Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Isnin, 29 Jun 2009

JIHAD UMAT ISLAM MORO

Sedia Tempur !!!


Angkatan Perang Moro MILF sangat menarik perhatian saya untuk sekian lamanya kerana sikap tadhiyyah mereka yang sangat tinggi. Terkenang kepada batilion Al-Badar di zaman rasulullah yang di dalam rakaman sejarah bahawa berperang tanpa kelengkapan senjata bahkan terlalu dhoif saya kira...Mujahide MILF juga demikian sekiranya dinisbahkan dengan suasana sekarang...

Moro Islamic Leberalization Front....

Pimpinan ustaz Selamat Hasyim, MILF terus dipacu kedepan tanpa undur lagi. Saya tercari-cari maklumat bekenaan pejuang Moro selama ini,agak sukar sebenarnya. Alhamdulillah sekiranya saya diberi peluang untuk bertemu sendiri dengan Ustaz Selamat Hasyim bagi mengetahui perkembangan sebenar Moro. Sangat terhad.. itulah yang boleh saya ucapkan dalam siri mengetahui perkembangan pejuang Moro jika dibandingkan dengan gerakan Hammas.

Allhamdulillah, dalam misi mencari kebenaran ini, Allah ketemukan saya satu artikel oleh Sheikh Abu Zahir yang sedikit sebanyak membuka mata saya tentang perjuangan mujahiden Moro. Ikuti selanjutnya....

Bismillah....

Bumi Islam Moro (kini dikenali sebagai 'Selatan Filipina') merangkumi pulau Mindanao (pulau ke dua terluas di Filipina), kepulauan Sulu, Palawan, Basilan dan pulau-pulau sekitarnya.

Keluasan tanahnya adalah 116,895 kilometer persegi, lebih 1/3 daripada keluasan Filipina. Penduduknya lebih 20 juta dengan lebih 12 juta daripadanya adalah umat Islam. Selebihnya adalah penduduk pedalaman di situ dan juga pendatang Kristian dari Luzon dan Visayas.

Islam tiba di Moro pada tahun 1210 Masihi, dibawa oleh pedagang dan pendakwah Arab. Ini adalah lebih tiga abad sebelum kedatangan Kristian yang dibawa oleh Ferdinand Magellan pada tahu 1521 Masihi. Tidak lama selepas kedatangan Islam, Kesultanan Islam telah dimulakan oleh Kesultanan Moro sendiri seperti, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Maguindanao.

Penjajah Sepanyol yang diketuai oleh Magellan telah memaksakan 'Salib' dan kepercayaan Tritini ke atas penduduk di situ. Umat Islam ketika itu bangkit menentang penjajahan negara dan agama ini dengan dipimpin oleh Raja Sulaiman dan Lakandula. Namun setelah shahidnya kedua pemimpin ini, umat Islam telah dikalahkan dan segala peninggalan Islam di Moro telah dihapuskan oleh pihak Kristian. Yang tinggal hanyalah sebuah kota yang dikenali sebagai 'Intramoros'.

Pada 10 Disember 1898, "Perjanjian Paris" di antara Amerika dan Sepanyol telah dimeterai. Dalam perjanjian ini Sepanyol telah menyerahkan Filipina kepada Amerika. Walaupun mereka sebenarnya tidak menguasai umat Islam Moro tetapi mereka tetap memasukkan bumi bertuah ini di dalam perjanjian tersebut.

Selama lebih 300 tahun umat Islam Moro cuba dikalahkan dan dihapuskan oleh pihak Kristian Sepanyol , diikuti pula oleh pihak Amerika selama 47 tahun, namun kedua-dua kuasa kuffar ini telah menemui kegagalan.

Melalui helah politik, Amerika telah berjaya memujuk sultan-sultan dan pembesar-pembesar Moro mengikat perjanjian dengan mereka (Perjanjian 'Kiram-Bates', 2/8/1899). Di antara syarat-syarat perjanjian tersebut adalah tidak ada campurtangan pihak Amerika dalam soal pemerintahan para sultan dan pembesar ini. Pada 2 Mac 1904, President Roosevelt, bagaimanapun telah mengisytiharkan bahawa perjanjian tersebut tidak akan diterima lagi.

Apabila Amerika memberi kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946, umat Islam Moro telah menentang usul meletakkan bumi Islam Moro di bawah pemerintahan Filipina. Namun pihak kuffar Amerika dan Filipina tidak mengendahkan suara umat Islam ini (perhatikan tarikhnya dan renungi sebabnya, umat Islam tidak diendahkan). Maka bumi Moro yang kaya denga hasil semulajadi, bahan galian dan tanah yang subur inipun jatuh ke tangan kerajaan Kristian Filipina.
Jihad di bumi Moro ini bermula sejak 1521 lagi. Mereka menentang penjajahan Sepanyol selama 377 tahun (1521-1898). Kemudiannya mereka menentang kuasa kuffar Amerika pula selama 47 tahun (1898-1946). Sejak 1970 pula, umat Islam Moro telah berjuang menentang kuasa kuffar Filipina sehingga hari ini.

Sebaik sahaja Filipina merdeka pada 1946, kerajaan Kristian Filipina telah melancarkan program penempatan untuk penduduk-penduduk Kristian dari Luzon dan Visayas ke bumi Moro. Dengan sokongan dan bantuan pihak kerajaan, pendatang-pendatang Kristian ini telah menindas umat Islam Moro di bumi mereka sendiri.

Kumpulan bersenjata pengganas-pengganas Kristian telah ditubuhkan. Ramai penduduk Islam Moro telah dibunuh dengan kejam dan kediaman-kediaman mereka dibakar. Umat Islam Moro yang tidak berdaya menentang pengganas-pengganas yang dibiayai kerajaan Kristian ini terpaksa meninggalkan harta benda mereka dan mencari perlindungan di kawasan-kawasan yang ramai penduduk Islamnya. Tanah dan ladang-ladang mereka kemudiannya telah diduduki oleh pendatang-pendatang Kristian.

Pada ketika kerajaan dan pengganas-pengganas Kristian ini merasakan bahawa mereka telah berjaya menghapuskan umat Islam Moro, bangkit para pemuda Islam Moro (Takbir!) dari pelbagai lapisan termasuk para pelajar, terutamanya dari yang berpelajaran agama dari negara-negara Arab. Di bawah pimpinan Salamat Hashim, 'Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Moro' (MNLF) telah ditubuhkan. Ketika pergerakan ini masih diperkuatkan, satu konflik tercetus di antara Misuari dengan seorang graduan kedoktoran dari Mesir kerana kedua-duanya ingin menjadi pemimpin. Salamat Hashim yang merupakan pelopor pergerakan tersebut menyedari bahawa usahanya mungkin gagal sekiranya konflik berterusan terutamanya jika beliau juga menyatakan pendirian untuk menjadi pemimpin. Beliau lantas membuat keputusan tidak memarakkan lagi konflik yang tercetus. Akhirnya Misauri telah berjaya menjadi pengerusi pergerakan tersebut.

Beberapa tahun selepas bermulanya perjuang MNLF, menyedari ketidak-sesuaian Misauri, hampir kesemua komander telah bersepakat bahawa Misauri patut melepaskan jawatannya kepada Salamat Hashim. Bagaimanapun Misauri enggan dan dengan pelbagai helah terus mengekalkan jawatannya. Atas sebab ini, Salamat Hashim pun megambil-alih pimpinan MNLF dari Misauri yang terus mendabik dada sebagai pengerusi.

Bagi mengelakkan kekeliruan, majlis syuranya telah mengambil keputusan menggantikan perkataan 'Kebangsaan' dengan perkataan 'Islam'. Maka 'Pergerakkan Pembebasan' yang sebenarnya kini adalah 'Pergerakan Pembebasan Islam Moro' (MILF) yang matlamatnya adalah untuk mengembalikan kedaulatan Negara Islam Moro.

Mujahid-mujahid Islam Moro terdiri daripada;

  • 120,000 orang Tentera Islam dengan lebih 80% daripdada mereka bersenjata lengkap.
  • Lebih 300,000 pejuang-pejuang umum.

Matlamat Jihad MILF adalah :

  • Untuk meninggikan Kalimah Allah
  • Untuk mendapatkan keredhaan Allah
  • Untuk menguatkan hubungan manusia dengan Penciptanya
  • Untuk menguatkan hubungan sesama manusia
  • Untuk mendapatkan semula hak-hak Umat Islam Moro yang dirampas
  • Untuk menegakkan sebuah negara Islam yang merdeka dan menjalankan Syariah Islam.

ALLAHUAKBAR !!!

Untuk Renungan

أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ وَ السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ وَ إِنْ تََأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَ سُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ اْلمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَ إِيَّاكُمْ وَ مُحْدَثََاتِ اْلأُمُوْرِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ .

( رواه أبو داود و الترمذي و قال : حديث حسن صحيح )

“Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla , dengar dan taat sekalipun yang mengarah kamu hanyalah seorang hamba , maka sesungguhnya sesiapa yang masih hidup dikalangan kamu , ia akan berhadapan dengan konflik yang begitu hebat , dikala itu wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Genggamlah ia dengan geraham dengan seerat – eratnya dan waspadalah kamu terhadap perkara – perkara yang diada-adakan maka sesungguhnya semua perkara yang diada-adakan ( yang tidak terdapat dalam syariat ) adalah sesat .”

Jihad...Politik....Mana pendirian kita ?

as-syahid ahmad yasin


Susah betul hendak lelapkan mata malam ini. Jam menunjukkan 3.15 pagi. Lepak-lepak di pumkin depan rumah seronok jugak. Lama tak berembun sambil tengok-tengok langit.Tadi petang ada di markaz berbincang dengan pemuda kawasan tentang beberapa perkara...rupanya susah juga nak berjuang di luar nih.... zaman kampus???...zaman ideal yang dikelilingi oleh para retorikator...Tapi itulah realitinya, itulah waqi'nya...

waqi' (situasi zaman/ situasi setampat masing-masing).........

Bercakap mengenai RIALITI, saya mengimbau kembali perkongsian dengan sahabat-sahabat kawasan petang tadi di markaz PAS kompleks Fadhil Noor. Hajat hendak menyambung tulisan tentang komander khattab, tapi biarlah ia seketika kerana nak berkongsi sesuatu dengan sahabat diluar sana..

Sengaja saya membuka isu berkenaan sahabat mujahiden diluar sana untuk diambil tahu sedikit perkembangan mereka. Tetapi perbincangan lebih berkisar tentang pendekatan Jihad yang di ambil... Mujahiden Thailand, Mujahiden Indonesia, Mujahiden Filipina, Hammas , Hizbullah , Chechnya , Somalia dan ada beberapa lagi kumpulan yang saya kira tak perlu lagi disebut.

Alhamdulilah, mereka semua dalam peliharaan Allah walaupun kita tidaklah membantu sangat. Ada dua perbezaan besar dalam pendekatan yang diambil mereka yang sedikit sebanyak mempengaruhi corak gerakan mereka untuk tegakkan syiar Allah.

Politik....Radikal

Di filipina barisan pejuang kebebasan kebangsaan Moro MNLF mengambil pendekatan politik, manakala barisan pejuang kebebasan islam Moro MILF mengambil pendekatan radikal yakni tidak ada kompromi dan usaha sama dengan kerajaan kuffar filipina. MNLF masih bermain tarik tali dengan kerajaan filipina tetapi tidak MILF dimana mereka jelas menyatakan bahasa senjata dengan penjajah filipina. Andaikata ketiga-tiga pihak ini bertembung dalam satu masa, mana satukah kita akan berpihak? MNLF islam, MILF juga islam dan hanya filipina kristian...rumitkan ??? golongan siasah ada pandangan mereka, golongan mujahidin ada pandangan mereka, lalu mana satukah lebih aula.

Selatan Thai, perjuangan mereka jelas. Pendekatan mereka hanya satu iaitu tidak ada kompromi dengan kerajaan siam dan alhamdulillah mereka sepakat. Cuma mereka kurang kekuatan.

Indonesia... sebahagian mahu bersiasah dan sebahagian lagi mahukan penentangan terus yang bersifat bersemuka.

Di Malaysia yang ku cinta...PAS jelas mengambil pendekatan siasah sebagai jalan atau alternatif perjuangan. Namun kita sedia maklum, jalan siasah ini adalah dunia yang penuh dengan hipokrasi dan tarik tali. Walaubagaimanapun, saya tetap mendokongi perjuangan PAS walau apa pun pendekatan yang diambil kerana waqi'nya begini. Jauh disudut hati saya ada beberapa perkara yang tidak saya senangi terhadap pendekatan PAS, namun perasaan itu terpaksa saya ketepikan kerana SYURA itu lebih utama. Disana terdapat pertembungan besar berpenjuru PAS , UMNO dan beberapa pertubuhan lain.

Palastin... pertembungan tiga penjuru seperti di filipina juga iaitu Hammas, Fatah dan Zionis.
Malangnya fatah juga islam...lalu bagaimana Hammas mahu menyelesaikannya dengan jalan darah???.. dengan yahudi mungkin, tetapi fatah ??? sama-sama kita fikirkan

Akhirnya saya terpaksa mengakui kenapa saya sangat obses dengan mujahiden chechnya. Antaranya ialah pendekatan yang mereka ambil. Pertembungan mereka jelas iaitu antara Islam dengan kuffar. Mereka tidak bercanggah fikrah sesama sendiri. Apa yang ada hanyalah JIHAD senjata menentang rusia dan mereka sedikitpun berganjak dengan pendirian mereka. Mereka tidak lagi perlu bersiasah dalaman tetapi yang ada hanya syahid. Allahuakbar

Namun, kesemua pendekatan yang diambil itu bersesuaian dengan situasi dan maslahah masing-masing. Jalan yang diambil sudah barang tentu adalah yang terbaik buat mereka... TAKBIR!!!

Ahad, 28 Jun 2009

Khattab si Pedang Islam

komander Khattab

Nama beliau tidak asing lagi dikalangan para pejuang mujahiden cehchnya dan sangat terkenal di kalangan musuh islam tentera rusia. Beliau seorang komander yang sangat berdedikasi dan komited dalam medan JIHAD. Kepakaran dalam mengawal situasi perang dan kecekapan dalam menyusun taktik tempur tidak dapat dinafikan. Juga seorang panglima perang yang seringkali memotivasikan dan membakar semangat mujahidin. Tidak ada sedikitpun perkataan RETORIK di dalam kamus hidupnya sepertimana segelintir pejuang di kalangan kita sekarang khususnya golongan muda- Auzubillah..

Pimpinan yang sukar dicari ganti....

Apa yang menarik tentang kepimpinan Khattab ialah beliau tidak sama sekali mewujudkan jurang antara pimpinan dengan orang bawahan... Saf mujahiden di bawah kepimpinannya sangat menyenangi tinddak tanduk khattab. Keperibadian yang dizahirkannya bukanlah satu yang dibuat-buat bahkan ia lahir dengan sendirinya. Beliau boleh makan bersila di atas tanah bersama tenteranya dan beliau sering bergurau sesama mereka walaupun beliau seorang yang tegas. Pernah satu ketika beliau menyergah seorang tentera rusia supaya duduk, dan jelas sekali wajah ketakutan akibat sergahan khattab...

Saya suka mengikuti siri-siri operasi yang di pimpin oleh As-syahid Khattab. Sepanjang operasi, Khattab adalah orang yang paling terkedepan sekali. Khattab akan menjadi orang yang paling hampir kedudukannya dengan musuh semasa bertempur. Khattab sangat tegas dengan musuh. Khattab pernah memberi kata dua kepada seorang tentera rusia supaya bangun berjalan atau di tembak. Malangnya tentera rusia tersebut tidak berbuat demikian dan menyangka Khattab hanya mengugut kosong. Selepas 3 kali amaran diberi akhirnya tentera tersebut ditembak sehingga mati sambil terdengar laungan Allahuakbar oleh khattab...
Khattab sedang memberi taujihat kepada mujahidin

komander shamil basayev, orang kanan khattab cedera diserang

Khattab sentiasa didepan

bersambung....


Renungan...

Sabtu, 27 Jun 2009

Panggilan JIHAD Selatan Thai



cikgu Azmi(presiden TERAS), Tok Guru Hj Salleh(pengasas pondok hj salleh), cikgu Ya (YB jeneri)

Sesudah solat jumaat, ummat islam SIK berkumpul beramai-ramai di hadapan dataran Masjid Sg Pau bagi menyertai himpunan menyatakan protes dan desakan ke atas kerajaan thailand dan amaran khusus kepada pihak tentera thailand laknatullahhi-alaih yang berselindung dibalik kerajaan siam.

Perhimpunan kecil ini adalah perhimpunan julung kalinya peringkat kampung. Mungkin budaya ini masih baru di peringkat kampung, namun ia tetap perlu dilakukan. Alhamdulillah berkat Tuan Guru Hj Salleh turun bersama-sama dalam menyatakan bantahan beliau. Bersama turun sebagai jurucakap iaitu Cikgu Azmi yang merupakan antara pengasas dan president TERAS serta setiusaha agung Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) mewakili ummat islam Sik.

Selatan Thai....tanggungjawab kami

Kita pernah digemparkan satu siri keganasan pada april 2004 di Masjid Kerisik selatan thai di mana 30 orang umat islam di bunuh di dalam masjid itu dan diantarnya ialah ulama. Serangan oleh tentera thailand hizbusyaitan ini adalah dengan satu matlamat iaitu "bunuh ulama' islam dan umat islam seramai mungkin". Mereka syahid di dalam masjid itu juga. Ditambah dengan itu penangkapan, penculikan dan pembunuhan secara senyap ke atas umat islam sentiasa dilakukan dengan alasan mereka adalah PEJUANG PEMISAH yang berbahaya kepada kerajaan.
Kerajaan thai ini tidak ubah seperti lembu dengan kanak-kanak. Takut tidak bertempat. Mereka kuasa besar, kenapa perlu rasa tergugat dengan hanya segelintir umat islam di selatan thai.

Diikuti pada tahun yang sama, satu lagi peristiwa berdarah yang mengorbankan puluhan umat islam dan ada yang dibunuh di dalam penjara. Masih ingat lagi tragedi Tak Bai ???...jangan sesekali lupa bahkan ia perlu dilunaskan.

Sekali lagi umat islam selatan thai diuji kesabaran mereka baru-baru ini. 9 jun 2009, Masjid Al-Furqan, Narathiwat,kita dikejutkan dengan satu lagi siri keganasan pembunuhan umat islam disitu. Ketika solat isya' rokaat yang kedua, hujan peluru telah dihadiahkan kepada jemaah masjid sehingga menembusi kepala dan badan mereka. Selama satu jam lebih, satu jam lebih !!!, tembakan tanpa henti.Untuk apa Allah bentangkan semua ini ???

antara selatan thai dan palastin......

syabra sytila, grozni dan paling menggemparkan gazza.Allahamdulillah kita bangun beramai-ramai bersama membantu umat palastin. Alhamdulillah bantuan yang menggalakkan. Satu dunia memberi respon dan boikot ( malangnya hanya beberapa bulan sahaja) ..mereka adalah saudara seaqidah kita walaupun jauh di sana... lalu bagaimana selatan thai ???... mereka berkongsi awan dengan kita, mereka berkongsi sungai dengan kita, menunjukkan mereka terlalu hampir dengan kita. Mereka juga saudara seaqidah kita...lalu kenapa kesampingkan mereka???... Saya agak sedih bilamana ada di kalangan sahabat seperjuangan tidak tahu apa yang berlaku di selatan thai.."kanapa dengan selatan thai??" "selatan thai?? ada apa yang berlaku??". Dan apabila diminta bantuan idea untuk himpunan yang akan diadakan, masing masin mengambil pendirian berkecuali dan melarikan diri. "maaf ana tak tahu..." "ana tak reti lah.." "sorry not my line..." "tak tahu..." .. Satu jawapan penipu yang amat mengecewakan. Tidak ada sedikitpun usaha untuk membantu. Berbeza dengan isu palastin, masing-masing berlumba-lumba bekerja...tetapi tidak untuk selatan thai... hmmm pelik, tetapi inilah yang berlaku.... wahai sahabat ikhlaskan niat kita dalam berjuang... Kadang-kadang ada juga terfikir, adakah umat palastin high class people dan umat selatan thai third class level ??.... Ummat palastin bertuhankan Allah, ummat selatan thai juga bertuhankan Allah, palastin mengadap makkah, selatan thai juga mengadap makkah. Apa bezanya???... sepatutnya sensetiviti kita patut sama, tambahan lagi jiran kita,... jiran kita,...jiran kita...

Tuntutan....

Ibu-ibu dan balu balu mujahidin sangat managih doa-doa dari kita saudara mereka..." tolonglah solat hajat beramai-beramai mohon kepada Allah semoga kami diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang maha dasyat ini"...

Kita wajip bantu, bukan kerana kasihan...kalau kerana kasihan, orang kafir pun tahu kasihan... akan tetapi kita wajip bantu atas dasar AQIDAH...mereka saudara seaqidah kita... ayuh!!! bangkit untuk bertindak...ayuh !!! bangkit untuk memelihara maruah islam... Ayuh !!! bangkit menyambut seruan JIHAD....Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar






Khamis, 25 Jun 2009

Jihad : ruh yang perlu dipupuk


“orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dalam keadaan jahiliah”


Jihad itu:

Bahasa

  • Berjuang berhabis-habisan untuk mencapai sesuatu matlamat. Satu pendekatan yang bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati samaada dalam perbuatan, percakapan atau iktiqod hati.

Syarak

  • satu mujahadah (perbuatan, percakapan, iktiqod) yang bersungguh-sungguh semata-mata untuk tegakkan kebenaran agama Allah.


Menurut Ibn Abbas :

Jihad bermaksud menggunakan kemampuan yang ada pada jalan dakwah (jihad) dan tidak takut kepada celaan orang lain pada jalan Allah.

Kesimpulannya JIHAD adalah satu kemuncak kesungguhan (seluruh jiwa) untuk ALLAH semata-mata. Maka kesungguhan yang bukan bermatlamatkan ALLAH tidak layak digelar JIHAD, tetapi hanyalah sekadar satu survival

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan

sudah banyak kiranya dalil serta hujjah tentang jihad dan ia kadang-kadang bukan lagi perkara asing khususnya kepada para penggerak harokah islamiah. Malangnya di sini, kalimah ini hanya difahami dan dibahaskan dari segi akedemik sahaja. Jarang sekali antara kita ini merasai element jihad itu sendiri dan menjiwainya. Lalu bagaimana ???

Jihad dapat dirasai bilamana hadir bersamanya RUH...ruh jihad... Ruh jihad tidak akan dapat diperolehi dengan hanya membaca buku, telaah kitab atau sekadar menyaksikan rakaman jihad... Akan tetapi, ruh jihad ini perlu dipupuk sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Ia tidak akan datang sekali gus jauh sekali melalui exam bertulis.

Sudah barang tentu antara proses didikan ruh jihad ini tidak dapat dikecapi melainkan melalui proses tadhiyyah (pengorbanan). Peringkat inilah ramai yang kecundang. Antara faktor kegagalan ialah keluarga,isteri, anak-anak, pengaruh,kuasa,harta, jawatan, projek, pangkat dan sebagainya yang akhirnya membawa kepada gejala al-futur (lari meninggalkan jemaah/berpisah). Maka di sini kita dituntut untuk bersifat ikhlas dan banyakkan bersabar walaupun ia pedih. Allahuakbar

Di peringkat kawasan dan cawangan, ceramah kelompok berbentuk thaqofah amatlah penting dalam mendidik dan mentarbiyah masyarakat tentang islam. Jangan tinggal atau abaikan aktiviti ini kerana ruh jihad akan pudar dari hari ke sehari. Auzubillahiminzalik...

TAKBIR

BAHASA...nak ke mana ?




Lama juga saya mengikuti perkembangan mujahidin chechnya bermula dari zaman persekolahan lagi. Masih saya ingat bila mana saya mengajak geng-geng skolah saya menonton vcd Chechnya 1. Ketika itu respon yang agak menarik dari kengkawan sekolah. Mereka tidak tahu apa yang berlaku di luar sana Tidak ada sedikit pun niat dihati untuk berdakwah pada mereka ketika itu, tetapi satu doktrin yang cuba saya tanamkan bahawa kita perlu menjadi mujahidin seperti di dalan vcd itu. Pada saya ketika itu adalah kami anak muda yang kena berjihad... maklumlah semangat budak-budak. "kita kena tolong depa(mujahidin), lepas ni kita kena get ready untuk pi berjihad".

Saya kira ketika itu ruh jihad mula meresapi jiwa kami sedikit demi sedikit. Saya masih ingat dengan jelas ketikamana Komander Khattab (dalam vcd) memberi taujihat perang dan membaca doa sebelum berangkat perang, dengan tidak disangka-sangka kami semua turut mengaminkan doa yang dibaca...inilah kuasa Allah... Sebenarnya saya dan geng-geng skolah dulu bukanlah dari latar belakang agama, lagipun skolah kami sekolah sekular...kami bukan budak pondok, bukan hafiz quran jauh sekali anak tok guru. Kami hanyalah budak-budak kelas dua di skolah.Tetapi alhamdulillah, berkat selalu fly asrama pergi ke ceramah-ceramah anjuran PAS, kami dibaja dengan taujih-taujih ustaz-ustaz yang selalu menyebut perjuangan ini adalah JIHAD, JIHAD, JIHAD... sayang sekali, ceramah PAS mutaakhir ini sudah hilang kalimah jihad, ruh jihad dan wajah jihad...yang ada hanyalah isu,isu,isu....memang tidak salah mengangkat isu bahkan penting, tetapi harus diingat, jiwa masyarakat perlu ditarbiyah dengan jihad bukan dengan isu... sama-samalah kita memperbaikinya dari sekarang- terima kasih ceramah PAS- Allahuakbar

bacalah dengan tenang:

BAHASA...nak juga kongsi pandangan dengan sahabat-sahabat tentang isu ini. Maaf saya katakan saya agak radikal terhadap islam dan saya amat membenci perjuangan bangsa. Bangsa, bahasa, huruf, tulisan, warna kulit, bentuk muka, semua itu adalah kurniaan Allah yang tidak diminta untuk diperjuangkan. Ini asas. Memperjuangkan bahasa melayu adalah bahawa lebih baik bermakna menafikan kehebatan ciptaan Allah yang juga mencipta bahasa-bahasa lain. Tidak Allah jadikan kita di atas muka bumi ini untuk mengangkat bahasa masing-masing. Allah meminta kita supaya memperjuangkan agamanya bukanlah perkara-perkara yang ashobiyyin. Janganlah kerana terlalu sayang ke-ibunda-an sehingga meneggelamkan kalimah jihad untuk diterjemah.

bacalah dengan hati yang tenang:

Pada pandangan saya, bahasa, bangsa,dan budaya ke-ibunda-an ini adalah kurniaan Allah yang masing-masing ada kelebihannya untuk dikongsi sesama kita dan bukan untuk diperjuangkan..

Lalu kenapa PAS memperjuangkannya. PAS bukan gerakan asobiyah. Pasti ada sebabnya... Alhamdulillah saya dan geng-geng skolah lama dulu berangkat ke medan demonstrasi PPSMI dalam mendidik jiwa jihad yang baru berputik. Kongsi tambang bas, tidur masjid,bejalan kaki cari kedai makan, semuanya kami turuti kerana taat pada arahan pimpinan. Taklik buta? wala semberono??? tidak, sama sekali tidak.... lalu kenapa turut memperjuangkan bahasa???

Hemat saya, kami turun bukan memperjuangkan ke-ibunda-an atau menentang bahasa inggeris... kami turun dengan satu fahaman bahawa kami menentang agenda di sebalik isu bahasa tajaan UMNO dan Barisan Nasioanal yang memberi impak besar kepada ummat islam dan aqidah ummat. Dengan sistem pendidikan yang dibawa HIZBUSYAITAN ini,mati sedikit demi sedikit sekolah-sekolah pondok, Skolah Agama Rakyat dan beberapa institusi keagamaan. Inilah penyebab kepada penentangan kami... kami tidak bersifat bangsa, kami tidak bersifat bahasa..kami menjunjung tuhan yang esa

melayu akan tetap dengan melayunya...tetapi islam itu wahyu...

Komander Khattab, seorang arab yang menyertai tentera mujahidin chechnya seawal usia belasan tahun..beliau mampu menguasai bahasa rusia sepanjang perhidmatannya... komunikasi beliau dengan musuh adalah bahasa rusia dan bersama para mujahidin adalah bahasa arab dan ada kalanya bahasa rusia... Menunjukkan di sini mujahidin di luar sana hanya fokus kepada perjuangan agama bukan bahasa kerana bahasa adalah kurniaan Allah...sama-samalah kita mempelajarinya


Kenapa bahasa melayu itu penting dan perlu diangkat khusus untuk rakyat malaysia???.....saya kira kerana ISLAM mudah disampaikan dan difahami melaluinya...sekadar itu perkongsian kita- jazakallah..TAKBIR

Rabu, 24 Jun 2009

Gurauan Mujahid di Pintu Syahid


TANGGG !!! TANGGG !!! TANGGG !!!

bunyi hujan peluru yang amat menggerunkan bagi kita tetapi tidak pada mereka para shuhada memali...

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Amandi bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

19 nov 1985, Pagi....dalam keadaan terkepung dan terperangkap dek muntahan peluru M16 dan mesin gun pihak keselamatan, as- syahid ustaz ibrahim libya bersama murid-muridnya tertunduk-tunduk dan menirap di dalam rumahnya kerana terlalu sukar untuk mengakat kepala. Tiada sedikitpun ruang selamat di situ.Pasukan keselamatan HIZBUSYAITAN itu tidak sedikitpun menunjukkan sifat kemanusiaan kepada kumpulan orang kampung dan as-syahid..

tiba-tiba

dalam keadaan genting itu as- syahid ustaz ibrahim libya memaling kebalakang melihat murid-muridnya yang setia....

as- syahid ustaz ibrahim libya: (dalam keadaan tersenyum dan nada berseloroh).. "berapa ramai yang nak mati syahid hari ni ??"

murid :(sambil senyum dan membilang sahabat-sahabatnya dengan jari)...."lebih kurang belas-belas (belasan orang ) jugak ustaz"

as- syahid ustaz ibrahim libya: "ishhh, ramai sangat tu...sikit-sikit dah la yang mati syahid...jangan ramai- ramai sangat....kalau semua pakat-pakat mati, nanti sapa nak buat kerja islam"

murid-murid ustaz ibrahim libya menyambut gurauannya dengan senyum dan ketawa kecil. Saya kira inilah gurauan terakhir mereka. Lihatlah betapa rapatnya mereka, betapa indahnya ukhuwah yang mereka bina dan betapa hebatnya semangat jihad yang ditanam sehinggakan masih sempat bergurau takkala maut menjelang. Seolah-olah Allah sudah memperlihatkan syurga kepada mereka yang menyebabkan mereka terlupa tentang hujan peluru.Allahhuakbar

para MUJAHID:

1.Ibrahim Mahmood,45
2.Idrid Kadir38

3.hj Abdullah Saman,72

4.Md Daud Kadir.50

5.Md Arof Hashim,41

6..Razali Saman,36(Peg Kerajaan)

7.Zamri Mat Isa,37

8.Zakaria Ahmad,28

9.Ahmad Hassan,30(jenazahnya disempurnakan mengikut kematian biasa oleh ahli keluarganay)

10.Manas Waden.58

11.Syafie Dahaman 30 (guru)korban pertama.

12Ahmad Ismail,

13.Hj Hambali Md Senang,65 dan

14.Abdullah Bin Yasin 40.

majlis fatwa negeri kedah kata:

Sebagaimana yang dijangkakan maka fatwa mengatakan mangsa-mangsa di Memali adalah 'bughah' dan tidak syahid ma'rakah, iaitu bukan syahid perang menentang golongan yang menentang pergerakan Islam. Antara ulama rasmi yang ditugaskan menyiasatnya ialah seorang mufti dan beberapa hari kemudiannya terpampang pula dalam akhbar beliau meninggal dunia secara mengejut

tapi... ulama PAS sepakat mereka ini MATI SYAHID...

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Allahuakbar...


TAKBIR

janji Allah


Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia Telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan

Selasa, 23 Jun 2009

ayat seorang PENDEKAR agung

Teringat peristiwa di awal kedatangan islam. ketikamana umar masih belum islam. Satu pengajaran moral telah diajar oleh Rasulullah dalam berhadapan dengan musuh yang kuat lagi hebat untuk kita contohi...

Rasulullah bersama dengan beberapa orang sahabat generasi awal di rumah mereka sedang mengajarkan sesuatu tentang islam.

sahabat : ya Rasullulah...habis.. habislah kita

Nabi: kenapa wahai sahabat?

sahabat : Umar...Umar sedang datang kemari..menuju kerumah ini ya Rasulullah..

Nabi: ( nabi tersenyum)

sahabat : dia datang bersama dengan pedangnya yang terhunus lagi tajam..pasti dia ingin membunuhmu ya Rasulullah..

Nabi: tenang wahai sahabat...seandainya Umar datang untuk kebaikan, kita sambut dengan baik...tetapi seandainya dengan tujuan sebaliknya, maka pedang yang ditangannya itu sendiri akan menamatkan riwayat tuannya
..............,,,,.........

kalau kita : cepattt cari pedang kita....pisau, parang....dia dah datang..

Nabi tidak gentar berhadapan dengan musuh walaupun ditangannya tidak bersenjata...cukuplah senjata ditangan musuh sebagai serangan balas kepada mereka.. Hanya Nabi dan generasi BADAR yang mampu melakukan demikian

memang pendekar sejati- TAKBIR



Isnin, 22 Jun 2009

salam,

Semua orang akan mati, samaada mencari atau dicari. Waktu itu barulah kenal siapa diri sendiri. Dan baru juga rasa nak tunduk pada Ilahi. Nak buat apa lagi. Sudah tidak ada erti. Lubang kubur sudah ternanti-nanti.Untuk ditutupi. Dulu bercakap bukan main lagi. Nah sekarang mana bukti. Sentiasalah muhasabah diri. Jangan sombong lagi.Allah itu tahu segala isi hati...TAKBIR

baru mula....