Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Sabtu, 9 Januari 2010

Tentera Allah


Siapa paling kuat atas dunia ini ?!... Ahli angkat berat ?! sebab boleh angkat beratus kilo beban... Atau gajah... sebab gajah berbadan besar dan mampu menumbangkan pokok balak dengan hanya menolak sahaja...

Atau mungkin satu ketumbukan tentera...atau juga ikan paus kerana saiz badannya.. Boleh jadi harimau kerana ganas sifatnya

Apapun definisi kuat itu, sebenarnya tidak lah kuat pun melainkan lemah disisi Allah... Bilamana Allah datangkan MENGANTUK, nescaya hilanglah kekuatan yang hebat tadi...

Sungguhpun seorang ahli angkat berat atau ahli bina badan mampu mengangkat beban berpuluh kilo bahkan beratus kilo, namun pasti gagal mennganggkat beban kelopak mata yang hanya beberapa gram saja bilamana dilanda atau diserang mengantuk... Hebat apanya ?! Nak berbangga dengan kekuatan fizikal dan kehebatan bergaduh ? samseng tak tantu pasal ? kalu beban kelopak mata pun tak mampu atasi...

berat ke ringan..

Isunya bukanlah berapa beban tersebut, gram atau ratusan kilogram...Akan tetapi kerana mengantuk itu adalah TENTARA ALLAH... bila sebut tentera Allah, sudah pasti tidak ada sebarang benda pun yang mampu mengalahkannya...La tataharrok zarratun illa bi iznillah...
Usaha lah macam mana pun pasti akan terlelap seketika( seperti yang berlaku pada pemandu bas SANI, korban 10 org)...minumlah radix sekotak pun, kita pasti kalah bila berhadapan dengan tentera Allah..

manusia yang kuat...

Adapun manusia akan jadi kuat bilamana kerap bangun malam qiamullai...ini adalah makhluk terkuat....Indicator kekuatan manusia bila mana mampu istiqomah qiamullai setiap malam...solat subuh di awal waktu juga latihan menguatkan diri....kekuatan disini bukan sahaja merujuk kepada kekuatan fizikal tetapi juga jatidiri...maka latihlah sedikit demi sedikit dengan kemampuan yang ada, moga-moga ruh jihad itu subur dalam diri kita insyaAllah....



jazakallah...
Allahuakbar !!!









Tiada ulasan: