Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Khamis, 3 Disember 2009

Penakut ?!....




Sebut pasal TAKUT, terbayang cerita hantu di TV dan sedikit pengalaman melihat jelmaan makhluk halus satu ketika dahulu. Takut memang takut bila teserempak, tapi apa boleh buat..benda depan mata...Takbir kuat-kuat insyaAllah larilah makhluk tu... Apapun perkataan takut merujuk kepada subjek yang menggerikan, hodoh, mengancam keselamatan dan merbahaya serta menyakitkan, musibah dan sebagainya...Boleh dikatakan secara umumnya TAKUT mewakili perkara-perkara yang negative... Takut polis, FRU ,Majikan adalah antara persepsi negative bagi TAKUT... Jarang didengari TAKUT disinonimkan dengan perkara positive... Ada memang ada, tapi jarang .. Takut kepada Allah, takut nak buat maksiat, takut derhaka mak ayah, takut belot kepada Gerakan Islam antara takut yang positive...


Antara rukun khutbah solat jumaat adalah menyeru manusia bertaqwa kepada Allah..ittaqullah... bertaqwalah kepada Allah... Dulu sebelum ke Universiti ,cikgu-cikgu selalu bagi amanat kepada yang berjaya ke universiti... Antaranya belajar rajin-rajin, jangan main-main, jangan hampakan harapan mak ayah dan banyak lagi... Saya agak terkecuali mendapat nasihat sebegitu.. maklumlah budak masalah... sehinggakan hari terakhir disekolah ada seorang perempuan datang bersembang dengan saya..." kamu dapat masuk universiti ".." Dapat cikgu ".. " universiti mana ".." universiti biasa saja cikgu "....cikgu kimia saya merangkap muslimat kawasan, bukan orang tempatan..."kenapa cikgu ? ada nak pesan apa-apa ka? "... sambil tersenyum my chemical teacher said " takutlah Allah"


Takut tapi Rindu...

Kalau kita takut hantu kita akan lari...jumpa rimau gajah dalam hutan kita juga lari...kena kejar polis kita lari... Memberi faham takut itu bersifat menjarakkan dan menjauhkan... Tetapi uniknya takut kepada Allah ini mendekatkan kita dengan Allah... takut tapi rindu itulah TAQWA...lagi takut lagi dekat...makin takut Allah, makin dekat kita dengan Allah... Inilah perbezaan paling besar antara takut kepada makhluk dan takut kepada Allah... Bermakna disini, yang berbuat mungkar itu tidak takut kepada Allah...Dan apabila Allah jauh dengan kita, maka disana sudah tidak ada taqwa... Puncanya diri sendiri...auzubillah min zalik...

Allah tiada tandingan...

Takut, kemudian taat kepada arahan...Itu lumrah...taat kerana takut... takut majikan lalu taat arahan majikan...takut kerajaan lalu taat membuta kepada arahan kerajaan, takut tindakan universiti lalu taat kesemua arahan unuversiti...bunyinya macam bacul, tetapi itulah hakikatnya...Akan tetapi di sana tidak ada rasa rindu pada pihak yang ditakuti...bahkan yang ada perasaan meluat....berbeza dengan takut kepada Allah..tidak ada sebarang perasaan benci disebabkan takut kepada Allah...bahkan disana ada satu perasaan rindu kepada Allah, ketenangan dan lapang dada...Inilah kehebatan Allah yang mana tidak ada satu zarrah pun dapat tandingi walaupun dalam isu TAKUT..






jazakallah ...
Allahuakbar !!!











Tiada ulasan: