Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Khamis, 1 Disember 2011

The Satanic Network



Tersebut di dalam kitab ‘Al-Arais’ karangan Abi Ishak,halaman 29,maksudnya : Diceritakan bahawasanya iblis berkata kepada Allah swt.

Iblis : Hai Tuhanku,telah Engkau laknat akan aku,telah Engkau keluarkan aku dari syurga,telah Engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela,padahal kepada Bani Adam telah Engkau bangkitkan para Rasul,maka siapakah Rasul-rasulku?

Allah swt : Rasul-rasulmu ialah tukang tenung.

Iblis : Apakah kitab-kitabku?

Allah swt : Wasyam,iaitu hikayat dan dongengan (mitos)

Iblis : Apakah hadisku?

Allah swt : Hadismu ialah dusta.

Iblis : Apakah bacaanku?

Allah swt : Baccanmu ialah syair.

Iblis : Siapakah tukang azan bagiku?

Allah swt : Tukang azanmu ialah seruling dan serunai (mizmar)

Iblis : Apakah rumahku?

Allah swt :Rumahmu ialah tandas.

Iblis : Apakah makananku?

Allah swt : Makanan yang tidak dibaca Bismillah ke atasnya.

Iblis : Apakah minumanku?

Allah swt : Minuman yang memabukkan.

Iblis : Siapakah jaringku?

Allah swt : Jaringmu ialah PEREMPUAN

Khamis, 17 November 2011

Kalut yang Buta


kawan...
  • -kita sudah menang dan ada kuasa di negeri ini, tunggu apa lagi ?.. tutup saja kelab2 malam itu...dan haramkan penjualan arak..!!!
  • -pecahkan saja kedai karaoke tu...abis cerita.
  • -Nak tunggu apa lagi? negeri ni sudah kita ambil..laksanakan terus.
  • -sudah sampai masanya kita lancarkan sistem ini 100 peratus. Jangan dolak dalih lagi..gaduh pun gaduh lah..ini jihad kita.


Lawan...

  1. kata nak buat hudud, so buatlah!
  2. kan sekarang dah ada kuasa, buat lah...dulu beria2 sangat
  3. mana dia janji kamu nak tutup kilang arak? Islam ker camni?!
  4. mana janji kamu?!! kami tuntut janji-janji dulu!!
  5. Omong kosong belaka!! ..bacul

  • kawan dan lawan....belajarlah dari lampu isyarat jalan....

wahai kawan...

  1. sapa kata kita x nak buat, sabarlah... kita sedang mengkaji bagaimana nak dilaksanakan dalam situasi masyarakat yang jahil...bukan mengkaji releven atau tidak...
  2. kuasa yang ada sekarang tidak besar... kalu bertindak secara drastik hari ini, akan datang akan dibalas dengan lebih dasyat.. kalo robohkan pusat karaoke sekarang...akan datang dia akan bina pusat karaike yang lebih besar lagi, sebab dia ada insurans..lagi besar maksiatnya...berdosa kita jadi penyebab kpd besarnya karaoke tu...
** dalam ujian memandu bahagian undang2 akan disoal " apakah yang perlu dilakukan ketika lampu isyarat jalan menunjukan warna hijau?"

a) jalan terus
b) jalan jika selamat
c) berhenti
d)matikan enjin

jawapan yang betul adalah B... kerana hanya boleh jalan jika selamat...disebabkan x semestinya selamat untuk jalan bila lampu menunjukan isyarat hijau.
jadi begitulah keadaan kita sekarang...masih belum selamat untuk jalan..


Hoi Lawan.....

  1. sapa kata kami tak mau buat...dah hangpa yang halang macam2..
  2. kami tak jual prinsip, dan kami tak akan berhenti untuk perjuangkannya
  3. bagi kami kuasa majority, saat tu kamu tengok!!..kami akan buat!!
** kalau lampu isyarat merah, jangan matikan enjin...cukuplah free gear saja..bila dah hijau, baru masuk gear dan tekan minyak... Kami sekarang sedang free gear...tapi enjin tetap hidup..


3,2,1....vrooommm




Rabu, 16 November 2011

Tarbiyyah Ayam Sabong



Adapun jagooan si ayam sabong orak kerana sifat semula jadinya semata, melainkan asuhan si tuan empunya...

makannya dijaga, mandinya dilayan, belainya tak dilepaskan dan tajinya diasah semedang..

Dek kesabaran si empunya menjaga di zaman telur lagi sehinggalah besar adanya... namun bukan semua selayaknya menyabong..

Si ibu mengeram telur 2 purnama masanya, yang kemudian memberi tanda rekahan pada kulit telur tanda tidak lama lagi lahirhah jagoan ulung..

Si empunya tidak bersikap isti'jal apabila melihat rekahan itu....tidak diketuk2 nya untuk mempercepatkan kelahiran, dan tidak dikopek-kopekkan kulit telur itu semata tidak sabar melihat generasi baru sabongannya...

tetapi dibiar sabongan itu matang sendiri dengan alamnya.. dirasakan udara sedikit demi sedikit dari celahan retakkan itu....dirasakan haba dan cuaca dunia sedikit demi sedikit dari celahan rekahan itu supaya sesuai dengan tubuhnya...tidaklah ia menerima secara tiba-tiba dan mengejut yang memungkinkan kecacatan dan kematiannya..

Kalut...

Sifat kalut atau isti'jal yakni tidak sabar menunggu lebih membawa kepada binasa... Maka tidaklah si empunya itu kalut... dibiarkan bayi sabongan itu keluar sendiri apabila dirasakan sesuai...kerana dengan cara ini sahajalah si empunya dapat melahirkan ayam sabongan bertaraf jagoan.. itulah tarbiyyah

Gerakan Islam..

begitupun gerakan islam itu dilarang keras untuk isti'jal kerana hanya celaka yang menanti disana. Pelbagai tuduhan dibuat dari golongan isti'jal antaranya Ulama lambat, masih menggunakan kaedah kuno, apa lagi nak ditarbiyyah kerana sekarang masa untuk memerintah..

Apabila politikus bangkai bicara dengan nada isti'jal..nantikanlah saat kehancuran... entah apa yang dikejarkan..sehingga diri sendiri berceceran... amilin yang jahil terus dengan kejahilannya...bekerja dengan semangat semata, bukan dengan semangat yang berjiwa,.. kerana tarbiyah sudah dianggap beban dan sia-sia.. Kalut mengopek kulit telur kerana gelojoh mahu melihat isi dalamnya...

Al- Banna...

satu catatan sejarah yang dipandang sepi dalam lipatan sejarah ikhwan muslimin... apabila ulama ikhwan dikatakan lambat dan tidak progresif dalam berhadapan pentadbiran mesir dan masih bertarik tali dengan kerajaan dengan pendekatan siasah syariyah.. terus menerus golongan isti'jal didalam ikhwan menyerang pimpinan sehingga mereka menubuhkan gema ikhwan yang bertindak menyerang balas pentadbiran....maka ikhwan mula dinampakkan sebagai pertubuhan military yang membahayakan kerajaan... atas asas itu, Al- Banna ditembak mati dihadapan pejabatnya... kesan daripada tindakkan beberapa golongan inti'jal dalam harakah

Menang..

jangan memaksa kemenangan itu datang... tetapi sabarlah mentarbiyah amilin sefahamnya... kelak mereka dengan sediri akan beriltizam dan memenangkan islam.. laksana jogaan si ayam sabong





Rabu, 12 Oktober 2011

IBRAH Sang Singa




Aummm!! Auuummm !!....Roaaarrr !! Roooaaarrrr...uhukkkk...uhhuuukk,,,batuk pulak.. .. mungkin gitulah bunyi sang singa... tetapi tidak ia batuk ketika mengaum...adapun manusia jika meniru-niru bunyi itu tarbatuk lah ia seketika kerana bukan bunyi bahasanya.... uhhukk..uhhukkk..



Adapun manusia tak dapat nak mengambil bunyi sang singa, tetapi disana ada beberapa pengajaran yang boleh didapati daripada makhluk Allah ini..

firman Allah mafhumnya tidaklah Dia ciptakan sesuatu dengan sia-sia.Maka sudah barang pasti ada pelajaran dan pengajaran dari sang asad ini.

Rencana...

Sangat sukalah saya dulu-dulu zaman budaknya menonton rancangan rencana haiwan termasuklah national geography.. sehinggalah sekarang sukanya.. menontonlah bersama my lion king and lion queen seta adik beradik lain dengan penuh takjub dan terpesona adanya.

Jantan...

Maka akan selalulah my king n queen akan mentafsirkan watak2 singa itu sambil didengari kami yang kecil2 ini... " tgk tu, singa jantan bukan nak berburu..tido jer..singa betina juga yang berburu"... "sudahlah penat kejor rusa tu, dah dapat tak leh makan lak... selamber jer singan jantan datang rampas...telan air liur jer singa betina tgk singa jantan makan hasil buruan tu... hmmm bila jantan kenyang baru lah betina dapat makan.."...huh betul gak tu...tercabar kejantananku di perkatakan begitu... tapi itulah yang dipaparkan secara visual... ahhh tak puas hati ni...tak leh hujjah balas...

Tak adil...

kejadian tu pada layer luarannya memang tak adil...ater lepak jer boleh makan...yang terjelir lidah penat memburu tu nengok jer.. must be something hidden there..

Im Da King...

Adakah kerana dia raja maka diberi keistimewaan begitu rupa ?? maka dikaji kenapa.. mana boleh kejadian tuhan ini tidak bersifat adil... Allah itu sempurna, penciptaannya juga sempurna...

Abang kawasan...

Tidak dapat tidak secara adatnya survival singa ini bergantung pada hasil buruan... Dan binatang buruan ini mestilah ada kawasan-kawasannya... Maka kawasan buruan ini hendaklah dilindungi daripada dirampas oleh pemangsa2 lain seperti singa kumpulan lain, dubuk, rimau bintang, cheetah dan UMNO.... Maka tanggungjawab menjaga kawasan buruan hanya boleh dipikul oleh si jantan... Seandainya si jantan gagal mempertahankan kawasan buruan ini, sekaligus akan menyebabkan sang betina hilang sumber pencariannya... selalunya kegagalan si jantan berakhir dengan KEMATIAN...

Mahal...

Rupanya keberadaan singan jantan bukanlah satu yang sia2 melainkan ada peranannya, Walaupun nampaknya macam malas bekerja, tetapi tanggungjawab yang digalasnya lebih berat sebenarnya dan sangat mahal harganya... memelihara keluarganya dengan NYAWA sebagai bayarannya.. menjaga hak keluarganya dengan NyAWA sebagai galang gantinya... pertarungan antara sang ketua dan ketua... Patutlah sinag betina x pernah membantah si jantan kerana tahu tugas masing2... binatang pun taat suami...binatang pun sayang isteri...

Faham...

Sudah bertahun melihat drama savana singa barulah faham mesejnya,.. memang benar kejadian Tuhan itu sempurna dan tiada yang sia2... Allah itu adilkan...

cadangan kepada mangsa buruan...dapatkan teknologi terkini untuk menyelamatkan diri dari dimangsakan lagi....kehkehkeh


GO GO zebra...Run For Your Life


jazakallah!!!
Allahuakbar !!!




tahniah sultan brunai



Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan


KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasadan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.











Isnin, 3 Oktober 2011

DO







" it's not about i can do it or cant do it.... its about i do it or not do it " :- memali

Khamis, 29 September 2011

Wasiat Dr Zulkifli Muhammad


Wasiat Allahyarham Profesor Dr Zulkifli Muhammad kepada wakil rakyat Pas selepas pilihanraya 1964 amat menyusut hati

“Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita”