Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Khamis, 31 Disember 2009

Ilmu Buah Pelam




Nyum nyum.... buah pelam.. atau mangga, juga dikenali sebagai buah pauh di sesetengah tempat. Sangat sedap dimakan sama ada makan saja atau dengan pulut atau juga dibuat air...Bagi penggemar buah pelam, banyak versi yang lahir dari buah pelam ini...Antaranya jeruk pelam, kerabu pelam , jus pelam , jelly pelam dan asam pelam... Sedap memang sedap, tetapi ada cerita disebaliknya...


Adapun cerita ni sudah lama diberi tahu oleh seorang ustaz kepada saya, tetapi tidaklah saya tahu macam mana nak disampaikan pada orang ramai...Lagipun ada ka orang nak dengar...

Pelam oh Pelam....

Tersebut satu kisah dalam satu kebun pelam.... Ada pokok pelam yang berlambak buahnya.. Arakian adalah beberapa pemuda di bawah pokok pelam itu yang teringin nak makan pelam torsobot... Adapun galah tak ada di situ, tangga jauh sekali... Hendak ditebang sayang.... Maka memanjatlah satu-satu caranya....

Kendatipun dalam ramai-ramai tu hanya sorang saja yang expert dalam bab memanjat pokok ini, maka dengan secara otomatinya kenalah panjat dek kerana kasihan sahabat yang mengidam tu.....Tapi caranya dengan mengkocak pokok tersebut sehingga buat gugur dan yang dibawah menyambutnya...

Gedebuk gedebak......

Maka berbondong-bondonglah buah gugur ke tanah sambil disambut pemuda dibawahnya...
Yang pandai menyambut, eloklah buahnya...Yang krtang mahir menyambut terpaksalah mengutip buah di tanah....Tak kurang juga buah jatuh terhempap ke muka, atas kepala, tertomoih batang hidung, bederemen muka dibantai buah mempelam...Berbenjol kepala ditimpa buah...Tergeliat jari akibat salah cara menyambut...Almaklumlah hujan buah....Bagi yang bijak menyambut, tidaklah menjadi masalah baginya bahkan molek-molek buah yang diperolehi...tidaklah ada kesan lebam hatta pada buah itu sendiri mahupun pada si penyambutnya...

Arakian marahlah orang dibawah akibat kejadian itu kepada orang yang memanjat tadi... Sedangkan dia terlupa kecederaan itu akibat kebodohannya menyambut buah... Amatlah malang kerana dia tidak sedar bahawa puncanya diri sendiri... Sudahlah meminta tolong orang, tidak tahu berterima kasih pula, memarahi orang pulak....Dasar tak pandai bersyukur dan buta mata hati...

Lalu terkedulah si pemanjat tadi...Apa yang tak kena ??.... disuruh panjat dia panjat...disuruh kocak pokok ,dia kocak.....Bercanggahkah ?? Bertentangankah??... Pelik ya...tapi itulah yang berlaku...

Habis......

Itu lah realiti dalam majlis ilmu....Juga pembawa amanah orang....Apa yang disampaikan oleh ustaz itu benar, ada nas...Dan tidak bercanggah... Tinggal lagi para pendengar yang menyambut ilmu tersebut... Kalu teguran itu kena atas hidung, terimalah...kenapa dimarahi ? benda betul...pandai sambut selamatlah....

Tak kurang juga pembawa amanah...berat memang berat...tapi sudah diamanahkah walaupun berat hati...Dia hanya membawa...Maka yang ditujukan amanah tersebut sambutlah sebaiknya... Jangan lah menyalahkan saja... Kerana mereka tidak paham makna BERAT...Pun begitu keadaan tidak memihak kepada si pembawa...Senantiasa dipersalahkan....Mungkin lumrah kehidupan ataupun mungkin mereka golongan pakar.... PAKAR KRITIK







jazakallah...
Allahuakbar !!!









Tiada ulasan: