Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Jumaat, 22 Januari 2010

Qudwah Hasanah bi Baitul Muslim





Qudwah Hasanah

by : BATTOHSAI

Hari ini ramai orang ada ilmu, dan ramai juga yang boleh bercakap dan pandai berceramah atau memberi kuliah.. Alhamdulillah dalam soal itu, kita tidak kekurangan.. Kita punya ramai cerdik pandai boleh berceramah yang mana mampu mendidik masyarakat..Tetapi dalam masa yang sama kita sangat kekurangan Qudwah Al-Hasanah iaitu contoh teladan yang baik.. Dari sudut percambahan ilmunya banyak, tetapi yang mempamirkan contoh teladan yang baik ke dalam masyarakat adalah sangat sedikit.. Contoh terdekat dan terkini yang boleh dikatakan qudwah hasanah seperti Tuan Guru Nik Abd Azit, Tuan Guru Abd Hadi Awang, Tuan Guru Haron Din, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man dan ada beberapa tokoh lagi yang dihormati kerana menjadi qudwah hasanah. Qudwah hasanah ini bukan sesuatu yang dibuat-buat atau dianugerah oleh mana-mana badan, tetapi thiqoh yang Allah zahirkan hasil amal islami yang dipraktikkan secara ikhlas..kata Ust Nasaruddin Mat Isa “kita perlu menzahirkan fiqh islami dalam kehidupan masyarakat supaya mereka dapat melihat apa itu islam dan bagaimana islam memandu kehidupan manusia”..

Qudwah, buah asuhan..

Kebiasaannya anak-anak menjadi baik kerana perangai baik ayah mereka, apabila si ayah menghabiskan usianya kerana mendalami islam, beramal, dan mendidik anak-anak kearah kebaikan..apatah lagi membimbing mereka dengan bersolat jemaah, mendengar kuliah dan pelbagai pendekatan lain yang positif.. maka secara tidak langsung anak-anak akan mempunyai minat yang mendalam dengan islam.. Ia sebenarnya terpulang pada si ayah jika kebaikan yang dipilih, maka anak-anak juga akan memilih yang baik… jika kemungkaran yang dipilih , maka anak-anak juga akan cenderung kearah kemungkaran.


Anak-anak yang soleh dan taat, serta isteri yang solehah bukan terbentuk secara kebetulan atau secara spontan atau bersifat tiba-tiba,akan tetapi ia datang dan lahir dari pendekatan tarbiyah islamiyah bi tadrib..Maka tanggungjawab besar ini perlu dilaksanakan oleh si ayah dan kemudiannya si ibu..Dan tidak hairanlah hak dalam keluarga dilebihkan kepada si ayah dek tanggungjawab yang perlu dipikulnya… Hak untuk mencorakkan anak-anak adalah hak si ayah, dan ibu sebagai pembantunya… Bagi pejuang hak wanita yang obses tentang gender, pasti menentang dengan hak yang dilebihkan kepada si ayah dan ini akan dianggap tidak adil… Islam tidak pernah tidak adil… Mungkin mereka terlupa sesuatu dimana si ayah akan terlebih dahulu dipertanggungjawabkan, bukannya si ibu… Tetapi bukanlah disini kita hendak bicara tentang hak, melainkan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh si ayah… Untuk melihat anak jadi baik, maka kita dahulu perlu jadi baik..

Apakah yang dimaksudkan dengan anak adalah amanah?

Anak adalah amanah …merupakan ungkapan popular kotemporari…amanah? Amanah apa ?...amanah Allah…memanglah amanah Allah atau dengan lebih jelas lagi “amanah dari Allah”…Isunya sekarang, apakah yang Allah amanahkan melalui anak tersebut..Kena beza antara “amanah dari” dengan “apakah yang diamanahkan”….

Seseorang amanahkan duit kepada kita untuk dijaga… Amanah dari seseorang..amanahnya ialah supaya duit itu dijaga..Dalam masa yang sama, amanah itu menuntut kita supaya tidak menggunakan duit tersebut, tidak dibelanjakan, tidak dipinjamkan , tidak dihebohkan dan tidak diambil kesempatan keatasnya seperti dilaburkan..walaupun tidak dipesan sebegitu teperinci, kita dengan sendirinya akan faham batas amanah tersebut.

Begitu juga tentang amanah dari Allah…skop amanah ini wajib difahami, lebih-lebih lagi apabila datangnya dari Allah azzawajalla..

Kehidupan Beraqidah…

Telah Allah tentukan bilamana lahir seorang manusia itu, maka jaminan keatasnya 3 perkara.. REZEKInya, JODOHnya dan MATInya… Tidaklah dilambatkan atau dicepatkan, dikurangkan dan dilebihkan kecuali dengan izin Allah…La tataharroq zarrotun illa bi iznillah.

“Apa anak aku nak makan kalau aku mati nanti”…satu kebimbangan yang tidak wajar sebenarnya.. Seolah-olah kita yang memberi rezeki kepada anak-anak…Dan juga seolah-olah Allah tak pandai urus rezeki anak kita... Rezeki datangnya dari Allah.. tahulah Allah menguruskannya...Dan Allah tak pernah lupa…Menafikan kemampuan Allah boleh membawa kepada batalnya aqidah.. Elakkan percakapan bahaya ini

“ kalau minyak(petroleum) habis, susah lah kita, sebab tu kena jimat minyak, supaya generasi akan datang boleh rasa nikmat minyak”…kenyataan ini sangat bahaya, yakni seolah-olah mengatakan Allah tidak pandai urus tadbir dunia… Apa masalah ? .. Pakai saja minyak tu… Habis nanti tahulah Allah gantikan dengan yang baru..

Tak perlu bimbang rezeki,tapi perlu fikir sumber rezeki.. tak perlu bimbang pasal jodoh,tapi perlu pikir siapa jodoh…tak perlu bimbang bila akan mati, tapi perlu pikir nak mati sebagai apa .. Yang perlu dibimbangi adalah tarbiyah anak-anak…Maka yang dikatakan “anak amanah itu” adalah Allah amanahkan supaya ditarbiyah mengikut acuan Allah, sibqhatallah wa man ah sanumunallahisibqhah. Jika konsep ini difahami, insyaAllah kita akan faham kenapa Allah kurniakan anak




jazakallah ...

Allahuakbar !!!








Tiada ulasan: