Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Sabtu, 27 Jun 2009

Panggilan JIHAD Selatan Thai



cikgu Azmi(presiden TERAS), Tok Guru Hj Salleh(pengasas pondok hj salleh), cikgu Ya (YB jeneri)

Sesudah solat jumaat, ummat islam SIK berkumpul beramai-ramai di hadapan dataran Masjid Sg Pau bagi menyertai himpunan menyatakan protes dan desakan ke atas kerajaan thailand dan amaran khusus kepada pihak tentera thailand laknatullahhi-alaih yang berselindung dibalik kerajaan siam.

Perhimpunan kecil ini adalah perhimpunan julung kalinya peringkat kampung. Mungkin budaya ini masih baru di peringkat kampung, namun ia tetap perlu dilakukan. Alhamdulillah berkat Tuan Guru Hj Salleh turun bersama-sama dalam menyatakan bantahan beliau. Bersama turun sebagai jurucakap iaitu Cikgu Azmi yang merupakan antara pengasas dan president TERAS serta setiusaha agung Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) mewakili ummat islam Sik.

Selatan Thai....tanggungjawab kami

Kita pernah digemparkan satu siri keganasan pada april 2004 di Masjid Kerisik selatan thai di mana 30 orang umat islam di bunuh di dalam masjid itu dan diantarnya ialah ulama. Serangan oleh tentera thailand hizbusyaitan ini adalah dengan satu matlamat iaitu "bunuh ulama' islam dan umat islam seramai mungkin". Mereka syahid di dalam masjid itu juga. Ditambah dengan itu penangkapan, penculikan dan pembunuhan secara senyap ke atas umat islam sentiasa dilakukan dengan alasan mereka adalah PEJUANG PEMISAH yang berbahaya kepada kerajaan.
Kerajaan thai ini tidak ubah seperti lembu dengan kanak-kanak. Takut tidak bertempat. Mereka kuasa besar, kenapa perlu rasa tergugat dengan hanya segelintir umat islam di selatan thai.

Diikuti pada tahun yang sama, satu lagi peristiwa berdarah yang mengorbankan puluhan umat islam dan ada yang dibunuh di dalam penjara. Masih ingat lagi tragedi Tak Bai ???...jangan sesekali lupa bahkan ia perlu dilunaskan.

Sekali lagi umat islam selatan thai diuji kesabaran mereka baru-baru ini. 9 jun 2009, Masjid Al-Furqan, Narathiwat,kita dikejutkan dengan satu lagi siri keganasan pembunuhan umat islam disitu. Ketika solat isya' rokaat yang kedua, hujan peluru telah dihadiahkan kepada jemaah masjid sehingga menembusi kepala dan badan mereka. Selama satu jam lebih, satu jam lebih !!!, tembakan tanpa henti.Untuk apa Allah bentangkan semua ini ???

antara selatan thai dan palastin......

syabra sytila, grozni dan paling menggemparkan gazza.Allahamdulillah kita bangun beramai-ramai bersama membantu umat palastin. Alhamdulillah bantuan yang menggalakkan. Satu dunia memberi respon dan boikot ( malangnya hanya beberapa bulan sahaja) ..mereka adalah saudara seaqidah kita walaupun jauh di sana... lalu bagaimana selatan thai ???... mereka berkongsi awan dengan kita, mereka berkongsi sungai dengan kita, menunjukkan mereka terlalu hampir dengan kita. Mereka juga saudara seaqidah kita...lalu kenapa kesampingkan mereka???... Saya agak sedih bilamana ada di kalangan sahabat seperjuangan tidak tahu apa yang berlaku di selatan thai.."kanapa dengan selatan thai??" "selatan thai?? ada apa yang berlaku??". Dan apabila diminta bantuan idea untuk himpunan yang akan diadakan, masing masin mengambil pendirian berkecuali dan melarikan diri. "maaf ana tak tahu..." "ana tak reti lah.." "sorry not my line..." "tak tahu..." .. Satu jawapan penipu yang amat mengecewakan. Tidak ada sedikitpun usaha untuk membantu. Berbeza dengan isu palastin, masing-masing berlumba-lumba bekerja...tetapi tidak untuk selatan thai... hmmm pelik, tetapi inilah yang berlaku.... wahai sahabat ikhlaskan niat kita dalam berjuang... Kadang-kadang ada juga terfikir, adakah umat palastin high class people dan umat selatan thai third class level ??.... Ummat palastin bertuhankan Allah, ummat selatan thai juga bertuhankan Allah, palastin mengadap makkah, selatan thai juga mengadap makkah. Apa bezanya???... sepatutnya sensetiviti kita patut sama, tambahan lagi jiran kita,... jiran kita,...jiran kita...

Tuntutan....

Ibu-ibu dan balu balu mujahidin sangat managih doa-doa dari kita saudara mereka..." tolonglah solat hajat beramai-beramai mohon kepada Allah semoga kami diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang maha dasyat ini"...

Kita wajip bantu, bukan kerana kasihan...kalau kerana kasihan, orang kafir pun tahu kasihan... akan tetapi kita wajip bantu atas dasar AQIDAH...mereka saudara seaqidah kita... ayuh!!! bangkit untuk bertindak...ayuh !!! bangkit untuk memelihara maruah islam... Ayuh !!! bangkit menyambut seruan JIHAD....Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar






Tiada ulasan: