Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Selasa, 28 Julai 2009

Solat Malam...langkah awal membina ruh jihad


Mujahiden menjadikan solat malam sebagai rutin kehidupan mereka sebelum terjun kedalam medan tempur , kerana mereka percaya pembinaan ruh jihad tidak akan berjaya dengan hanya melalui semangat semata-mata... Semangat itu perlu, tetapi harus diingat bahawa semangat ada pasang surutnya... Lalu menjadi satu disiplin teras yang perlu dilazimi bagi para bakal mujahiden dengan melakukan mujahadah untuk diri sendiri terlebih dahulu disamping melaksanakan amal ijtima'ieyah...

Maka kita harus bermula dengan solat malam tetapi janganlah keterlaluan pada permulaan ini...Laksanakanlah dengan sederhana dan kemudiaannya ditinggkatkan kepada yang lebih baik dan sempurna dari semasa ke semasa... Kerana berlebih-lebihan dalam ibadah kadang-kadang disertai bersamanya semangat yang bersifat sementara... Yang penting itu bukanlah banyak bilangannya, tetapi adalah istiqomah dalam perlaksanaannya... Maka marilah kita sama-sama bermula dengan yang ringan-ringan dahulu ... Sama-sama kita ikuti ulasan ilmiah tentang solat malam...

Didiklah dirimu ansorullah....

Mengenai solat Tahajjud, ia termasuk dalam ibadah malam. Ibadah malam atau Qiyamullail masanya bermula dari awal malam (iaitu selepas isyak) dan berterusan hingga azan subuh. Ia boleh dilakukan sebelum tidur atau selepasnya. Namun yang terbaik ialah melakukannya selepas tidur terutamanya di penghujung malam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Solat paling baik selepas solat fardhu ialah solat di penghujung malam. Puasa yang paling baik selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulamak, maksud hujung malam dalam hadis di atas ialah sepertiga malam yang akhir. Pada saat itu, Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

“Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih masih tinggal sepertiganya yang akhir. Ia berkata; ‘Mana orang yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan perkenankan untuknya doanya. Mana orang yang memohon kepadaku, maka aku akan berikan kepadanya (permohonannya). Mana orang yang meminta ampun dariKu, maka aku akan ampuninya’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Solat sunat yang dilakukan selepas tidur itulah yang dinamakan tahajjud. Firman Allah s.a.w.;

“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji” (al-Isra’, ayat 79).

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Tahajjud ialah ibadah malam yang dilakukan selepas tidur”.

Cara terbaik untuk menghidupkan malam ialah dengan membahagikan malam kepada enam bahagian; tidur di tiga bahagian awalnya (yakni separuh malam), kemudian bangun bertahajjud pada dua bahagian selepas itu dan tidur semula pada satu bahagian yang hujung, iaitu sebelum azan subuh. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.;

“Sesungguhnya solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud a.s. iaitu ia tidur separuh malam (yang awal), ia bangun solat sepertiganya dan ia tidur semula di seperenamnya. Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud; ia berpuasa sehari dan ia berbuka sehari”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Kesimpulannya, untuk melakukan ibadah atau solat malam (solat witir, solat sunat taubah, solat istikharah, solat tasbih, solat sunat mutlak di malam hari, membaca al-Quran, berzikir dan sebaginya) tidaklah disyaratkan tidur terlebih dahulu. Namun jika kita hendak mengambil fadhilat solat malam yang paling baik dan mengikuti kebiasaan Nabi s.a.w., maka digalakkan kita tidur terlebih dahulu dan bangun mengerjakan tahajjud selepas pertengahan malam.

rujukan asas ilmiah:- ustaz ahmad adnan fazil

Allahuakbar !!!

jazakallah..










Tiada ulasan: