“orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dalam keadaan jahiliah”
Bahasa
- Berjuang berhabis-habisan untuk mencapai sesuatu matlamat. Satu pendekatan yang bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati samaada dalam perbuatan, percakapan atau iktiqod hati.
Syarak
- satu mujahadah (perbuatan, percakapan, iktiqod) yang bersungguh-sungguh semata-mata untuk tegakkan kebenaran agama Allah.
Menurut Ibn Abbas :
Jihad bermaksud menggunakan kemampuan yang ada pada jalan dakwah (jihad) dan tidak takut kepada celaan orang lain pada jalan Allah.
sudah banyak kiranya dalil serta hujjah tentang jihad dan ia kadang-kadang bukan lagi perkara asing khususnya kepada para penggerak harokah islamiah. Malangnya di sini, kalimah ini hanya difahami dan dibahaskan dari segi akedemik sahaja. Jarang sekali antara kita ini merasai element jihad itu sendiri dan menjiwainya. Lalu bagaimana ???
Jihad dapat dirasai bilamana hadir bersamanya RUH...ruh jihad... Ruh jihad tidak akan dapat diperolehi dengan hanya membaca buku, telaah kitab atau sekadar menyaksikan rakaman jihad... Akan tetapi, ruh jihad ini perlu dipupuk sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Ia tidak akan datang sekali gus jauh sekali melalui exam bertulis.
Sudah barang tentu antara proses didikan ruh jihad ini tidak dapat dikecapi melainkan melalui proses tadhiyyah (pengorbanan). Peringkat inilah ramai yang kecundang. Antara faktor kegagalan ialah keluarga,isteri, anak-anak, pengaruh,kuasa,harta, jawatan, projek, pangkat dan sebagainya yang akhirnya membawa kepada gejala al-futur (lari meninggalkan jemaah/berpisah). Maka di sini kita dituntut untuk bersifat ikhlas dan banyakkan bersabar walaupun ia pedih. Allahuakbar
Di peringkat kawasan dan cawangan, ceramah kelompok berbentuk thaqofah amatlah penting dalam mendidik dan mentarbiyah masyarakat tentang islam. Jangan tinggal atau abaikan aktiviti ini kerana ruh jihad akan pudar dari hari ke sehari. Auzubillahiminzalik...
TAKBIR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan