Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Selasa, 27 November 2012

Hancor U.M.N.O - Doa

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan

Oleh: Azhar bin Yahya, Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

tn_azharyahyaDoa untuk menghancur dan menjahanamkan UMNO-BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.  
Dalam arena politik Malaysia, PAS dan UMNO sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh UMNO-BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.
Dasar UMNO-BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan UMNO-BN selama ini. UMNO-BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan.
Justeru, atas sebab inilah PAS berlawan dengan UMNO-BN dan bertanding dalam pilihanraya untuk mengalahkan parti dan gabungan tersebut. Ini kerana perjuangan dan dasarnya jauh bertentangan dan menyimpang daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan S.A.W.
Untuk mencapai kemenangan dalam 'peperangan' pilihanraya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya UMNO-BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya. Hancurnya UMNO-BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam  pilihanraya.
Kehancuran ini adalah agar rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pemerintahan UMNO-BN yang telah menyebabkan kerosakan yang parah kepada negara. Malaysia perlu diselamatkan daripada pemerintahan yang seumpama ini.
Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: "Amin, amin, amin." Dikatakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat ini?" Baginda menjawab: "Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadhan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu. Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada Allah bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.

Selasa, 20 November 2012

To be Good






Sejak kebelakangan ni masyarakat sering dibaluti  dengan cengkerang pangkat dan kedudukan sebagai simbol kemulian dan kehebatan masing-masing...Kayu ukur ini secara tidak sedar meresap secara tidak sedar dengan pantas sekali dalam lubuk jiwa kita.

Buta....

pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersasar, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, kalu hati itu bersih....manusia jadi buta dalam melihat, menilai dan mentafsir sesuatu..Hanya dengan kedudukan dan pencapaian seseorang itu dinilai kehebatannya, tanpa diselidiki dahulu siapa dia...

Penyakit...

Ini penyakit baru dalam gerakan islam mutaakhir ni.. Hanya kerana seseorang itu ada title  Dokter, Ir, Pensyarah, Bekas Timbalan Pengarah, Pengarah, Profesor ,Engineer , Degree holder, Master holder ,PHD dan Lawyer, maka mereka sudah dianggap bagus...Lalu diangkat menjadi ketua dan pemimpin..Tanpa diselidiki dulu siapa dia...usrah jauh sekali, tapi cakapnya berapi.. sehingga ada yang berani2 melawan ulamak...

Baguih...

Sebenarnya kalu kita tahu, sesuatu kedudukan itu bukanlah bermakna kita baguih, pandai dan hebat...akan tetapi yang baguih itu bila manusia itu bertakwa kepada Allah dan tawaduk dengan sesama manusia

U have a Degree, its GOOD for U....But it do not mean U are GOOD

U a doctor, professor, lawyer, engineer...Yes, its GOOD for U...BUT...its does not mean U are GOOD...

Whatever who U are, that is just GOOD for U....not mean U are GOOD...

To be GOOD, learn everything from bottom to top



Takbir !!!

   

Rabu, 8 Februari 2012

KFC yang JIJIK



Ken KAKI fried Ciken...melantaklah lagi banyak2




silalah makan lagi....makan sampai kenyang...



asal gaji saja, KFC...asal nak celebrate something saja, KFC....bawa family makan KFC...sumbat dalam mulut anak2 KFC...belanja kawan KFC... meting dengan client KFC....

bila orang cakap jangan lah makan KFC...maka berjawab2lah dgn hujjah cerdik pandainya..."haram ke makan KFC?...apa dalilnya ?...ada sanad ke?...ini JCORP punya la,,,melayuuu...sekarang dah bisness melayu....KFC bayar zakat per...takkan tak halal kot.."

teringat cerita Nabi Allah suruh orang yahudi sembelih lembu utk cari seorang pembunuh...nabi Allah kata "sembelihlah lembu"... itu jer arahannya...Tapi jenis Yahudi ketegaq ni banyak pulak soalnya...nak tunjuk pandai satu, nak mengelak dari buat arahan nabi pun satu....lalu di tanyalah jantan ke betina, besor ke kecik, umur berape, warna aper...ni lah perangai yahudi...melayu pun ramai perangai yang macam ni....keras kepala...


Akhir kalam...bila orang larang tak nak dengor..ater lantok kamulah...mentekedarah ler sampai muntah....Babi tu haram, jangan makan...nak makan juge?...lantok kamulah.... KFC janganlah makan...nak makan juger...lantok kamulah...Lakum dii nukum waliyadin...mu agama mu, aku agama aku....mu, urusan mu...aku, urusan aku...mu, dengan hidup mu...aku ngan hidup aku...

KFC, McD, Buger KING, Pizza Hutt...udah2 ler...makan cendol tepi jalan lagi bagus...besih dan halal...




Khamis, 19 Januari 2012

Nasihat ustaz Idris Ahmad



Sombong Bukan Akhlak Ahli Pas

Idris Haji Ahmad

19/1/12

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” – (Al-Mukmin: 60).

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata: “Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

  • Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan
  • Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian
  • Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang
  • Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW

“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)

  • Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain

Cara untuk mengubat

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

Sebagai ahli Pas hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli Pas, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin Pas dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri.

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh Pas. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah s.w.t

“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Juga sabdanya s.a.w.:

“Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”

Rasulullah SAW bersabda

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Selasa, 27 Disember 2011

Mancen Ikan




Teman suka benor memancing...ater tidaklah hebat sangat...pandai pun idak..minat je lebih..2 bulan lepeh teman gi mancen kat satu tempat ngan sahabat teman...ater sajer nak lepaskan tekanan...sambil mancen tu sahabat teman bercerite lah pasal baitul muslim...ater teman dengor jer...dalam hati teman, lari ler ikan ni asyik dengo suare kamu jer..tapi tak per..nama pun nak lepas tekanan..teman layan jer...

Nasihat dari pemancing ....

"ater yop, kamu tak der nasihat ke petua ker dengan masalah baitul muslim teman ni..krojer gelak jer kamu...cuber lah bagi cadangan ke, komen ker.." tetiba je sahabat teman nanyer ke teman...

"nasihat apernyer bang, teman pun tak kawin lagi..mener reti sesemua tu"..teman jawab pendek jer..

"Tak per lah tak da pengalaman pun....tapi kurang2 ada pandangan ke aper ke.."..amboi tak mengalah juger sahabat teman ni...

"Pandangan apanya bang dari pemancen macam teman ni.... ater lebih baik pegi tanyer propesor ke dokter ker ahli akademik kat luar nun...teman ni cerita pasal ikan skit2 bolehlah..."..dia diam jer biler taman cakap gitu.. tungu umpan dimakan ikan...

Ikan dan Mata Kail......

"bila abang nak kawin?"teman mule bertanyer

"Ntah ler..tak plan pulak pasal tu.."..tak jadi teman nak cucuk umpan lepeh dengor jawapan sahabat teman...

"ater naper propose cimat tu kalau abang tak plan nak kawin ?"...

"abang ingat nak cop dulu...tak terpikir lak sampai ke kawin lagi...bukan tak pikir kawin..cuma belum pikir"...oooo macam tu ker..teman cucuk umpan dan campak kedalam lombong...harap2 dapatlah ikan kali ni...

"Kalau datang cimat lain sekarang ni, macam mana bang?..nak terima ker tak? yang datang tu pulak lebih baik, lebih cantik, lebih memahami dari sekarang..abang raser camner?"...sajer teman cipta situasi kehkehkeh..

"Hmm itu kener pikir semula tu..tak salahkan amik yang terbaik diantara yang baik" jawab sahabat teman sambil tersenyum...teman pun angguk2 kan jer

"abis yang lamer tinggal gitu jer lah yer?" kali ni teman pula yang galak bertanya...

"kalu dah itu keadaannya, boleh jadi tingge ler..takkan nak poligami...tak maunyer cimat2 ni"....spontan jer dia jawab...

" Ater teman tgk abang ni macam tak bekenan jer dekat cimat sekarang? besor benar ke masalah antum ni?".. teman kembali kepada cerite dia yang asal...

"Susah nak cakap yop...kamu rase macam maner?"..dia tanyer teman balik...tak aci betul...tapi teman tak der jawapan..jadi teman geleng kepale jer..

tiba2 ada talapia sambor kail teman...bukan main seronok teman tarik ke darat..tapi alahai kecik betoi..ader dalam 4 jari lebornyer...tapi teman letak jer dalam baldi yang teman bawak tu..


Lepas.....

"Aii yop, besor itu pun kamu amik...ater lepeh je lah balik dalam lombong tu...tak kenyang pun makan besor tu... kalu mat salleh diorang tak amik ikan kecik2 ni...semua dilepas balik"..

"Tu mat salleh bang...teman bukan mat salleh..aper krojer teman nak ngikut deme tu.. hidup meniru orang jer tahu..Allah bagi otak tak reti nak pakei sendiri?..sampe nak buat keputusan pun ngikut orang ?...berat benor kamu ni bang.." seloroh teman sambil mencucuk umpan baru...

"beceramah pulak kamu yer ke aku ni....ceramah lombong...hahahaha"...dibantenye gelak ke taman...udah le kuat...tak da can ler taman nak dapat ikan besor hari ni...adoiii...

"Abang, ikan sakit tak makan umpan kita?" tertiba jer terfikir pasal kesakitan ikan...

"mestilah sakit...tak ke tajam mater kail tu..kamu kalu kene pun sakit...cer tengok mulut ikan tu...tak ke rabit kener mater kail...apa soalan kamu ni yop"...hahahah teman gelak besar kali ni...mungkin tgk muker pelik sahabat teman tu..

"Abang, umpan kita ni sebenornye Allah yang dorongkan ikan makan...jadi dapatlah kita ikan...ater kalu teman lepeh balik maknanyer tolak rezeki, tak bersyukur...satu lagi ikan ni dah sakit dan luka kener mater kail...hargailah dia dengan makan buat lauk..tu tanda menghargai reseki.. kalu abang memilih dan tak sanggup...lebih baik jangan memancen...pendek kata jangan mula dengan sesuatu yang abang tak sanggup nak tamatkan atau selesaikan...asyik nak yang besor jer...mana aci..nak yang lawa jer...banyak cantik...hahaha,,kesian ikan ni, dah le sakit, lepeh gitu jer..kehkehkeh"

Cimat.....

"muslimat ni bukan ikan ... tapi abang dah pancing hati dia...dan alhamdulillah dapat, sebab dah tercakuk kat mata kail abang tu maser abang propose dia... jadi bila abang pancen tiba tiba abang tak bekenan...abang lepeh gitu jer...mesti hati dia luka bang...macam mulut ikan tadi... adalah lebih baik abang bersyukur walaupun tak seindah kehendak...reseki Allah bagi....ikan kecik ni bang isi sedap..ikan besor memang best...tapi kekadang muak bila makan banyak2.... jadi bila dah pancen, dapat pula tu...jagerlah baik2..amanah tuhan bagi...kalu abang tak sanggup,.. jangan pancen, jangan propose"..."jangan mula sesuatu yang abang tak sanggup selesaikannya...kalu tak sanggup, jangan mula...tapi kalu dah mula, bertanggungjawablah dengan apa yang abang mulakan..sebab dia orang bukan ikan"

"jadi tiu lah pandangan teman..tapi ingat !! ini bukan nasihat, pandangan sahaja..ater mengkeme pun dah besor, selesaikan ler baik2...biasalah tu...dua hati nak bersatu, macam2 lah dugaannya.."

"Hahaha, boleh pakei juger pandangan kamu ni...ater kamu dah ader ikan ker?"...alamak soalan perangkap yang penuh maksud tersirat...

"ader bang..banyak kat rumah nun... tapi dalam akuarium lah" kehkehkehkeh

Jom balik, hari ni tak da reseki.........









Sabtu, 17 Disember 2011

Ilmu

" ilmu tak akan masuk dalam hati yang kotor"

- imam malik

apa itu hati yang kotor?

1- datang dengan tak ikhlas
2- dengan hati yang syak wasangka
3- datang dengan terpaksa

Jumaat, 16 Disember 2011

Tahu tak Tahu

Katakanlah sesuatu yang kamu tahu, dan diam bagi perkara yang tidak kamu ketahui dan sebutlah " Aku tidak mengetahui tentangnya"

- Soujiro Hiko