Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Selasa, 26 April 2011

Kepimpinan ULAMAK



ada yang bekata ana emosi...jawapan ana, YA, ana memang emosi... Ana emosi bilamana insitusi ulama mula diambil mudah...Ana marah ?..YA..ana sangat marah...bilamana pelbagai pertuduhan kepada kepimpinan ulama...Dalam akhbar , blog , wordpress, dalam majlis-maslis rasmi sudah menampakkan orang mula meremeh-remehkan kepimpinan ulama... Ini sensetiviti ana,bila ada yang mula merendah2kan kepimpinan ulamak...Ana kira, sahabat sahabiah perlu ada sensetiviti terhadap kepimpinan ulamak..Terbaru adalah kekalahan di sarawak dipersalah kepada kepimpinan Tok Guru Hj Hadi sekaligus menyelitkan tohmahan bahawa kepimpinan ulamak ini lemah dan lesu, maka perlu di gugurkan kerana sudah tidak lagi relevan... Apakah ana boleh diam ?..kalu antum sanggup diam tak apalah...mungkin antum betul...

ana sangat bangga kalu UMNO lawan, hina dan tolak kepimpinan ulamak..kerana ini memang kerja dan sikap umno...dan ini satu pengiktirafan kepada nafas perjuangan kita...tapi ana sangat kecewa kalu yang tolak ini orang PAS sendiri... Jangan mudah terpengaruh dengan akhbar, blog, media , dan cakap2 orang dalam PAS... kita mesti ada pendirian dan keyakinan terhadap kepimpinan ulamak.. Jangan kerana dia berjawatan besar, kaya banyak duit, berpengaruh ,business man berjaya, maka kita mengiakan saja pandangan2 skeptikalnya terhadap kepimpinan ulamak... Orang UMNO yang masuk PAS alhamdulillah, tapi tolong jangan bawak perangai UMNO kedalam PAS...tinggalkan perangai dan cara UMNO bekerja itu dalam UMNO sahaja...Ini antara kelompok2 yang duduk dalam PAS tapi berfikir cara UMNO...Malangnya orang PAS menurut saja...Mana tajarrud kamu?... Tak kurang juga hari ini orang2 dalam PAS mula hilang prinsip harakah islamiah dan terlalu nak cepat dengan hanya bersandarkan teori2 yang direka2...Akhirnya dipersalahkan kepada tarbiah dan kepimpinan ULAMAK, dan mangsanya ialah Tok Guru Hj Hadi...tidak ada lagi thiqoh pada kepimpinan ulamak...

takutlah dengan satu amaran Allah dalam satu hadis qudsi melalui lisan Rasulullah " barang siapa yang hormat orang kaya (kaya harta, pengaruh, kuasa) kerana kayanya, maka hilang 2/3 daripada agama"...(dan barang siapa yang membenci/ menghina orang miskin kerana miskinnya, maka dia sedang memalu gendang perang dengan Allah)...correct me if im wrong...Hari ini orang sudah makin celupar dan biadap dengan ulamak, Tok Guru hj Hadi dipanggil hadi , ust tuan ibrahim dipanggil brahim, imam syafie dipanggil pak pie...mungkin ini tanda akhir zaman...Allah matikan ulamak disaat masyarakat alergik dengan ulamak....boleh jadi kiamat sudah sangat2 hampir...orang muda(termasuk yang menulis ni) walaupun kaya dengan semangat dan idea, kena ingat kita masih baru dalam PAS untuk dibandingkan dengan ulamak2 yang besama dalam PAS diwaktu PAS susah. Biarlah media menulis apa saja, dan jangan kita terpengaruh...jangan menari dengan paluan gendang musuh...


ULAMAK...

Dalam bab aqidah, ada 4 cabang pembahagian.. Selepas bab maa'rifatullah, seterusnya adalah bab ma'rifatul rasul... Dalam bab ma'rifatul rasul, perkara pertama yang disentuh adalah ' menerima ajaran yang di bawa oleh rasul secara total...bab ini menguji keyakinan kita kepada janji Allah dan rasul

Allah ada menyebut dalam Al quran "

Dan sungguhnya kami Telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut[826] itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang Telah pasti kesesatan baginya[826]. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." an-nahl 36


di kuatkan dengan ayat yang ini :


164. Sungguh Allah Telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

(Al-Imran;164)


dikukuhkan lagi dengan ayat :


Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

Al-Maidah 99



ok baik...mesej dari ayat ini adalah memperihalkan tentang peranan dan tugas rasul2...setiap rasul tugasnya melakukan tajdid keatas manusia..yakni mengeluar ummat dari kepompong jahiliah kepada kemuliaan kehidupan makhluk...asasnya ialah peranan rasul2 ialah memimpin ummat kepada Allah....sejarah ada merakamkan bahawa setiap tindakan rasul dan nabi2, ada sahaja yang menghalang...kepimpinan nubuwah ditentang hebat...maka ulamak menyimpulkan bahawa perjuangan ini sunnah pasti akan ditentang...buktinya kepimpinan nabi2 dan rasul2 juga ditolak...

Maka nabi yang terakhir yang memimpin ummat adalah Rasulullah sallallahalaihiwasallam. Membawa ummat untuk tunduk kepada Allah...Rasulullah sallallahalaihiwasallam adalah orang yang paling faqih tentang agama dan paling faqih tentang alquran...Maka ciri2 ini sangat2 diperlukan bagi pemimpin Islam... Lalu setelah Rasulullah sallallahalaihiwasallam wafat, siapa lagi yang akan memimpin manusia kepada Allah?

maka dijawab dengan satu hadis Rasulullah sallallahalaihiwasallam, dalam satu hadith sahih yang berbunyi "

إن العلماء ورثة الأنبياء

Sesungguhnya ‘ulamak adalah waris para nabi

"


Memberi paham kepada kita bahawa Rasulullah sallallahalaihiwasallam mengiktiraf para ulamak sehingga mengangkat taraf mereka sebagai WARIS..


Apa itu waris para nabi?...apakah mewarisi mukjizat nabi ? atau juga kemaksuman nabi ? atau rupa paras nabi ?...tidak sama sekali bahkan mustahil....Lalu waris kepada apa?


Adapun yang dimaksudkan waris para nabi itu adalah mewarisi tugas nabi2, yakni memimpin ummat manusia supaya keluar dari belenggu toghut dan jahiliah. Maka disini memberi paham ulamak perlu memimpin masyarakat..,


Atas dasar beriman kepada ayat2 Allah maka marilah kita semua meyakini kepimpinan ulamak..


kemudian ada yang bertanya siapakah ulama dan kenapa perlu kepada ulamak?... soalan yang agak mengejutkan tp benar dan perlu dijawab oleh orang yang faqih... ana harap sahabat sahabiah kita yang ada ilmu tentang ini, tampil untuk bantu ana jawab...ana tak reti... cuma bagi ana, kenapa perlu kepada ulama, penjelasan di atas adalah jawapan ana....bagi soalan siapakah ulamak, ana hanya ada jawapan "orang yang faqih tentang agama dan faqih tentang al-quran".... selebih ana serah pada yang lebih arif...


Kepimpinan ulamak adalah gagasan islam sendiri, bukan PAS..

Dalam kitab imamah ada menyebut syarat pertama menjadi pemimpin adalah tak buat dosa besar dan tak kekal dengan dosa kecil... yang kw-2 mestilah alim dan faqih dalam agama...alim saja tak jadi kalu tak fakeh... hujjah kepimpinan ulama ada dalam usul fekah...Dan kepimpinan ulama ini telah wujud di zaman Rasulullah sallallahalaihiwasallam tetapi dibukukan oleh Imam Syafie rahimahullah dizamannya...


selebihnya rujuklah pada yang lebih arif

sahabat sahabiah yang dirahmati Allah,

soal ulamak tidak mahir ilmu alat, tidak mahir ilmu pengurusan, ekonomi dan sebagainya bukanlah satu masalah pun sebenarnya...tanya balik adakah kita yang mendabik dada sebagai profesional ini mahir tentang agama?...Tidakkah kita nampak Allah menjadikan semua ini untuk saling kuat menguatkan ?....


Maka Ulamak mesti memimpin dan kita adalah kelompok pelaksana, penguat dan pembantu.



asif wa jazakallah ma a' fi amanillah

Allahuakbar !!!

5 ulasan:

hanya hamba berkata...

TAKBIRR!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ulama ialah mereka yg fakeh.adakah golongan profesional tidak fakeh agama, walhal mereka juga belajar? benar..mungkin mereka pelajari agama tidak secara bersanad dari awal.tidak mempunyai dip, dengree, sarjana dlm bidang agama,walaupun pernah ke syiria, setahun utk belajar.namun adakah alasan itu kukuh utk menafikan mereka tidak faham agama, setelah dilantik menjadi pimpinan? cube jadi realistik..di shah alam yb khalid bukan hanya mahir ilmu sunnahtullah..tapi pernah mengaji ilmu syariatullah juga..adakah dia tidak ulama?

MemaLI berkata...

tahu dan faham itu besar jurang perbezaannya... pro khalid ke, siap mention nama khalid lagi..huhuh...cuma nama sendiri jer tak mention..

Tanpa Nama berkata...

semua orang pernah mengaji ilmu syariatullah...tapi tak semua fakeh. Setakat mengaji je..UMNO pun mengaji

Tanpa Nama berkata...

I am a professional class. I would not just take the name of a professional, but im a licensed professional practis. Although I am a prefesional, I've been learning about religion in general and specific. Am I a ULAMA?. I do not think so.