimat-kalimat kuffar Rusia untuk berjihad dan mati dalam ridho Allah swt.. Setiap keinginan akan dibalas sesuai kesungguhannya, Insya Allah.

Dengan izin Allah, segala puji bagi Allah, menjadi takdir saya untuk memimpin jihad, Yang Maha Tinggi tahu, saya tidak menginginkannya, tidak mencari tanggung jawab seperti ini dan tidak pernah berfikir saya akan memikul beban ini. Akan tetapi, karena telah menjadi takdir saya, saya akan memimpin jihad dan mengorganisasinya sesuai pemahaman yang diberikan Allah Yang Maha Tinggi kepada saya.

Saya mengumumkan kepada seluruh kaum muslimin bahwa saya berperang melawan kaum kuffar di bawah panji “ Laa ilaaha illallah”. Itu berarti, sebagai Amir mujahidin di Kaukasus saya menolak segala sesuatu yang berhubungan dengan thaghut. Saya menolak seluruh hukum kuffar yang ditegakkan di muka bumi. Saya menolak seluruh hukum dan sistem yang ditegakkan kaum kuffar di tanah Kaukasus. Saya menolak dan menyatakan tidak berlindung di bawah nama dan istilah yang digunakan kuffarin untuk membagi-bagi dan memecah belah kaum muslimin. Saya menyatakan tidak berlindung di bawah suku, wilayah dan daerah yang mengusung nama “North Caucasian Republics”, “Trans Caucasian Republik.” dan yang serupa dengan nama-nama tersebut. Setiap jengkal tanah di Kaukasus, dimana para mujahidin yang membai’at saya berjihad, saya menyatakannya sebagai wilayah Daulah Kaukasus ; (yaitu) wilayah Daghestan ,wilayah Nokhchiycho (bekas Chechnya), wilayah Ghalghaycho (bekas Ingushetia), wilayah Iriston (bekas Ossetia Utara). Wilayah padang Nogay (meliputi bagian utara Checnya, Daghestan dan distrik Stavropol), wilayah Kabarda, Bulkar dan Karachay.

Saya merasa keberatan pada semua kaum munafik yang berpendidikan maupun yang tidak berpendidikan yang menuduh bahwa kami mendirikan negara yang abstrak, negara khayalan. Saya lebih suka mengatakan, Insya Allah, Daulah Kaukasus adalah bentuk negara yang lebih nyata dari pada zona-zona buatan kolonial yang ada sekarang. Kami akan, datang teliti dan metodis, memperkenalkan tahap demi setahap dan memaksakan perintah syari’at di tanah kami. Penerapan syari’ah meninggikan kalimat Allah dan merupakan esensi jihad.

Bagi mereka yang duduk-duduk santai dan menghindari jihad, memiliki alasan yang berbeda-beda salah satunya, dengan istilah demokratis yang kami tinggalkan dengan sempurna (istilah tersebut) dan kami anggap tidak penting kerana kesalah fahaman. Kami menolak nama dan gelar (dari istilah demokrasi). Sudah waktunya untuk memberi batasan pada perhatian, perkataan dan perbuatan kami. Di Hari Pembalasan nanti, ketika kami berdiri di hadapan sang khaliq, saya tidak ingin dicela karena banyak hal yang dilihat yang bisa dicela, saya takut siksa Allah. Jadi saya sekali lagi mengingatkan di bawah panji apa seharusnya kita pergi berjihad. Kami pergi berjihad untuk menegakkan syari’ah Allah. Jadi kami akan berjuang untuk mencari Ridho-Nya dan balasan dari Allah yang kami inginkan.

Sekali lagi saya mencela kaum munafik dan muslim yang lemah yang memposisikan diri seperti itu, tidak seperti muslim yang teguh. Argumen ganjil seperti itu meliputi kebijakan bodoh yang membuat setting seolah-olah seluruh dunia melawan kita sendiri. Subhanallah ! Jika saja seluruh kuffarin dan murtadin itu tidak memerangi kaum muslimin. Dengan mendapat kehormatan untuk mengambil kebijakan saya lebih suka untuk mengatakan kepada seluruh lawan-lawan saya; Senyata-nyatanya dan sebijak-bijaknya sebuah kebijakan adalah yang didasarkan pada Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan sebodoh-bodohnya kebijakan adalah yang didasarkan pada harapan kosong dan khayalan yang tidak dapat di pahami serta ketakutan pada kekuatan (lawan) yang terlihat.

Saya memperingatkan para mujahidin agar berperang untuk mencari Ridho Allah dan juga menekan (agar kaum muslimin berjihad) dan menghina (mereka yang meninggalkan jihad). Sebagai Amir Mujahidin di Kaukasus saya adalah satu-satunya kekuatan yang sah di seluruh wilayah dimana mujahidin memberikan sumpah setia kepada saya sebagai pemimpin jihad.

Setiap muslim memiliki kewajiban untuk membantu mujahidin dengan cara apapun yang mereka mahu, dan saya memperingatkan : kuffarin dan murtadin tempatan dari kalangan kaki tangan musuh adalah sasaran untuk dibersihkan dan bukan penguasa yang harus ditaati.


jazakallah....Allahuakbar !!!

Jumaat, 10 Julai 2009


As-Syahid syekh Ahmad Ismail Yasin
22-3-2004


Tarikh keramat tersebut adalah tarikh dimana syekh Ahmad Yasin menerima jemputan dari Allah untuk berada disisiNya... Jika ditanya-tanya semula, apakah kelebihan yang dipunyai as-syahid sehingga mendapat perhatian mulia dari Allah azzawajalla. Banyak...sangat banyak...dan mungkin perit bagi kita untuk mencontohinya, tetapi tidak pada golongan mujahiden seangkatannya....

Saya teringat kembali tentang artikel lepas yang dikongsi bersama bekenaan ruh jihad....... http://ruhmemali.blogspot.com/2009/06/jihad-ruh-yang-perlu-dipupuk.html

Sekiranya kita mengatakan kekuatan dana penting untuk jihad, itu benar....jika kekuatan jasadiyah itu penting, itu juga benar.... kemahiran taktik tempur itu penting bagi jihad, itu pun benar.... Tetapi harus diingati bahawa pembinaan dan pembentukan ruh jihad itu sendiri sangatlah penting dari kesemuanya...kenapa??

mana mungkin.....

Adakah akan terlaksananya jihad jika punya dana yang banyak ..!!? Adakah juga akan terlaksananya jihad dengan punyai jasad yang mantap !!? atau juga adakah akan terlaksananya jihad jika hebat dan mahir dalam menyusun taktik tempur !!?.... mana mungkin semua itu akan terlaksana tanpa didahului dengan ruh jihad yang dibina saban hari... Penting!!.. sangat penting, bagi kita untuk ambil cakna tentang soal ini....

ruh jihad....

Ruh jihad itu perlu diterapkan, perlu dibina, perlu dipupuk, perlu disemat di dalam hati sekemas-kemasnya... kerana ruh jihad inilah yang akan menggerakkan gerakan jihad dan sebagai satu momentum untuk mencabut perasaan takut kepada kematian dan menanam kecintaan kepada syahid.... Lihat saja kisah as-syahid ahmad yasin... beliau tidak punya kekuatan jasadiah, kekuatan dana jauh sekali, tetapi beliau adalah front line dalam gerakan jihad dan mati atas nama SYAHID....kerana apa?....kerana Allah tidak mencabut ruh jihad di dalam jiwa as-syahid yang mana ruh ini memandunya kejalan syuhada...Allahuakbar...seolah-olah ruh jihad membuatkan as-syahid terlupa akan kondisi dirinya.. Namun tidak menghalangnya untuk berjihad kerana ruh perjuangan jihad itu sudah terpasak kukuh didalam imannya...

mula di mana?...

Maka ketahuilah saudara-saudaraku, akan bahawasanya, ruh ini perlu disemai diawal usia lagi...kalau pada kita, mulakan sekarang... dan kalau pada generasi akan datang, mulakan di awal usia kanak-kanak.... doktrinkan mereka tentang perjuangan jihad, semarakkan ruh perjuang jihad tika mereka masih belum dicemari dengan kefasikan dan maksiat... bina mereka seawal usia, supaya mereka mampu menyatakan bahawa "ayah..ibu...lepaskanlah aku, dan izinkanlah aku untuk pergi berjihad dijalan Allah, dan doakanlah aku ini menemui mati syahid"

Allahuakbar !!!

jazakallah

Rabu, 8 Julai 2009

Selatan thai... JIHAD yang perlu disemarakkan


Ayoh bertindak, lahirkan generasi mujahiden bagi menjawab kembali kazaliman yang telah dilakukan oleh musuh Allah....


semboyan jihad sudah berbunyi.... mujahiden siap siaga..sesungguhnya Allah bersama dengan kita


kenapa Nabi bela kambing ?


Rupa-rupanya saya tidak berbakat dalam penulisan. Baru sedar. Dari segi gaya bahasa dan perkataan yang digunakan sudah cukup untuk mencerminkan kelemahan yang ada pada saya..

Namun saya kira, saya bukanlah berazam menjadi penulis...cuma sekadar nak kongsikan pandangan dengan sahabat-sahabat...saya kira bahasa rojak pun tak apa, asalkan maksudnya mudah difahami.....al-fahmu, rukun baiah pertama.

Kambing...

saya nak kongsi satu pengetahuan dengan sahabat-sahabat tentang sifat kambing dan hikmah yang tersirat... Dalam rakaman sirah nubuwwah (sirah nabi), boleh dikatakan hampir kesemua para nabi dan rasul memelihara kambing...Nabi Zakariya seorang tukang kayu yang hebat, Nabi Daud juga seorang tukang besi yang hebat, namun mereka ini mempunyai pengalaman memelihara kambing.... Memberi faham kepada kita bahawa majoritinya pernah memelihara kambing...

kambing oh kambing....

orang kata masyarakat waktu itu memang banyak kerjanya memelihara kambing....tapi kenapa tak unta, ayam kampung atau ikan patin...gurau saja... ataupun adakah semua ini satu kebetulan....???...

Allah jua yang maha hebat....

Apapun pandangan kita, boleh jadi betul dan boleh jadi salah....saya berpandangan fenomena ini adalah tarbiyah Allah untuk pesuruhNya...kenapa?

sifat kambing...

kambing ni kalau tuan-tuan perhatikan sifatnya ialah nakal...nakal macam mana?....maksudnya bila kita perhatikan dia dalam kumpulan, dia akan relax ja makan rumput, tenang saja, nampak baik... Tapi bilamana kita terlalai sedikit, mulalah dia lari sana, lari sini, lompat pagar, masuk kawasan rumah orang dan banyak lagilah adengan si kambing ni...

Jadi..yang letihnya pengembala kambing, kerana terpaksa kejar balik kambingnya.... kalau kitalah yang menjadi pengembalanya, sudah barang tentu singgah sekali dua ranting kayu ke badan kambing itu dek marahkan perbuatannya... tetapi tidak pada para nabi dan rasul.. mereka senantiasa melayan makhluk Allah dengan penuh kasih sayang hatta kepada binatang... Memberi faham kepada kita Allah melatih pesuruhnya untuk bersifat sabar dengan kerenah kambing sebelum berhadapan dengan kerenah manusia yang pelbagai macam...

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia...dan Allah sangat tahu perangai manusia

jazakallah- TAKBIR !!!