Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Isnin, 29 Jun 2009

Jihad...Politik....Mana pendirian kita ?

as-syahid ahmad yasin


Susah betul hendak lelapkan mata malam ini. Jam menunjukkan 3.15 pagi. Lepak-lepak di pumkin depan rumah seronok jugak. Lama tak berembun sambil tengok-tengok langit.Tadi petang ada di markaz berbincang dengan pemuda kawasan tentang beberapa perkara...rupanya susah juga nak berjuang di luar nih.... zaman kampus???...zaman ideal yang dikelilingi oleh para retorikator...Tapi itulah realitinya, itulah waqi'nya...

waqi' (situasi zaman/ situasi setampat masing-masing).........

Bercakap mengenai RIALITI, saya mengimbau kembali perkongsian dengan sahabat-sahabat kawasan petang tadi di markaz PAS kompleks Fadhil Noor. Hajat hendak menyambung tulisan tentang komander khattab, tapi biarlah ia seketika kerana nak berkongsi sesuatu dengan sahabat diluar sana..

Sengaja saya membuka isu berkenaan sahabat mujahiden diluar sana untuk diambil tahu sedikit perkembangan mereka. Tetapi perbincangan lebih berkisar tentang pendekatan Jihad yang di ambil... Mujahiden Thailand, Mujahiden Indonesia, Mujahiden Filipina, Hammas , Hizbullah , Chechnya , Somalia dan ada beberapa lagi kumpulan yang saya kira tak perlu lagi disebut.

Alhamdulilah, mereka semua dalam peliharaan Allah walaupun kita tidaklah membantu sangat. Ada dua perbezaan besar dalam pendekatan yang diambil mereka yang sedikit sebanyak mempengaruhi corak gerakan mereka untuk tegakkan syiar Allah.

Politik....Radikal

Di filipina barisan pejuang kebebasan kebangsaan Moro MNLF mengambil pendekatan politik, manakala barisan pejuang kebebasan islam Moro MILF mengambil pendekatan radikal yakni tidak ada kompromi dan usaha sama dengan kerajaan kuffar filipina. MNLF masih bermain tarik tali dengan kerajaan filipina tetapi tidak MILF dimana mereka jelas menyatakan bahasa senjata dengan penjajah filipina. Andaikata ketiga-tiga pihak ini bertembung dalam satu masa, mana satukah kita akan berpihak? MNLF islam, MILF juga islam dan hanya filipina kristian...rumitkan ??? golongan siasah ada pandangan mereka, golongan mujahidin ada pandangan mereka, lalu mana satukah lebih aula.

Selatan Thai, perjuangan mereka jelas. Pendekatan mereka hanya satu iaitu tidak ada kompromi dengan kerajaan siam dan alhamdulillah mereka sepakat. Cuma mereka kurang kekuatan.

Indonesia... sebahagian mahu bersiasah dan sebahagian lagi mahukan penentangan terus yang bersifat bersemuka.

Di Malaysia yang ku cinta...PAS jelas mengambil pendekatan siasah sebagai jalan atau alternatif perjuangan. Namun kita sedia maklum, jalan siasah ini adalah dunia yang penuh dengan hipokrasi dan tarik tali. Walaubagaimanapun, saya tetap mendokongi perjuangan PAS walau apa pun pendekatan yang diambil kerana waqi'nya begini. Jauh disudut hati saya ada beberapa perkara yang tidak saya senangi terhadap pendekatan PAS, namun perasaan itu terpaksa saya ketepikan kerana SYURA itu lebih utama. Disana terdapat pertembungan besar berpenjuru PAS , UMNO dan beberapa pertubuhan lain.

Palastin... pertembungan tiga penjuru seperti di filipina juga iaitu Hammas, Fatah dan Zionis.
Malangnya fatah juga islam...lalu bagaimana Hammas mahu menyelesaikannya dengan jalan darah???.. dengan yahudi mungkin, tetapi fatah ??? sama-sama kita fikirkan

Akhirnya saya terpaksa mengakui kenapa saya sangat obses dengan mujahiden chechnya. Antaranya ialah pendekatan yang mereka ambil. Pertembungan mereka jelas iaitu antara Islam dengan kuffar. Mereka tidak bercanggah fikrah sesama sendiri. Apa yang ada hanyalah JIHAD senjata menentang rusia dan mereka sedikitpun berganjak dengan pendirian mereka. Mereka tidak lagi perlu bersiasah dalaman tetapi yang ada hanya syahid. Allahuakbar

Namun, kesemua pendekatan yang diambil itu bersesuaian dengan situasi dan maslahah masing-masing. Jalan yang diambil sudah barang tentu adalah yang terbaik buat mereka... TAKBIR!!!

Tiada ulasan: