Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Khamis, 25 Jun 2009

BAHASA...nak ke mana ?




Lama juga saya mengikuti perkembangan mujahidin chechnya bermula dari zaman persekolahan lagi. Masih saya ingat bila mana saya mengajak geng-geng skolah saya menonton vcd Chechnya 1. Ketika itu respon yang agak menarik dari kengkawan sekolah. Mereka tidak tahu apa yang berlaku di luar sana Tidak ada sedikit pun niat dihati untuk berdakwah pada mereka ketika itu, tetapi satu doktrin yang cuba saya tanamkan bahawa kita perlu menjadi mujahidin seperti di dalan vcd itu. Pada saya ketika itu adalah kami anak muda yang kena berjihad... maklumlah semangat budak-budak. "kita kena tolong depa(mujahidin), lepas ni kita kena get ready untuk pi berjihad".

Saya kira ketika itu ruh jihad mula meresapi jiwa kami sedikit demi sedikit. Saya masih ingat dengan jelas ketikamana Komander Khattab (dalam vcd) memberi taujihat perang dan membaca doa sebelum berangkat perang, dengan tidak disangka-sangka kami semua turut mengaminkan doa yang dibaca...inilah kuasa Allah... Sebenarnya saya dan geng-geng skolah dulu bukanlah dari latar belakang agama, lagipun skolah kami sekolah sekular...kami bukan budak pondok, bukan hafiz quran jauh sekali anak tok guru. Kami hanyalah budak-budak kelas dua di skolah.Tetapi alhamdulillah, berkat selalu fly asrama pergi ke ceramah-ceramah anjuran PAS, kami dibaja dengan taujih-taujih ustaz-ustaz yang selalu menyebut perjuangan ini adalah JIHAD, JIHAD, JIHAD... sayang sekali, ceramah PAS mutaakhir ini sudah hilang kalimah jihad, ruh jihad dan wajah jihad...yang ada hanyalah isu,isu,isu....memang tidak salah mengangkat isu bahkan penting, tetapi harus diingat, jiwa masyarakat perlu ditarbiyah dengan jihad bukan dengan isu... sama-samalah kita memperbaikinya dari sekarang- terima kasih ceramah PAS- Allahuakbar

bacalah dengan tenang:

BAHASA...nak juga kongsi pandangan dengan sahabat-sahabat tentang isu ini. Maaf saya katakan saya agak radikal terhadap islam dan saya amat membenci perjuangan bangsa. Bangsa, bahasa, huruf, tulisan, warna kulit, bentuk muka, semua itu adalah kurniaan Allah yang tidak diminta untuk diperjuangkan. Ini asas. Memperjuangkan bahasa melayu adalah bahawa lebih baik bermakna menafikan kehebatan ciptaan Allah yang juga mencipta bahasa-bahasa lain. Tidak Allah jadikan kita di atas muka bumi ini untuk mengangkat bahasa masing-masing. Allah meminta kita supaya memperjuangkan agamanya bukanlah perkara-perkara yang ashobiyyin. Janganlah kerana terlalu sayang ke-ibunda-an sehingga meneggelamkan kalimah jihad untuk diterjemah.

bacalah dengan hati yang tenang:

Pada pandangan saya, bahasa, bangsa,dan budaya ke-ibunda-an ini adalah kurniaan Allah yang masing-masing ada kelebihannya untuk dikongsi sesama kita dan bukan untuk diperjuangkan..

Lalu kenapa PAS memperjuangkannya. PAS bukan gerakan asobiyah. Pasti ada sebabnya... Alhamdulillah saya dan geng-geng skolah lama dulu berangkat ke medan demonstrasi PPSMI dalam mendidik jiwa jihad yang baru berputik. Kongsi tambang bas, tidur masjid,bejalan kaki cari kedai makan, semuanya kami turuti kerana taat pada arahan pimpinan. Taklik buta? wala semberono??? tidak, sama sekali tidak.... lalu kenapa turut memperjuangkan bahasa???

Hemat saya, kami turun bukan memperjuangkan ke-ibunda-an atau menentang bahasa inggeris... kami turun dengan satu fahaman bahawa kami menentang agenda di sebalik isu bahasa tajaan UMNO dan Barisan Nasioanal yang memberi impak besar kepada ummat islam dan aqidah ummat. Dengan sistem pendidikan yang dibawa HIZBUSYAITAN ini,mati sedikit demi sedikit sekolah-sekolah pondok, Skolah Agama Rakyat dan beberapa institusi keagamaan. Inilah penyebab kepada penentangan kami... kami tidak bersifat bangsa, kami tidak bersifat bahasa..kami menjunjung tuhan yang esa

melayu akan tetap dengan melayunya...tetapi islam itu wahyu...

Komander Khattab, seorang arab yang menyertai tentera mujahidin chechnya seawal usia belasan tahun..beliau mampu menguasai bahasa rusia sepanjang perhidmatannya... komunikasi beliau dengan musuh adalah bahasa rusia dan bersama para mujahidin adalah bahasa arab dan ada kalanya bahasa rusia... Menunjukkan di sini mujahidin di luar sana hanya fokus kepada perjuangan agama bukan bahasa kerana bahasa adalah kurniaan Allah...sama-samalah kita mempelajarinya


Kenapa bahasa melayu itu penting dan perlu diangkat khusus untuk rakyat malaysia???.....saya kira kerana ISLAM mudah disampaikan dan difahami melaluinya...sekadar itu perkongsian kita- jazakallah..TAKBIR

Tiada ulasan: