Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Rabu, 22 Julai 2009

Lillahitaala


Matahari mula menunjukkan rentak melabuhkan diri ke hemesfia yang lainnya...Memberi faham bahawa malam sedang menerpa ke bumi Memali, kedah. Ustaz ibrahim termenung sendirian petang itu. Malamnya nanti akan memenuhi jadual dakwahnya memberi tazkirah di sebuah surau yang terletak jauh dari bumi Memali.

"hmm.. macam mana nak pergi ni.. kereta dah nak habis minyak...duit dalam poket pun tak ada" ustaz ibrahim mengelamun seketika...

"tak pa kot...nanti habis kuliah, ada lah kot depa huluq sepuluh dua...boleh buat isi minyak" getus as-syahid untuk menyedapkan hatinya yang diserang sedikit kebimbangan itu.. Lalu dicapainya kitab pengajiannya dan turun dari rumah untuk ke surau tersebut...

"Mat..jom kita pergi..dah nak maghrib ni.. nanti lambat pulak kita".... Mat.. seorang sahabat setia as-syahid yang selalu menemaniya dalam misi sebaran dakwah...selalunya Mat akan memandu..

Dalam separuh perjalanan....

"Mat..Mat..berhenti Mat, berhenti... patah balik, balik rumah saya"... Mat agak hairan sebenarnya..."mungkin tertinggal barang kot" fikir Mat.. Lalu berpatah baliklah mereka...

Sesampainya di rumah ustaz ibrahim bergegas keluar dari kereta lalu berdiri di tangga rumahnya buat seketika dan kembali masuk kedalam kereta..."dah Mat... jom kita pergi semula"... Aneh, bukan tertinggal barang rupanya... "kenapa Ustaz?...lain macam saja tadi ? saya ingat ustaz tertinggal barang, tapi tak naik rumah pun saya tengok... ada yang tak kena ka?"

As-syahid tersenyum lalu menjawab " pada mulanya tadi saya melangkah keluar rumah dengan niat nak ambil imbuhan dari hasil tazkirah malam ini...ini tidak betul...ini bukan kerana Allah... lalu saya berpatah balik bagi memperbetukan niat saya semata-mata kerana Allah...perjuangan ini mesti kerana Allah"

Allahuakbar !!!

jazakallah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan: