Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Khamis, 9 Disember 2010

Bahagia

Macam-macam orang tafsir dan faham tentang BAHAGIA, atau KEHIDUPAN BAHAGIA...Dan bahagia itu berkaitan rapat dengan senyum dan ketenangan... Adapun bahagia yang hakiki itu adalah bertemu dengan Allah dan mati atas redho Allah...Namun sangatlah payah untuk digambarkan kebahagian seperti itu melainkan orang yang berjaya mendapakatkannya sahaja...

Realiti...

Ada orang tafsir bahawa bahagia itu apabila:-
  1. punya keluarga bahagia
  2. pasangan yang baik ,cantik dsb
  3. kedudukan yang stabil dan pekerjaan yang baik
  4. perniagaan yang berjaya
  5. ekonomi yang baik
  6. kawan-kawan yang ramai
  7. dihormati orang sekeliling
  8. ditaati
  9. menjadi tempat rujuk
  10. mencapai tahap pendidikan tertinggi dengan cemerlang
  11. berjaya dalam semua bidang
Boleh jadi....

Ya, boleh jadi benar itu semua yang membahagiakan mereka, tetapi hakikatnya KEBAHAGIAAN itu bakal lahir apabila kita,

MENGHARGAI KEHIDUPAN YANG SEDIA ADA


Jazakallah...
takbir !!!


Khamis, 25 November 2010

konsep TRINITY umno


Ada pun di dalam agama salib itu mempertahankan trinity, tiga itu satu dan satu itu tiga...maka beriman lah mereka kepada ketiga nya yang satu itu..

Mana satukah ia ?... tiga ataupun satu ?... kalu tiga katakan tiga, kalu satu, katakan satu.. Nah!!!..dikatakan mereka kedua-duanya sekali... tiga itu satu dan satu itu jualah tiga...

mana mungkin hitam itu putih dan putih itu hitam... kedua-dua itukan berbeza sifatnya...


Kata mereka, Jesus itu Isa dan Isa jualah Iesus... lalu ditanya , apakah ia Ruh kudus itu?... lalu dijawab, Ruh kudus itu Isa... lalu bagaimana dengan Jesus?.... kata mereka Jesus adalah Ruh Kudus... aduhh, pening....Jadi mereka bertiga?.... katanya, mereka itu satu tapi tiga... 1 = 3 ? ...
mereka itu tiga tapi satu .... 3 = 1 ....

Lalu bertanya lagi akan anak sekolah atap nipah kampung ayaq nyok kepada si pandeta...adakah ketiga-tiga itu zat yang berbeza ?..... Jawabnya, tidak!, ketiga-tiga itu zat yang satu.... Ditanya lagi, kalau begitulah perihalnya, bagaimana Jesus memberi arahan kepada Isa (bukan I.S. A) di dalam kitab bible ??.. Adakah Ia akan Jesus memberi arahan pada dirinya sendiri ??

Tecengang akan pendeta tersebut bak tekukur terkedu di dahan cempedak... Lalu diserunya Sang Arjuna bersama pedang Sakti Hamunok bagi menjadi juru bicara padanya... Dan muncul sepantas halilintar Sang Arjuna sambil menjulang pedang sakti hamunok berlekuk tujuh seraya berkata " SATU tuttt... SATU tutt.. SATU tuuutt"


Lalu berlakulah pendarahan otak akibat terlalu pening dengan insiden torsobut.. akhirnya meninggal disitu jua si anak sekolah atap nipah kampung ayaq nyok...

Sungguh naaayyaaaa akan ia, mati kerana dikelirukan oleh sang pendeta dan sang arjuna ... Lalu di alam lahadnya terpikir ia, pernah sekali ia bersama dengan satu kumpulan yang juga menjulang kepada trinity tiga itu satu dan satu itu tiga... Satu UMNO , Satu BN dan Satu Malaysia... adakah mereka 3 atau 1 ,.....mereka itu 1 sebenarnya tetapi 3.... Adakah 3 ?... tidak!!!, mereka 1 , tapi 3....

hampeh korang !!!.. seranah ia di alam lahad,kerana menjerumus ia kedalam kedurjanaan.. lalu diucapkan syukur kerana mati didalam mencari kebenaran, bukan berdiam diri dalam kegelapan...

tamat.....


kehkehkehkeh... lebih baik jadi gila daripada jadi bodoh...kehkehkeh




jazakallah...
takbir !!!

Sabtu, 13 November 2010

Cayalah Guan Eng


CAYALAH GUAN ENG.... bila lah kamu nak masuk islam yer...

Ater teman nengok berita tv tiga suku pagi tadi...ape lagi, cerite banjir negeri teman ler..KEDAH.., menipu benor lah menatang tiga suku tu.. tapi pagi tadi seronok benor teman, bila Guan Eng keluar kenyataan..

"kita mengarahkan GAMUDA menghentikan projek landasan kereta api dengan segera kerana menjadi salah satu penyebab banjir di Kedah...sekiranya GAMUDA tidak bersetuju demikian, maka ia patut akur untuk kerajaan negeri MEMECAHkan mana-mana binaan landasan kereta api bagi mengalirkan air yang tersekat olehnya dari negeri KEDAH"

Cayalah Guan Eng....

Ater projek tu di Pulau Pinang, faedahnya untuk Pulau Pinang, manfaatnya dapat pun kat penang juge..maknanye takde kaitan dengan Kedah....Tapi kenape dia sanggup buat semua ini pada Kedah ??...

Inilah yang dikatakan pemimpin rakyat untu rakyat...walaupun Kedah bukan negeri tadbirnya..atas rase tanggungjawab dan setiakawan, dia sanggup kerugian sikiuntuk negerinya...

Kalu UMNO yang tadbir penang maka jawabnya " lantoklah negeri mike , bukan krojer teman nak memikiornye , janji poket teman masyuuuukkk"

hancor UMNO...

Agaknya inilah jawapan bagi orang yang selalu bertanye, kenape PAS berpakat dengan DAP tetapi tidak dengan UMNO.... ah Lu Pikir lah sendiri


jazakallah ...
Takbir !!!

Jumaat, 5 November 2010

Short N Long

























Short Term planning but Long Term effect... life only 3 years... sayonara


Khamis, 21 Oktober 2010

Kerja UMNO


Arakian terpaksa ambo menangguhkan dulu posting "JAMBAN PUAKA" dek kerana ada puaka sedang melakukan onar di gua hamunok...

Maka celakalah mereka yang bersama di dalamnya akan onar yang dilakukan... Moga laknat tuhan bersama mereka...

Adapun mereka mendakwa mereka membela puak untuk tuhannya...tetapi sebenarnya menentang Ia secara halus..maka celakalah mereka kerana kedungungan sekaliannya... tidakkah akan mereka tahu melawan tuhan itu tiada ada pernah menangnya....

Lalu tersohorlah dengan gempita menjulang senjata luk tujuhnya menyatakan ikrar demi tuhannya...Maka celakalah mereka buat sekian kalinya, kerana menipu tuhannya dengan menikam belakang dengan luk tujuh itu jua... Moga laknat tuhan bersama mereka....dek barmain api dengan agama... pahamlah meraka bahawa neraka itu banyak apinya....

Mendabik dada membela puak...puak bodoh arakian kisahnya...lalu ditanya kenapa demikian celaka perbuatannya sehingga melampau begitu... maka jawabnya ITU MEMANG KERJA MEREKA ....

Selasa, 19 Oktober 2010

lebih baik gila daripada bodoh










nantikan keluaran akan datang :

JAMBAN PUAKA

kehkehkeh


Selasa, 17 Ogos 2010

MOWGLI THE NEW JUNGLE BOOK



Apabila kebabian manusia menguasai jiwa maka

mana BAGERA ?...tak ada.. yang ada CELAKA..
mana BALOO ? ... tak ada.. yang ada MALU..
mana SHER KHAN ? ... tak ada.... yang ada SETAN
mana ALEXENDER ? ... tak ada...yang ada TAK PER
mana MOWGLI ? ... tak ada.... yang ada hasil GELI-GELI

watak hutan yang dimainkan manusia


"bal hum adhol"





Khamis, 12 Ogos 2010

Kemuliaan Si BABI







Babi amat popular dengan perkara-perkara jijik dan menghinakan...bahkan gelaran BABI selalu digunakan untuk menyatakan kemarahan yang amat sangat... Sesiapa sahaja pasti akan rasa terhina bilamana digelar sebagai BABI... Memberi faham disini gerlaran BABI itu sudah cukup menjijikkan, apatah lagi makhluknya...

BABI mempunyai beberapa tabiat yang pelik , antaranya ia akan memakan semula najisnya. BABI sukar mendapat penyakit, tetapi senang memberi penyakit. Boleh dikatakan makanan BABI adalah benda-benda yang kotor seperti najis, bangkai, cacing dan sebagainya...Begitu juga dalam soal mengawan dengan tidak memilih jantina sebagai pasangan. Bahkan binatang BABI ini kadang-kadang mengawan secara berkumpulan serentak.. asal suka, belasah saja...

BABI hina...

Sehina-hina BABI, sebenarnya ia MULIA...kenapa ?... kerana kehinaan itu disebabkan ia dijadikan sebegitu bagi menjadi muhasabah dan iktibar buat makhluk yang namanya MANUSIA... Sehina-hina BABI, ia taat perintah Allah swt... Sehina-hina BABI, ia tidak ingkar arahan Allah swt... Sehina-hina BABI ia tak melawan Allah taala... Sehina-hina BABI, ia redho dengan kejadiannya...Binatang BABI ini melaksanankan tugasnya seperti yang diperintahkan... TAQWA si BABI ini menjadikan ia MULIA.....

Manusia BABI..

Manusia BABI, Manusia gila BABI, BABI manusia atau keBABIan manusia... slogan ini seharus tidak sepadan dengan manusia...Kenapa ?..."
Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "... Kerana TAQWA BABI itu lebih dari manusia yang lalai.. Manusia itu sebenarnya lebih hina dari BABI.. Maka tidak layak akan ia BABI, disamatarafkan dengan manusia ingkar, kerana BABI lebih MULIA....Yahudi lebih hina dari BABI...Yang mengikut yahudi juga lebih hina dari taik BABI...

Akan keBABIan manusia ini kerana ingkar dengan Allah taala...melawan Allah taala... menafikan arahan Allah taala...

Makanya, Jangan senang-senang menghina si BABI, kerana ia makhluk yang taqwa





Selasa, 10 Ogos 2010

Khamis, 5 Ogos 2010

setuju dengan KUCING


apabila kejahilan mendahului agama,
apabila adat mendahului ibadat,
apabila kemashuran mendahului keperluan,
apabila keharusan mendahului kewajipan,
apabila nafsu mendahului fitrah...
maka saya setuju dengan KUCING
jazakallah...
Allahuakbar !!!

Rabu, 28 Julai 2010

Rabu, 14 Julai 2010

merangkak mencari ReJekI


Diantara ketetapan Allah taala terhadap hambanya adalah ketetapan rezeki. Tidaklah terputus akan ia yakni rezeki kerana Allah tidak sekali-kali memungkiri janjinya. Dan Allah tidak lupa malah bukan pelupa.

Yang lahir di dalam keluarga yang sempurna, rezekinya ada.. yang lahir tanpa ibu bapa, rezekinya juga ada bahkan bertali arus....yang miskin ada rezekiya...juga yang kaya ada rezekinya...kerana yang memegang rezeki itu adalah Allah taala.

Kaya tidak semestinya rezeki melimpah ruah dan miskin tidak semestinya rezeki sempit... berapa ramai manusia yang duitnya berguni-guni tetapi tidak menjadi makanan baginya dan tiada manfaat padanya... berapa ramai yang sengkek hidupnya tetapi rezeki tidak jemu muncul tiba. Duit tak ada, tapi perut tak sempat lapar....Menjadi bukti bahawa Allah yang MEMEGANG sumber rezeki.

Rezeki itu sifatnya WAJIB ADA cuma mungkin :
  • banyak atau sikit
  • cepat atau lambat
  • mudah atau susah
  • serentak atau berperingkat
Yang pasti ianya ADA.... dalam masa yang sama, aku merangkak menyusun kehidupan





takbir !!!
Allahuakbar !!!





Selasa, 13 April 2010

Rehat sebentar - seloroh kahwin



Ada beberapa analogi kawan-kawan tentang perkahwinan... Yang saya kira ada benarnya, dan boleh diambil iktibar jika dirasakan sesuai.... Apa pun terpulang pada individu masing-masing untuk mengambil nasihat-nasihat begitu, atau bagaimana nak menyambut pandangan-pandangan tersebut...

Namun dalam banyak-banyak analogi, kadang-kadang menjadikan saya tersenyum kerana ada unsur-unsur lucu di sana... bukan nak katakan saya menolak pandangan tersebut, cuma sekadar memahami dari sudut yang lain...

Sukan...

Perkahwinan yang dianalogikan dengan sukan...tak ada masalah...hanya sekadar analogi dan memang ada mesej positifnya...

Protection...

Perkahwinan bukan ibarat bola sepak, dikejar-kejar sampai dapat, bila dah dapat, disepak kuat-kuat....tetapi perkahwinan ibarat bermain rugby, dikejar-kejar sampai dapat, bila dapat dipeluk erat-erat dan tidak dilepaskan...Gitulah bunyinya lebih kurang...its about protection and responsibility ...

Lagi SADIS.....

Tapi kalau nak diikutkan sama saja sebenarnya rugby dan bola sepak....kenapa?... Jika diketahui sebenarnya bagaimana rugby dimainkan, pasti lagi sadis untuk di analogikan dengan perkahwinan bahagia...kenapa pula sadis ??... kerana di dalam permainan rugby ada


TOUCH DOWN !!!





jazakallah....
Allahuakbar !!!





Khamis, 1 April 2010

Hancur Kuffar , Hacur UMNO


Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan

Dokka Abu Usman: Moscow metro attack is a retribution for Russian crimes in the Caucasus

Publication time: 31 March 2010, 18:42

The Kavkaz Center editorial staff has received a video statement made by the Caucasus Emirate's Emir Dokka Abu Usman, who stressed that the attack in the Moscow subway on March 29, 2010 had been organized under his personal order.

(click this link to watch the video)

In his video statement, reordered on March 29, 2010, Dokka Abu Usman said that the attack had been a retaliation and a retribution for the massacre by Russian invaders of the poorest residents of Chechnya and Ingushetia, who were picking wild garlic in the Arshty village on February 11, 2010, to feed their families.

He stressed that the killing of the most poor part of local residents had been deliberate, because the criminal FSB special forces finished off innocent civilians with knives, and then mocked on their corpses.

Dokka Abu Usman indicated to all his accusers that the Moscow attack was a legitimate act of retaliation for continued killings of civilians in the Caucasus.

The head of the Caucasus Emirate said "he treats with a grin" all those accusations of terrorism, including those made by politicians and journalists, because none of them accused Putin of the massacre of civilians in Arshty, which was carried out under Putin's orders.

Dokka Abu Usman also said that attacks on Russian territory would continue. He promised new retaliations to the Russians, "who send their gangs to the Caucasus and support their security services, who carry out massacres".

In conclusion, Dokka Abu Usman reminded that he had earlier promised to the people of Russia that they would no more "idly watch the war in the Caucasus on their TV sets, watch it quietly, with no reaction to excesses and crimes committed by their gangs, which are being sent to the Caucasus under the leadership of Putin".

"Therefore the war will come to your streets, and you will feel it with your own lives and skins", the Caucasus Emirate's Emir Dokka Abu Usman warned.




jazakallah...

Allahuakbar !!!







Ahad, 28 Februari 2010

Jadi Celaka



Manusia jadi CELAKA dengan 3 sebab :

  1. Nikmat banyak, tapi sentiasa rasa tak cukup
  2. Umuq makin kurang , tapi masih dok rasa muda
  3. Dengan SEDIKIT tak puas , dengan BANYAK tak kenyang

jazakallah...
Allahuakbar !!!





Jumaat, 22 Januari 2010

Qudwah Hasanah bi Baitul Muslim





Qudwah Hasanah

by : BATTOHSAI

Hari ini ramai orang ada ilmu, dan ramai juga yang boleh bercakap dan pandai berceramah atau memberi kuliah.. Alhamdulillah dalam soal itu, kita tidak kekurangan.. Kita punya ramai cerdik pandai boleh berceramah yang mana mampu mendidik masyarakat..Tetapi dalam masa yang sama kita sangat kekurangan Qudwah Al-Hasanah iaitu contoh teladan yang baik.. Dari sudut percambahan ilmunya banyak, tetapi yang mempamirkan contoh teladan yang baik ke dalam masyarakat adalah sangat sedikit.. Contoh terdekat dan terkini yang boleh dikatakan qudwah hasanah seperti Tuan Guru Nik Abd Azit, Tuan Guru Abd Hadi Awang, Tuan Guru Haron Din, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man dan ada beberapa tokoh lagi yang dihormati kerana menjadi qudwah hasanah. Qudwah hasanah ini bukan sesuatu yang dibuat-buat atau dianugerah oleh mana-mana badan, tetapi thiqoh yang Allah zahirkan hasil amal islami yang dipraktikkan secara ikhlas..kata Ust Nasaruddin Mat Isa “kita perlu menzahirkan fiqh islami dalam kehidupan masyarakat supaya mereka dapat melihat apa itu islam dan bagaimana islam memandu kehidupan manusia”..

Qudwah, buah asuhan..

Kebiasaannya anak-anak menjadi baik kerana perangai baik ayah mereka, apabila si ayah menghabiskan usianya kerana mendalami islam, beramal, dan mendidik anak-anak kearah kebaikan..apatah lagi membimbing mereka dengan bersolat jemaah, mendengar kuliah dan pelbagai pendekatan lain yang positif.. maka secara tidak langsung anak-anak akan mempunyai minat yang mendalam dengan islam.. Ia sebenarnya terpulang pada si ayah jika kebaikan yang dipilih, maka anak-anak juga akan memilih yang baik… jika kemungkaran yang dipilih , maka anak-anak juga akan cenderung kearah kemungkaran.


Anak-anak yang soleh dan taat, serta isteri yang solehah bukan terbentuk secara kebetulan atau secara spontan atau bersifat tiba-tiba,akan tetapi ia datang dan lahir dari pendekatan tarbiyah islamiyah bi tadrib..Maka tanggungjawab besar ini perlu dilaksanakan oleh si ayah dan kemudiannya si ibu..Dan tidak hairanlah hak dalam keluarga dilebihkan kepada si ayah dek tanggungjawab yang perlu dipikulnya… Hak untuk mencorakkan anak-anak adalah hak si ayah, dan ibu sebagai pembantunya… Bagi pejuang hak wanita yang obses tentang gender, pasti menentang dengan hak yang dilebihkan kepada si ayah dan ini akan dianggap tidak adil… Islam tidak pernah tidak adil… Mungkin mereka terlupa sesuatu dimana si ayah akan terlebih dahulu dipertanggungjawabkan, bukannya si ibu… Tetapi bukanlah disini kita hendak bicara tentang hak, melainkan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh si ayah… Untuk melihat anak jadi baik, maka kita dahulu perlu jadi baik..

Apakah yang dimaksudkan dengan anak adalah amanah?

Anak adalah amanah …merupakan ungkapan popular kotemporari…amanah? Amanah apa ?...amanah Allah…memanglah amanah Allah atau dengan lebih jelas lagi “amanah dari Allah”…Isunya sekarang, apakah yang Allah amanahkan melalui anak tersebut..Kena beza antara “amanah dari” dengan “apakah yang diamanahkan”….

Seseorang amanahkan duit kepada kita untuk dijaga… Amanah dari seseorang..amanahnya ialah supaya duit itu dijaga..Dalam masa yang sama, amanah itu menuntut kita supaya tidak menggunakan duit tersebut, tidak dibelanjakan, tidak dipinjamkan , tidak dihebohkan dan tidak diambil kesempatan keatasnya seperti dilaburkan..walaupun tidak dipesan sebegitu teperinci, kita dengan sendirinya akan faham batas amanah tersebut.

Begitu juga tentang amanah dari Allah…skop amanah ini wajib difahami, lebih-lebih lagi apabila datangnya dari Allah azzawajalla..

Kehidupan Beraqidah…

Telah Allah tentukan bilamana lahir seorang manusia itu, maka jaminan keatasnya 3 perkara.. REZEKInya, JODOHnya dan MATInya… Tidaklah dilambatkan atau dicepatkan, dikurangkan dan dilebihkan kecuali dengan izin Allah…La tataharroq zarrotun illa bi iznillah.

“Apa anak aku nak makan kalau aku mati nanti”…satu kebimbangan yang tidak wajar sebenarnya.. Seolah-olah kita yang memberi rezeki kepada anak-anak…Dan juga seolah-olah Allah tak pandai urus rezeki anak kita... Rezeki datangnya dari Allah.. tahulah Allah menguruskannya...Dan Allah tak pernah lupa…Menafikan kemampuan Allah boleh membawa kepada batalnya aqidah.. Elakkan percakapan bahaya ini

“ kalau minyak(petroleum) habis, susah lah kita, sebab tu kena jimat minyak, supaya generasi akan datang boleh rasa nikmat minyak”…kenyataan ini sangat bahaya, yakni seolah-olah mengatakan Allah tidak pandai urus tadbir dunia… Apa masalah ? .. Pakai saja minyak tu… Habis nanti tahulah Allah gantikan dengan yang baru..

Tak perlu bimbang rezeki,tapi perlu fikir sumber rezeki.. tak perlu bimbang pasal jodoh,tapi perlu pikir siapa jodoh…tak perlu bimbang bila akan mati, tapi perlu pikir nak mati sebagai apa .. Yang perlu dibimbangi adalah tarbiyah anak-anak…Maka yang dikatakan “anak amanah itu” adalah Allah amanahkan supaya ditarbiyah mengikut acuan Allah, sibqhatallah wa man ah sanumunallahisibqhah. Jika konsep ini difahami, insyaAllah kita akan faham kenapa Allah kurniakan anak




jazakallah ...

Allahuakbar !!!








Khamis, 14 Januari 2010

Baitul Muslim



Mengkesampingkan dan Memperlekehkan Baitul Muslim


Ramai orang bermaklumat, tapi sangat sedikit maklumat itu menjadi ilmu, dan sangat sedikit pula ilmu itu berhikmah. Hikmah bilamana dapat diambil ibrah darinya dan bermanfaat. Hikmah bilamana sudah mencapai ilmu al-yakin, yakni tidak ada syak, dzhon dan waham ataupun was-was lagi tentangnya..

Kita boleh jadi hebat dan berilmu dengan banyak membaca, dan kita akan menjadi sangat berpengetahuan dengan membaca, dan juga secara tidak langsung kita akan membina pemikiran yang kritis serta berpandangan dinamik dengan banyaknya membaca. Akan tetapi berhati-hatilah dengan semua ini, kerana kita bisa tenggelam dan mungkin tertipu dengan ilmu yang ada..ilmu makan tuan… Bunyi macam pelik, tetapi berlaku sebenarnya.. Akan berlaku “ilmu makan tuan” bilamana tidak ada tawaddhu’ dalam menuntut dan menyampaikan ilmu. Disana ada rasa u’jub (ajaib dgn kebolehan diri) dan sum-a’h (ingin disebut-sebut dan dipuji)…Natijahnya rasa taasub dengan pandangan diri akan berselubung, dan merasakan diri sentiasa betul mula mendominasi hati dan akal…auzubillah min zalikal fitnah ,wa astaqfirullah a’la kullihal..

Apa itu baitul muslim ?.. secara kasarnya, ia merujuk kepada kekeluargaan islam..kenapa tidak disebutkan “usrah muslim” ?.. dari sudut bahasanya kan lebih tepat..kerana usrah merujuk kepada keluarga.. Pasti ada mesej tersirat disebalik perkataan “al-bait” sehingga melangkaui perkataan “al-usrah”…Boleh jadi mesej baitul muslim bukan sahaja merujuk kepada perkahwinan antara sesama muslim, akan tetapi menyentuh aspek pembinaan dan pentarbiyahan keluarga yang dibina, bermula dari suami , isteri kemudiannya anak-anak..,boleh jadi…..

Baitul muslim pada permukaan…

Bilamana lelaki dan perempuan disatukan dengan ikatan perkahwinan dimana si lelaki itu islam dan si perempuan itu juga islam, maka ia dikira baitul muslim..itu secara bahasa mudahnya…. Akan tetapi, apabila perkahwinan itu bukan dengan seagama, contohnya si lelaki islam dan si perempuan budha atau kedua-duanya bukan islam, maka tidaklah itu dipanggil baitul muslim..Dari sudut bahasanya jelas… Tetapi adakah sekadar itu baitul muslim ?..

Baitul muslim pada dasar…

Baitul muslim adalah penyambung diantara fardhu muslim dan masyarakat muslim, sebelum menuju kepada daulah islamiyah dan seterusnya khilafatul islamiyah…Maka sudah pasti amanahnya sangat besar dan bukan sekadar kemuncaknya lafaz aqad… Akan tetapi kemuncaknya adalah siri-siri pentarbiyahan yang berlegar dalam keluarga sehingga terbentuknya generasi pejuang bagi meyambung urusan yang belum selesai…kita semua akan mati dan mati itu sangat hampir…Agaknya, atas dasar betapa besarnya cita-cita ini, dan betapa besar matlamat amanah ini, maka ia dinamakan BAITUL MUSLIM….agaknya…

Mengkesampingkan Baitul Muslim…

Bermula dengan fardhu muslim , kemudiannya baitul muslim, diikuti dengan masyarakat muslim, daulah islamiyah dan akhir sekali khilafah islamiyah… Dalam disiplin ilmu, islam mengajar tentang tertib, iaitu tidak melangkah antara terdahulu dan terkemudian…Makanya selepas fardhu muslim, seboleh-bolehnya diusahakan pula baitul muslim… Melangkau baitul muslim sebenarnya meyukarkan lagi pembinaan masyarakat muslim…Tak ada jalan pintas dalam perjuangan islam… Jika kita gagal membentuk komuniti kecil yang dinamakan baitul muslim, agaknya mampukah kita membentuk komuniti besar iaitu masyarakat muslim…soal daulah dan khilafah apatah lagi…

Selalu di dengari dari pejuang muda yang menolak untuk berbicara soal baitul muslim…seolah-oleh jatuh standard dan hilang thiqoh jika perkara ini dibualkan…ego benar bunyinya..”hmmm tak habis-habis Baitul Muslim, apa tak da benda lain nak sembang ker”,”ish, tak boleh syeikh..BM ni pekara sampingan jer, Kita ada benda lebih besar nak buat..lagho, lagho semua tu”,”ana tak nak pikir semua tu, yang penting berjuang bersungguh-sungguh”….. Ya benar,BM bukan perkara dasar dalam Harakatulislamiyah, tetapi ibrah BM mendasari matlamat Harakatulislamiyah sepertimana tertib yang diajarkan kepada kita…Mengkesampingkan BM adalah salah.

Kenapa nak kawin?

Hakikatnya kita bukanlah tok wali yang mampu melawan nafsu, dan kita juga bukanlah malaikat yang tidak rasa apa-apa bila melihat lelaki atau perempuan…Kita juga bukan lembu kambing yang bebas melakukan apa saja bila berkehendak dengan sesiapa sahaja… Kita adalah manusia biasa yang mengambil Islam sebagai agama.. Islam tidak pernah mengajar pengikutnya menafikan naluri kemanusiaan, bahkan mengajar bagaimana untuk memandu naluri tersebut sepertimana yang dikehandaki Allah swt…Maka Islam memperkenalkan perkahwinan… Yang kedua,baitul muslim adalah step kedua yang perlu disempurnakan sebelum menuju langkah ketiga, masyarakat muslim…ketiganya adalah membentuk nasab yang muslih…nasab yang muslih ini akan mengorak langkah masyarakat muslim… amanah ini sangat besar…

Dengan Siapa ?

The Blues Gang-ITTO

Oh mama, saya mahu kawin,

Kawin dengan siapa,

Dengan siapa saja..

Dengan siapa saja?..Satu ungkapan yang perlu dikaji semula. Apabila perkahwinan itu dengan tujuan al-baitul muslim, maka tidak boleh dengan siapa saja..Akan tetapi SIAPA DIA… pertamanya muslim dan yang kedua nasabnya. Nasab selalunya dikaitkan dengan keturunan baik-baik..itu betul,tapi sukar benar nak mencari nasab seperti itu zaman sekarang…Bagaimana pula anak UMNO yang berjaya melalui proses tarbiyah islam khususnya harakatulislamiyah...Ana mengambil pendekatan agak ringan dalam isu nasab… Nasab itu

  • 1. Seperti yang dimaksudkan dengan maksud sebenar (kenyataan di atas)…ini yang terbaik jika dapat.
  • 2. Aqidah yang rhoseh.
  • 3. Bersama dengan harakah islam(pendokong)
  • 4. Akhlak yang baik
  • 5. Sentiasa berusaha memperbaiki akhlak

Cukuplah 4 perkara yang ke bawah untuk meluluskan soal nasab.

Jodoh di tangan Tuhan…Kalimat keramat ini sentiasa diperdengarkan sebagai alasan untuk mengelakkan BM… Ya benar jodoh itu urusan tuhan, tetapi adakah kita punya usaha untuk menggarap visi BM ?... “tak mencabarlah amik ahli jemaah”, “org luar lebih memahami ana berbanding ahli jemaah”, “ceh, ahli jemaah hipokrit, org luar lebih ikhlas”…. Ini semua cakap-cakap orang gopoh dan kecewa…. Kenapa perlu bazirkan masa untuk mentarbiyah isteri atau suami sedangkan kita punya pilihan calon yang sudah ditarbiyah…soal sempurna itu cerita lain… Bukanlah maksud disini mentarbiyah isteri atau suami itu perkara yang membuang masa, akan tetapi kita perlu sedar kita punya anak-anak untuk difokuskan dan masyarakat untuk didampingi serta kerja-kerja jemaah yang perlu disiapkan...Sempatkah kita mentarbiyah pasangan kita ?.. Bimbang pula kita yang hanyut… Lagi pula apakah pasangan kita bisa menerima kehidupan berjamaah jika tidak ditarbiyah ?!… Sedikit sebanyak , ia akan menjadi factor kelemahan kita…Jangan kita terhalang untuk berhidmat dengan Jamaah dek kerana asyik mentarbiyah pasangan masing-masing…

“bagi ana kawin ini soal kedua, yang penting ialah berjuang untuk islam…ana tak kawin pun tak kisah, bukan priority pun”…ucapan sombong dan nadanya sangat ego… Benar BM bukanlah satu kewajipan, bahkan tidak pantas untuk diwajibkan kepada semua orang atau dihukumkan wajib… Cukuplah sekadar mewajibkan untuk diri sendiri , sebagai satu usaha menjaga aqidah perjuangan yang dipelihara selama ini…tidaklah wajib untuk BM sesama ahli, tetapi adalah sangat digalakkan…Justeru, sahutlah seruan baitul muslim dengan lapang dada…



Jazakallah…

Allahuakbar !!!







Sabtu, 9 Januari 2010

Tentera Allah


Siapa paling kuat atas dunia ini ?!... Ahli angkat berat ?! sebab boleh angkat beratus kilo beban... Atau gajah... sebab gajah berbadan besar dan mampu menumbangkan pokok balak dengan hanya menolak sahaja...

Atau mungkin satu ketumbukan tentera...atau juga ikan paus kerana saiz badannya.. Boleh jadi harimau kerana ganas sifatnya

Apapun definisi kuat itu, sebenarnya tidak lah kuat pun melainkan lemah disisi Allah... Bilamana Allah datangkan MENGANTUK, nescaya hilanglah kekuatan yang hebat tadi...

Sungguhpun seorang ahli angkat berat atau ahli bina badan mampu mengangkat beban berpuluh kilo bahkan beratus kilo, namun pasti gagal mennganggkat beban kelopak mata yang hanya beberapa gram saja bilamana dilanda atau diserang mengantuk... Hebat apanya ?! Nak berbangga dengan kekuatan fizikal dan kehebatan bergaduh ? samseng tak tantu pasal ? kalu beban kelopak mata pun tak mampu atasi...

berat ke ringan..

Isunya bukanlah berapa beban tersebut, gram atau ratusan kilogram...Akan tetapi kerana mengantuk itu adalah TENTARA ALLAH... bila sebut tentera Allah, sudah pasti tidak ada sebarang benda pun yang mampu mengalahkannya...La tataharrok zarratun illa bi iznillah...
Usaha lah macam mana pun pasti akan terlelap seketika( seperti yang berlaku pada pemandu bas SANI, korban 10 org)...minumlah radix sekotak pun, kita pasti kalah bila berhadapan dengan tentera Allah..

manusia yang kuat...

Adapun manusia akan jadi kuat bilamana kerap bangun malam qiamullai...ini adalah makhluk terkuat....Indicator kekuatan manusia bila mana mampu istiqomah qiamullai setiap malam...solat subuh di awal waktu juga latihan menguatkan diri....kekuatan disini bukan sahaja merujuk kepada kekuatan fizikal tetapi juga jatidiri...maka latihlah sedikit demi sedikit dengan kemampuan yang ada, moga-moga ruh jihad itu subur dalam diri kita insyaAllah....



jazakallah...
Allahuakbar !!!