Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Rabu, 16 November 2011

Tarbiyyah Ayam Sabong



Adapun jagooan si ayam sabong orak kerana sifat semula jadinya semata, melainkan asuhan si tuan empunya...

makannya dijaga, mandinya dilayan, belainya tak dilepaskan dan tajinya diasah semedang..

Dek kesabaran si empunya menjaga di zaman telur lagi sehinggalah besar adanya... namun bukan semua selayaknya menyabong..

Si ibu mengeram telur 2 purnama masanya, yang kemudian memberi tanda rekahan pada kulit telur tanda tidak lama lagi lahirhah jagoan ulung..

Si empunya tidak bersikap isti'jal apabila melihat rekahan itu....tidak diketuk2 nya untuk mempercepatkan kelahiran, dan tidak dikopek-kopekkan kulit telur itu semata tidak sabar melihat generasi baru sabongannya...

tetapi dibiar sabongan itu matang sendiri dengan alamnya.. dirasakan udara sedikit demi sedikit dari celahan retakkan itu....dirasakan haba dan cuaca dunia sedikit demi sedikit dari celahan rekahan itu supaya sesuai dengan tubuhnya...tidaklah ia menerima secara tiba-tiba dan mengejut yang memungkinkan kecacatan dan kematiannya..

Kalut...

Sifat kalut atau isti'jal yakni tidak sabar menunggu lebih membawa kepada binasa... Maka tidaklah si empunya itu kalut... dibiarkan bayi sabongan itu keluar sendiri apabila dirasakan sesuai...kerana dengan cara ini sahajalah si empunya dapat melahirkan ayam sabongan bertaraf jagoan.. itulah tarbiyyah

Gerakan Islam..

begitupun gerakan islam itu dilarang keras untuk isti'jal kerana hanya celaka yang menanti disana. Pelbagai tuduhan dibuat dari golongan isti'jal antaranya Ulama lambat, masih menggunakan kaedah kuno, apa lagi nak ditarbiyyah kerana sekarang masa untuk memerintah..

Apabila politikus bangkai bicara dengan nada isti'jal..nantikanlah saat kehancuran... entah apa yang dikejarkan..sehingga diri sendiri berceceran... amilin yang jahil terus dengan kejahilannya...bekerja dengan semangat semata, bukan dengan semangat yang berjiwa,.. kerana tarbiyah sudah dianggap beban dan sia-sia.. Kalut mengopek kulit telur kerana gelojoh mahu melihat isi dalamnya...

Al- Banna...

satu catatan sejarah yang dipandang sepi dalam lipatan sejarah ikhwan muslimin... apabila ulama ikhwan dikatakan lambat dan tidak progresif dalam berhadapan pentadbiran mesir dan masih bertarik tali dengan kerajaan dengan pendekatan siasah syariyah.. terus menerus golongan isti'jal didalam ikhwan menyerang pimpinan sehingga mereka menubuhkan gema ikhwan yang bertindak menyerang balas pentadbiran....maka ikhwan mula dinampakkan sebagai pertubuhan military yang membahayakan kerajaan... atas asas itu, Al- Banna ditembak mati dihadapan pejabatnya... kesan daripada tindakkan beberapa golongan inti'jal dalam harakah

Menang..

jangan memaksa kemenangan itu datang... tetapi sabarlah mentarbiyah amilin sefahamnya... kelak mereka dengan sediri akan beriltizam dan memenangkan islam.. laksana jogaan si ayam sabong





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sahabt, jgn dihina politikus sebegitu rupa..tiada beza anda dan mereka..
amanah yg digalas utk mengekalkan kemenangan oleh politikus satu pekerjaan maha berat..
jika 2 ini, ulama vs politikus sinergi dalam memainkan peranan..persoalan siapa lambat dan siapa gelojoh tidak akan timbul

MemaLI berkata...

ni salah faham ni..hmm... politikus ada banyak jenis.. ada yang baik, ada yang berakhlak, ada yang amanah, dan x lupa juga ada yang biadap, gelojoh dan mengambil kesempatan... Mengambil pentafsiran politikus secara umumi adalah satu bacaan yang tidak siyasah... tapi mengambil pembacaan politikus secara khususi bil khas adalah satu pembacaan arena syiasah yang lebih tepat... berjalan-jalanlah di di kawasan dan cawangan, pasti akan lebih jelas realitinya...dan bukan sekadar apa yang tercatat didalam buku haraki semata-mata..:). Layer politik banyak dan berlapis-lapis..