Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Selasa, 29 Disember 2009

Nafsu Lembu


Dulu.. sewaktu kecik-kecik ada juga beberapa nasyid lama yang dihafal dan kami adik beradik akan berfungsi sebagai radio kereta bilamana dibawa berjalan-jalan.Maklumlah radio IKIM belum ada. Berbeza nasyid dahulu dengan nasyid sekarang...nasyid dahulu ada ruh, tapi nasyid sekarang banyak yang lentok dan lebih bersifat entertainment, tidak ada ruh. Kerana itu saya agak kurang gemar dengan radio IKIM ini... Apapun itu bukanlah isunya....Ketika itu tidaklah akan kami faham bait-bait nasyid tersebut secara penghayatannya melainkan hanya untuk suka-suka saja...Namum apabila akal sudah boleh berfungsi dengan baik, barulah kami faham mesej dalam nasyid tersebut... Satu teguran yang kena pada diri sendiri... Saya nak bawa satu ungkapan lirik yang mungkin sudah biasa kita dengar, tetapi jika diamati, sangat besar maknanya . Tentang PANDANGAN dan KECANTIKAN


pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersasar,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih


Seorang lelaki dikatakan hemsem, smart,kacak dan sebagainya apabila memenuhi beberapa kreteria mengikut citarasa masing-masing... Begitu juga bagi seorang perempuan yang akan dikatakan cantik, lawa, cun,cute dan sebagainya apabila memenuhi ciri-ciri yang sesuai dengan kehendak lelaki...Masing-masing ada citarasa tersendiri...

Adapun ini cantik itu tak cantik atau itu tak cantik dan ini cantik, mana datangnya ?!, mana lahirnya ?!...Bagaimana penilaian ini boleh berlaku dan kenapa berlaku...dan yang paling penting bagaimana ia dibezakan...?!!

Secara kasarnya, saya katakan semua ini kerana NAFSU, lahirnya dari NAFSU dan datangnya dari NAFSU... Cantik seorang wanita hanyalah pada nafsu lelaki dan kacak lelaki hanyalah pada nafsu wanita... Sekiranya nafus ditarik Allah, pasti tidak akan terlihat cantik perempuan dan kacak lelaki...memberi faham disini, yang mengatakan wah cantiknya dia, itu nafsu....yang mengatakan wah hensemlah mamat ni, itu juga nafsu...Dan jika nafsu dicabut Allah dari diri manusia nescaya kita akan melihat wanita, lelaki dan LEMBU itu sama sahaja, tidak ada beza... Dan tidak ada istilah berahi kepada jantina... WANITA= LEMBU=LELAKI ... Akal hanya membezakan bentuk kejadian makhluk, tetapi yang menilai kecantikan itu adalah nafsu...

Maka ketahuilah lawa dan cantik itu hanyalah pandangan nafsu. Dan tidaklah hebat mana pun lelaki dan wanita yang dikatakan cantik dan sebagaiya kerana ia hanyalah kerana NAFSU... Seandainya nafsu tidak dipandu, boleh jadi LEMBU lebih cantik dari wanita dan lelaki.... aizubillahiminzaalik...



jazakallah...
Allahuakbar !!!













Tiada ulasan: