Sedia Tempur !!!
Bumi Islam Moro (kini dikenali sebagai 'Selatan Filipina') merangkumi pulau Mindanao (pulau ke dua terluas di Filipina), kepulauan Sulu,
Keluasan tanahnya adalah 116,895 kilometer persegi, lebih 1/3 daripada keluasan Filipina. Penduduknya lebih 20 juta dengan lebih 12 juta daripadanya adalah umat Islam. Selebihnya adalah penduduk pedalaman di situ dan juga pendatang Kristian dari
Islam tiba di Moro pada tahun 1210 Masihi, dibawa oleh pedagang dan pendakwah Arab. Ini adalah lebih tiga abad sebelum kedatangan Kristian yang dibawa oleh Ferdinand Magellan pada tahu 1521 Masihi. Tidak lama selepas kedatangan Islam, Kesultanan Islam telah dimulakan oleh Kesultanan Moro sendiri seperti, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Maguindanao.
Penjajah Sepanyol yang diketuai oleh Magellan telah memaksakan 'Salib' dan kepercayaan Tritini ke atas penduduk di situ. Umat Islam ketika itu bangkit menentang penjajahan negara dan agama ini dengan dipimpin oleh Raja Sulaiman dan Lakandula. Namun setelah shahidnya kedua pemimpin ini, umat Islam telah dikalahkan dan segala peninggalan Islam di Moro telah dihapuskan oleh pihak Kristian. Yang tinggal hanyalah sebuah
Pada 10 Disember 1898, "Perjanjian Paris" di antara Amerika dan Sepanyol telah dimeterai. Dalam perjanjian ini Sepanyol telah menyerahkan Filipina kepada Amerika. Walaupun mereka sebenarnya tidak menguasai umat Islam Moro tetapi mereka tetap memasukkan bumi bertuah ini di dalam perjanjian tersebut.
Selama lebih 300 tahun umat Islam Moro cuba dikalahkan dan dihapuskan oleh pihak Kristian Sepanyol , diikuti pula oleh pihak Amerika selama 47 tahun, namun kedua-dua kuasa kuffar ini telah menemui kegagalan.
Melalui helah politik, Amerika telah berjaya memujuk sultan-sultan dan pembesar-pembesar Moro mengikat perjanjian dengan mereka (Perjanjian 'Kiram-Bates', 2/8/1899). Di antara syarat-syarat perjanjian tersebut adalah tidak ada campurtangan pihak Amerika dalam soal pemerintahan para sultan dan pembesar ini. Pada 2 Mac 1904, President Roosevelt, bagaimanapun telah mengisytiharkan bahawa perjanjian tersebut tidak akan diterima lagi.
Apabila Amerika memberi kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946, umat Islam Moro telah menentang usul meletakkan bumi Islam Moro di bawah pemerintahan Filipina. Namun pihak kuffar Amerika dan Filipina tidak mengendahkan suara umat Islam ini (perhatikan tarikhnya dan renungi sebabnya, umat Islam tidak diendahkan). Maka bumi Moro yang kaya denga hasil semulajadi, bahan galian dan tanah yang subur inipun jatuh ke tangan kerajaan Kristian Filipina.
Jihad di bumi Moro ini bermula sejak 1521 lagi. Mereka menentang penjajahan Sepanyol selama 377 tahun (1521-1898). Kemudiannya mereka menentang kuasa kuffar Amerika pula selama 47 tahun (1898-1946). Sejak 1970 pula, umat Islam Moro telah berjuang menentang kuasa kuffar Filipina sehingga hari ini.
Sebaik sahaja Filipina merdeka pada 1946, kerajaan Kristian Filipina telah melancarkan program penempatan untuk penduduk-penduduk Kristian dari
Kumpulan bersenjata pengganas-pengganas Kristian telah ditubuhkan. Ramai penduduk Islam Moro telah dibunuh dengan kejam dan kediaman-kediaman mereka dibakar. Umat Islam Moro yang tidak berdaya menentang pengganas-pengganas yang dibiayai kerajaan Kristian ini terpaksa meninggalkan harta benda mereka dan mencari perlindungan di kawasan-kawasan yang ramai penduduk Islamnya. Tanah dan ladang-ladang mereka kemudiannya telah diduduki oleh pendatang-pendatang Kristian.
Pada ketika kerajaan dan pengganas-pengganas Kristian ini merasakan bahawa mereka telah berjaya menghapuskan umat Islam Moro, bangkit para pemuda Islam Moro (Takbir!) dari pelbagai lapisan termasuk para pelajar, terutamanya dari yang berpelajaran agama dari negara-negara Arab. Di bawah pimpinan Salamat Hashim, 'Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Moro' (MNLF) telah ditubuhkan. Ketika pergerakan ini masih diperkuatkan, satu konflik tercetus di antara Misuari dengan seorang graduan kedoktoran dari Mesir kerana kedua-duanya ingin menjadi pemimpin. Salamat Hashim yang merupakan pelopor pergerakan tersebut menyedari bahawa usahanya mungkin gagal sekiranya konflik berterusan terutamanya jika beliau juga menyatakan pendirian untuk menjadi pemimpin. Beliau lantas membuat keputusan tidak memarakkan lagi konflik yang tercetus. Akhirnya Misauri telah berjaya menjadi pengerusi pergerakan tersebut.
Beberapa tahun selepas bermulanya perjuang MNLF, menyedari ketidak-sesuaian Misauri, hampir kesemua komander telah bersepakat bahawa Misauri patut melepaskan jawatannya kepada Salamat Hashim. Bagaimanapun Misauri enggan dan dengan pelbagai helah terus mengekalkan jawatannya. Atas sebab ini, Salamat Hashim pun megambil-alih pimpinan MNLF dari Misauri yang terus mendabik dada sebagai pengerusi.
Bagi mengelakkan kekeliruan, majlis syuranya telah mengambil keputusan menggantikan perkataan 'Kebangsaan' dengan perkataan 'Islam'. Maka 'Pergerakkan Pembebasan' yang sebenarnya kini adalah 'Pergerakan Pembebasan Islam Moro' (MILF) yang matlamatnya adalah untuk mengembalikan kedaulatan Negara Islam Moro.
Mujahid-mujahid Islam Moro terdiri daripada;
- 120,000 orang Tentera Islam dengan lebih 80% daripdada mereka bersenjata lengkap.
- Lebih 300,000 pejuang-pejuang umum.
Matlamat Jihad MILF adalah :
- Untuk meninggikan Kalimah Allah
- Untuk mendapatkan keredhaan Allah
- Untuk menguatkan hubungan manusia dengan Penciptanya
- Untuk menguatkan hubungan sesama manusia
- Untuk mendapatkan semula hak-hak Umat Islam Moro yang dirampas
- Untuk menegakkan sebuah negara Islam yang merdeka dan menjalankan Syariah Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan