Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Jumaat, 23 September 2011

Hang Tuan melawan Tuan Hukum







Betarunglah hang tuah di rumah Si Jebat sehingga gamat adanya satu ketika. Dan bertebar pukang inang dan dayang menyelamatkan diri. Tidak kurang sibuk gembala penguasa mencucuk tombak ke lantai papan teratak jebat... Yahhhh..yahh..haaiipp....yahhhh.... entah kenapa kalimat keramat ini sering terpacul ketika berentap...barangkali menyeru se
mangat juang agaknya... " Bisa juga bocah ini, orak tumbang disepak terajang !!! " dengus Tuah..

"Aku sahabatmu Tuah, bukan petualanganmu"... "tidakk!!... kau bukan sahabatku, kau khinat pada penguasa"

itulah gamaknya raka
n menikam rakan yang sangat terkenal membela bangsa kononnya...

Hilang....

"takkan melayu hilang didunia".. kalimah keramat dari tuah sehingga terkenal meniti dibibir para jelata... Tak kurang jua sekarang ini diguna pakai oleh pejuang bagsa kononnya... Tidaklah dapat dipastikan kesahihannya, apakah benar itu kalimah Tuah atau hanya sekadar direka-reka dan diada-ada supaya melayu rasa megah dan selesa, tanpa sedar sebenarnya mereka hanyalah tidur lena...

Adapun benar jika tidak hilang, hinggalah tuan itu sendirinya hilang entah kemana ? ... tiada kesan dan tiada jua pusara kecuali hanyalah selubang telaga...lainnya hanyalah direka-reka... habiss....



Hang TuaN......

Lahirlah pula pendekar kontot dari gunung hamunok diberi nama seakan dia...itulah hang TuaN... Pembela bangsa dan ketuanannya... menjulang keris lagak salaknya , tetapi bertarung takutlah jua. Mencabar bagaikan pecah kerak bumi, berhadapan bertempiaran ia lari... Mencabar bulan sayup dilangit, sedangkan keris hanya sehasta.. Tiada benar akalnya dan buta perutnya.. Dikatakan gila , dimarahnya kita..


Badar Al-kubra....

Teringat satu peristiwa tika mana Nabi saw bersama sahabat dimedan badar.. bertembung mereka antara dua KETUANAN... ketuanan ISLAM dan Ketuanan Quraisy... (Nah sekarang ini apa bezanya).. pertembungan ini pertambunagn aqidah pada syara'nya dan ketuanan pada bahasanya.. Peristiwa yang menyucikan aqidah.

Muslim berbilang Tuan...

kafir quraisy ketika itu berjuang mempertahankan ketuanan Quraisy mereka dari diborbokkan oleh agama baru pada mereka, sedang ketika itu tentera islam juga berbilang ketuanannya dan pernah dalulunya berperang demi ketuanan bangsa mereka. Mereka adanya bangsa arab, bangsa parsi, bangsa yaman, bangsa habasyah dang sebagainya. Sukar benar menebas bangsa.. Tetapi Badar Alkubra mendidik mereka celik hati dan celik mata.. Dibuangnya muslimin ketuanan Bangsa dan dijulangnya ketuanan Agama.

Dalam keadaan baru masuk islam dan sangat lemah..diperintahkan Allah berhadapan dan berperang dengan pejuang bangsa. Itulah anak didik Nabi saw, menjual dunia kepada tuhannya..membeli aqidah yang tinggi harganya... menafikan bangsa dan membenarkan agama... ini soal AQIDAH, bukan politik busuk berbangkai rata.

"barang siapa berjuang di atas nama bangsa, bukan dari kalangnku ( falai saminni)"


Tuan Hukum...

kerana merasakan dia tuan, maka sudah berani-berani melawan tuan Hukum. Dibolak balikkan hukum Tuan hukum, laksana yahudi beralasan menyembelih sapi... Hudud dijadikan mainan dan dinampakkan kejam... angkara siapa ?...Hang tuaN dan sekutunya... katanya kena bertanya dulu berlainan bangsa dan berlainan agama, barulah boleh ia dilaksanakan... Tanya mereka?..kenapa perlu bertanya mereka...adakah mereka tuan sekalian memanda ?!


Sejarah Purbakala....

tiadalah tercatat lagi dalam kitab purbakala mahupun kitab merong mahawangsa atau karya tun sri lanang, bahawa meminta pandangan dan kebenaran untuk solat dan puasa.
Dan sekarang ini pun tidak pernah kita bertanya berapa rokaatkah patutnya maghrib kita pada bukan agamanya... bagaimana kah kahwin kita pada paderi gereja... bagaimanakah puasa kita pada sami budha... kerana semuanya telah diajarkan oleh tuhan yang esa dan yang paling importasi adalah ia adalah ARAHAN tuhan seluruhnya... Maka tidaklah kita bertanya mereka berlainan agama... Apa hak dan layakkah mereka untuk berbicara rokaat solat kita dan mengubah cara kita berpuasa ?!








inilah konsep ibadah dalam semua agama..tidak perlu bertanya pada selain agamanya..


Lalu kenapa Hudud hendak ditanya-tanya...tidakkah itu juga arahan Tuan hukum ?! kenapa pula konsep ibadah berbeda ?!



tidak lain dan tidak bukan hang tuaN sudah GILA agaknya.....




wallahualam...
Allahuakbar!!!


3 ulasan:

hanya hamba berkata...

waahh!! dah update!
suke3

HUHUHU....hang Tuah yang hilang entah ke mana, yang tinggal hanya hang tiga suku gila pangkat dan nama je...
siap suruh buat anugerah sempena nama die yang tak tahan tu...

Jebat pembela rakyat dikata penderhaka,
Si pengampu juga yang jadi wira bangsa kononnya....

MemaLI berkata...

cik sutera bila nak update..i follow :)

hanya hamba berkata...

tgh memerah idea...