Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Khamis, 27 Ogos 2009

Peperangan Ain Jalut









Pada kurun ke-7 hijrah, tentera Tatar telah melancarkan salah satu serangan terbesar mereka di bumi Khilafah Islamiah, mengakibatkan tergadainya ibu-negara Khilafah, Baghdad, pembunuhan Khalifah dan penaklukan 3/4 bumi Umat Islam. Pada ketika itu, salah seorang pemimpin teragung dalam sejarah Islam muncul membela Ummah mulia ini dan mengangkat kembali maruah Islam. Ini dicapai beliau melalui satu peperangan hebat dalam sejarah. Baginda ialah "Raja Kemenangan" Mahmood Sayfu-d-Deen Qutuz, dan peperangan tersebut adalah 'Ain Jaloot.

Penaklukan Tatar

Tentera Tatar mula mencerobohi bumi Umat Islam pada penghujung tahun 656 hijrah. Apabila Khalifah ketika itu, Abu Ahmad al-Musta'sim Billah, mula menyiapkan bala tentera beliau untuk menyekat pencerobohan ini, menteri baginda "al-'Alkami" memperdayakan beliau agar berdamai dengan pihak musuh. Al-Alkami, seorang Shiah, telah berhubung secara sulit dengan pihak Tatar, berjanji dengan mereka untuk menghentikan apa-apa tentangan terhadap mereka dengan syarat Tatar melantik beliau sebagai Khalifah dan membenarkan beliau menubuhkan kerajaan Shiah sebliau sendiri di Baghdad.

Apabila al-Alkami berjaya memperdayakan pemimpin umat Islam dan meyakinkan baginda bahawa perjanjian damai telahpun berjaya dicapai dengan pihak Tatar, al-Musta'sim berangkat bersama-sama dengan para menteri baginda dan para ulama serta para pemimpin Baghdad untuk bertemu dengan pemimpin Tatar. Kesemua mereka kemudiannya dibunuh dan Baghdad kemudiannya ditawan oleh tentera Tatar dan maruah serta harga diri umat Islam Baghdad dicemar dengan kejam.

Pengkhianat al-Alkami bagaimanapun tidak dapat memenuhi cita-citanya kerena, tentera Tatar, yang yakin bahawa seseorang yang mengkhianati pemimpinnya sendiri tidak mungkin dapat dipercayai, telah membunuhnya juga.

Berikutan dengan penaklukan Baghdad, umat Islam mengalami banyak kekalahan dan banyak lagi bandar-bandar yang tertawan. Tentera Tatar, setelah merampas seluruh Iraq, telah mula memusnahkan bumi Shaam (termasuklah Syria, Jordan, Palestin, Lubnan dan sebahagian daripada Mesir dan Iraq), sebagai membalas keengganan para pemduduk bandar-bandar ini menyerah kalah.

Dengan kejatuhan Damascus, tentera Tatar mara ke arah Mesir dan Maghribi, pertahanan umat Islam yang terakhir pada ketika itu, yang sekiranya jatuh ke tangan musuh, mungkin menghancurkan sama sekali ummah ini.

Ketua tentera Tatar, "Katabgha", kemudiannya seperti biasa mengutuskan sepucuk surat penuh dengan amaran dan ugutan kepada Amir umat Islam di Mesir. Antara lain kandungan surat tersebut adalah; "Kami telah menghancurkan bumi umat Islam sebelum ini, meyatimkan anak-anak, menyiksa penduduknya dan membunuh mereka, mencemarkan maruah mereka dan menjadikan pemimpin-pemimpin mereka banduan. Adakah kamu fikir kamu dapat menyelamatkan diri dari kami? Tidak seberapa lama lagi kamu akan tahu apakah nasib kamu...."

Walaupun bahasanya kasar dan tidaklah sehebat mana, tetapi surat dari tentera Tatar itu memberi kesan yang sangat mendalam pada umat Islam ketika itu kerana kelemahan mereka dan kerendahan peradaban serta akhlak mereka.

Pemimpin Umat Islam, Qutuz, yang dibesarkan dengan ajaran-ajaran Rasulullah SAW, memberikan jawapan yang berlainan daripada yang diberikan oleh lain-lain pemimpin umat Islam; baginda membunuh utusan Tatar tersebut dan membiarkan mayat-mayat mereka bergantungan di ibukota baginda, menaikkan kembali semangat tentera dan rakyat baginda dan pada masa yang sama memberikan kejutan pada musuh yang angkuh lagi bongkak itu beserta dengan pengintip dan penyokong-penyokong mereka.

Apabila jawapan Qutuz sampai kepada tentera Tatar menerusi pengintip-pengintip mereka di Mesir, mereka sedar bahawa pemimpin yang sedang mereka hadapi ini berlainan sekali, bukan seperti yang telah mereka temui.

Sekiranya mereka mengetahui sejarah, tentu sekali mereka sedar bahawa pemimpin umat Islam ini mencontohi Haroon ar-Rashid dalam jawapan baginda kepada pemimpin Roman, Nakfoor dan juga jawapan al-Mu'tasim kepada gabenor Amouriyah, dan pastinya mereka tidak akan berani berhadapan dengan baginda.

Persediaan Peperangan

Qutuz menyedari bahawa jawapan yang sedemikian berani pasti akan mempercepatkan lagi serangan yang hebat ke atas baginda dan rakyat beliau; lantas perlulah mereka membuat persediaan.

Maka beliau mula menyiapkan rakyat beliau dengan senjata iman dan kesatuan, sebelum menyiapkan mereka dengan senjata-senjata besi. Bagi mencapai kesatuan, beliau menghantar utusan kepada pemimpin-pemimpin yang berpecah dari kerajaan beliau dan para Amir Mamluk, seperti "Beber al-Bandakan" yang kemudiannya terkenal sebagai, "Bebeer yang hebat", meminta mereka mengenepikan perselisihan faham antara mereka dan bersatu demi mengalahkan musuh utama mereka, musuh Islam.

Qutuz, menyedari peranan penting para ulama dan pengaruh mereka ke atas rakyat umum, meminta bantuan dan sokongan dari para ulama, meminta mereka mendoakan kemenangan, dan menyeru rakyat agar bangun demi Islam. Beliau menjadikan para ulama sebagai penasihat utama beliau.

Ulama yang paling terkenal yang turut menyumbang ke arah perjuangan ini adalah, "Pemimpin para Ulama", al-'Izz bin Abdis-Salam. Qutuz meminta Bin Abdis-Salam mengeluarkan fatwa yang membenarkan beliau mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada rakyat jelata demi untuk mempersiapkan tentera umat Islam. Ulama Islam yang ikhlas ini menjelaskan bahawa gabenor ini tidak boleh mengenakan cukai yang baru, melainkan setelah seluruh kekayaan gabenor, serta kekayaan para pemimpin dan sanak-saudara beliau, telah habis dibelanjakan. Al-'Izz turut memaksa penjualan ketua-ketua tentera Mamluk, kerana mereka belum lagi merdeka dari penghambaan mereka (Mamluk kebanyakan merupakan hamba yang turut serta di dalam tentera dan mendapatkan kuasa secara perlahan-lahan sehinga akhirnya mereka mguasai angkatan tentera).

Wang yang diperlukan itu akhirnya berjaya dikumpulkan tanpa perlu mengenakan apa-apa cukai tambahan ke atas rakyat. Melihatkan kepatuhan pemimpin mereka pada Hukum Allah SWT sepertimanya digariskan oleh ulama-ulama, rakyat bangkit dari lamunan mereka dan memberikan taat setia kepada Qutuz dan menyedari tanggungjawab mereka dalam Jihad dan berkorban pada Jalan Allah demi menyekat penaklukan bumi umat Islam.

Peperangan

Berpandukan pada kata-kata Rasulullah SAW, "mereka yang diserang ditengah-tengah bumi mereka sendiri (iaitu mereka yang hanya bertahan) akan terhina," Qutuz mengarahkan tentera beliau mara untuk berhadapan dengan musuh. Beliau juga menghantar satu batalion eksploitasi di bawah pimpinan Beebers ke arah Gazza di Palestin, yang berhadapan dengan bahagian-bahagian kecil tentera Tatar dan mengalahkan mereka. Ini melindungi pergerakan tentera utama di bawah pimpinan Qutuz, yang akhirnya tiba berhampiran dengan pantai Palestin, kubu kuat tentera salib. Qutuz memberi amaran kepada tentera salib dan menjelaskan kepada mereka yang beliau mampu mengalahkan mereka dengan mudah sebelum berhadapan dengan tentera Tatar, sekiranya mereka tidak bersikap neutral dalam peperangan ini. Menyedari kebenaran amaran ini dan melihat kekuatan tentera Islam, tentera salib terpaksa bersikap neutral bagi mengelakkan mereka dihancurkan.

Apabila tentera utama Islam tiba berhampiran dengan musuh, Qutuz memilih medan perang di sebuah lembah yang dikelilingi dengan pergunungan. Beliau juga meletakkan tentera beliau di atas gunung-gunung untuk mempertahankan bahagian belakang angkatan tenteranya daripada tentera salib, Tatar, mahupun pengkhianatan dalaman.

Tentera Tatar akhirnya tiba di kawasan yang akan menjadi matlamat terakhir mereka. Pertempuran meletus dan keseimbangan pertempuran mula beralih kepada pihak Tatar; sayap kanan tentera Tatar mula melemahkan sayap kiri tentera Islam. Apabila tentera Islam mula berundur, Qutuz segera memanjat ke atas seketul batu dan sambil mencampakkan keledar beliau, berteriak, "Wa Islamah...Wa Islamah....," menggesa tentera Islam agar terus berdiri, berjuang menentang musuh-musuh Allah. Panglima-panglima tentera Islam yang mula kecewa mendengar seruan pemimpin utama mereka dan melihat wajah beliau yang bersemangat, menghayun pedang beliau, memecahkan benteng-benteng tentera Tatar, meninggalkan mayat-mayat musuh bergelimpangan. Keberanian Qutuz menghidupkan kembali semangat para panglima tenteranya yang terus mengikut jejak langkah beliau; mengangkat kembali semangat tentera Islam.

Tidak lama kemudian, pertempuran mula berpihak kepada umat Islam, hingga akhirnya tentera Tatar bertaburan, ramai dari tenteranya terbunuh dan ditawan. Manakala selebihnya melarikan diri berikutan dengan terbunuhnya ketua mereka dan tertawannya anak lelakinya. Tidak seorangpun dari tentera Tatar ini berjaya melepaskan diri dari terbunuh atau ditawan - mereka yang melarikan diri dibunuh kemudiannya oleh para penduduk Shaam.

Apabila beri kemenangan ini sampai ke bandar Damascus dan sekitarnya, umat Islam meraikanya dan kembali bersemangat serta mula menyerang tentera-tentera Tatar lain. Mereka juga menyerang pihak yang menyokong tentera Tatar, termasuklah sebahagian tentera salib, Batini ('Alawi), Shiah dan sebahagian pengikut kesufian yang sesat.

Apabila tentera Tatar menyedari bahawa kekuatan mereka di bumi Islam Timur mula terancam dan umat Islam mula bangkit, mereka melarikan diri kembali ke negara mereka. Qutuz berjaya membebaskan Shaam dalam masa beberapa minggu sahaja.

Qutuz membalas jasa para pemimpin Umat Islam yang membantu beliau mencapai kemenangan dengan mengembalikan sesetengah dari raja-raja Ayubi ke negeri mereka dan melantik sebahagian dari panglima-panglima beliau sebagai gabenor.

Sebab-sebab di Sebalik Kemenangan

Sekiranya kita mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan ini, kita akan mendapati bahawa faktor-faktor ini tidak pernah, dan tidak akan berubah sejak dari wahyu pertama sehinggalah ke hari Kiamat.

Syarat pertama adalah keimanan yang sejati dan benar - dan para ulama sejati sebagai tempat rujukan kita - yang tidak takutkan pemerintah ataupun gabenor dalam memmpertahankan agama Allah. Mereka diwakili oleh "Pemimpin para Ulama", al-'Izz bin Abdis-Salam, moga Allah merahmati beliau.

Syarat kedua pula adalah untuk mempunyai seorang pemimpin yang ikhlas berusaha mengangkat Ayat-ayat Allah dan mempertahankan Agama Allah demi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ini diwakili oleh "Raja Kemenangan" Qutuz, moga Allah merahmati beliau.

Syarat yang ketika dan yang amat penting adalah kesatuan umat Islam di bawah satu panji Tauhid yang sebenar, berkongsi matlamat dan tanggungjawab, mengenepikan perselisihan kecil antara mereka.

Kesan Peperangan

Kesan nyata peperangan ini adalah pembebasan umat Islam dari pemerintahan Tatar dan kepercayaan mereka yang menyeleweng, menaikkan kembali semangat dan harga diri umat Islam, dan penyebaran Aqeedah sebenar yang menekankan Jihad dan melarang dari kemalasan dan menyerah diri.

Sebelum peperangan ini, sesetengah riwayat menyatakan bahawa seorang wanita Tatar akan lalu melepasi sekumpulan lelaki Islam dan dia akan mengarahkan mereka agar menunggunya mencari sebilah pisau untuk menyembelih mereka; dan mereka akan menurut arahan ini, menunggu berjam-jam, malah berhari-hari, sehinggalah mereka disembelih. Namun, selepas kemenangan ini, umat Islam pula yang memburu tentera-tentera Tatar; berperang dan membunuh mereka.

Satu lagi kesan penting adalah tertubuhnya semula sebuah kerajaan Islam yang kuat selepas ia hampir-hampir pupus. Khilfah ini berdiri megah selama berabad lamanya mempertahankan Islam dan umat Islam daripada kekejaman dan ketamakkan sesiapa sahaja.

Peperangan ini juga membuktikan kepada umat Islam akan fitrah yang sentiasa benar; walau bagaimana lemah dan bertaburan umat Islam itu, apabila mereka kembali kepada Jalan Allah dan Rasul-Nya yang sejati dan lurus, serta jalan-jalan para pengikutnya yang sebenar, mereka akan mencapai kemenangan.

Ia juga membuktikan bahawa walau bagaimana kuat dan agungnya panji-panji kesesatan dan kekejaman itu, ia pasti dikalahkan juga akhirnya.

Ia juga merupakan satu amaran kepada pemerintah-pemerintah yang kononnya melaksanakan Islam di bumi-bumi umat Islam, yang nasib mereka juga tidak akan berlainan dengan pemerintah-pemerintah seperti mereka sebelum ini, apabila pemerintahan dan kekuasaan mereka lenyap.

Oleh Sdr. Muhammad El-Halaby



jazakallah...

Allahuakbar !!!








Tiada ulasan: