Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Ahad, 19 Julai 2009

Ulama' dan Mujahiden

“orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dalam keadaan jahiliah”


Saya ada terbaca buku risalah ta'lim tentang JIHAD oleh as-syahid imam hassan al-banna. Antara yang dibincangkannya ialah bab jihad yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w seperti hadith diatas. Tidaklah saya ketahui akan makam hadith tersebut sohih atau selainnya, tetapi itulah yang tertulis di dalam buku ini. Barangkali, sahabat-sahabat dari kalangan ahli agama boleh membantu saya menjelaskannya semula insyaAllah.



Adapun begitu, saya secara peribadinya terkesan dengan hadith tersebut kerana disana ada tuntutan yang perlu dipenuhi. Boleh jadi saya sekadar memahami dari sudut harfiyyah sahaja kerana tidaklah saya ini pandai ilmu nahu mahupun bahasa arab. Alhamdulillah, jika ada ahli agama yang mahir dapat membantu saya.

Saya kira hadith di atas bukanlah sesuatu yang baru dari kalangan ahli agama, bahkan mungkin mereka sudah berkali-kali mendengarnya. Berbeza dengan saya dan kawan-kawan skolah dulu, yang mana kami ini jarang sekali didedahkan dengan perkara ini. Dengan sebab itu, kami mengangkat kepimpinan ulama', kerana ulama ini mahir dalam agama, tuntutan dan larangan. Maka timbul beberapa soalan tentang peranan ulama mutaakhir ini.

ulama' warasatul ambiya'.....

Jelas sekali islam meletakkan kedudukan ulama yang mewarisi kerja-kerja nabi. Namun bukanlah bermaksud islam ini milik ulama'. Islam milik setiap insan yang bersyahadah. Tetapi golongan ulama adalah orang yang paling memahami islam. Maka sangat wajarlah mereka dijadikan pemimpin dan rujukan setiap masa. Lalu bagaimana dengan kita yang tidak ulama' ?. Kita adalah golongan pelaksana. Melaksanakan apa yang dituntut islam dengan panduan para ulama dan kemahiran profesional yang Allah anugerahkan kepada kita. Satu kebanggaan dan penghormatan jika terpilih untuk menyertai saf Allah s.w.t sebagai kelompok pelaksana. Bukan senang hendak mendapatkan jemputan hormat ini dari Allah. Maka rebutlah.

ulama' perang....

Sudah beberapa kali saya perhatikan akan rakaman perang mujahiden dari zaman sekolah lagi. Apa yang menariknya ialah, ulama telah menjadi sebahagian element penting dalam jihad qital ini. Mereka berperanan menghidupkan ruh-ruh jihad di kalangan mujahiden dengan taujih-taujih yang sangat membina. Bahkan ada dari kalangan mereka yang bersama-sama pasukan tempur tersebut. Ulama inilah yang senantiasa melaungkan janji-janji Allah kepada mujahiden dan ulama ini juga yang membakar semangat pasukan tempur supaya yakin dengan apa yang telah dijanjikan oleh sang pencipta. Lihat saja para ulama yang menjadi sayap kanan mujahiden dalam siri jihad qital ini sehinggakan berjaya melahirkan syuhada'-syuhada'.

Sahabat-sahabat boleh ikuti kisah perjuangan ibn mubarak yang juga seorang ulama hadith tentang persepsinya bekenaan jihad. Moga-moga kita dapat mengambil iktibar....

Allahuakbar !!!

jazakallah

Tiada ulasan: