Syekh Muhammad Al-Ghazali....
Muhammad Al-Ghazali merupakan salah seorang ulama' ikhwan gerakan islam yang sangat komited dengan gerak kerja. Beliau sangat rapat dengan as-syahid imam hassan al-banna..
Pernah satu ketika Syekh Muhammad Al-Ghazali dijemput untuk pertemuan bersama beberapa orang ulama syiah untuk bertukar pandangan... Dalam sesi pertemuan tersebut, Syekh Muhammad Al-Ghazali berhujjah tentang beberapa perkara dan diantaranya adalah tentang kesatuan ummat islam. Maka Syekh Muhammad Al-Ghazali mengajak ulama-ulama syiah supaya berpadu bersama ahli sunnah wal jamaah dengan mengetepikan fahaman dan khilaf masing-masing. Hujjah Syekh Muhammad Al-Ghazali diakui kebenarannya oleh meraka.Lalu kemudianya Syekh Muhammad Al-Ghazali pada akhir pertemuan itu ditanya dengan satu soalan oleh ulama-ulama syiah..
ulama' syiah: wahai Syekh Muhammad Al-Ghazali, kamu ini seorang cendiakawan yang hebat...pada pandangan kamu, siapakah yang paling layak untuk menjadi khalifah umat islam selepas kewafatan rasulullah? sama ada ALI r.a atau ABU BAKAR r.a yang manakah menjadi keutamaan bagi kamu?
Syekh Muhammad Al-Ghazali : wahai sahabatku sekalian... jika aku mengatakan ABU BAKAR, sesungguhnya dia sudah pergi meningalkan kita...dan jika aku mengatakan ALI, sesungguhnya dia juga sudah pergi meningalkan kita....tetapi yang hanya ada sekarang didepan mata kita ialah YAHUDI dan KUFFARIN yang sedang meratah dengan kejamnya ummat islam di palastin dan di seluruh dunia...Maka dengan itu marilah kita bersatu dan berpadu tenaga menentang musuh Allah ini bagi mengembalikan maruah islam
Allahuakbar !!!
jazakallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan