Adapun cerita ni sudah lama diberi tahu oleh seorang ustaz kepada saya, tetapi tidaklah saya tahu macam mana nak disampaikan pada orang ramai...Lagipun ada ka orang nak dengar...
Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan
Khamis, 31 Disember 2009
Ilmu Buah Pelam
Adapun cerita ni sudah lama diberi tahu oleh seorang ustaz kepada saya, tetapi tidaklah saya tahu macam mana nak disampaikan pada orang ramai...Lagipun ada ka orang nak dengar...
Selasa, 29 Disember 2009
Nafsu Lembu
Seorang lelaki dikatakan hemsem, smart,kacak dan sebagainya apabila memenuhi beberapa kreteria mengikut citarasa masing-masing... Begitu juga bagi seorang perempuan yang akan dikatakan cantik, lawa, cun,cute dan sebagainya apabila memenuhi ciri-ciri yang sesuai dengan kehendak lelaki...Masing-masing ada citarasa tersendiri...
Isnin, 28 Disember 2009
Jagung Semut
Adapun cerita semut ini makin diLUPAi orang, tetapi sangatlah besar manfaatnya jika di sampaikan turun temurun , generasi ke generasi… moga-moga kita tidak LUPA dan senantiasa berada dalam keadaan sedar… sedar?!!... tentang apa..?!!
Torsobot dalam satu kesah zaman nabi Allah Sulaiman yang tidak asing lagi tentang mukjizatnya bercakap dengan makhluk binatang. Pada satu hari Nabi Allah Sulaiman berjumpa dengan saekor semut lalu ditanya-nya
Nabi Sulaimai : wahai cik semut… apa makanan harian enta ?
Cik Semut : ermm ana makan jagung
Nabi Sulaiman : berapa banyak enta makan?
Cik Semut : ana makan sebutir untuk sebulan
Nabi Sulaiman : Oh..Kalu gitu ana perintahkan enta untuk duduk dalam sebuah bekas tertutup selama 2 bulan…dan ana sediakan 2 butir jagung…Dan selepas 2 bulan, ana akan datang membuka bekas ini… apa kamu sanggup ?
Cik Semut : baiklah wahai nabi Allah Sulaiman…
Maka duduklah cik semut torsobot dalam kotak itu bersama makanannya 2 butir jagung untuk 2 bulan… selepas 2 bulan, datanglah Nabi Allah Sulaiman mengotakan kata-katanya…
Nabi Sulaiman : Aik ??!! cik semut…enta cakap 1 biji satu bulan… kenapa selepas 2 bulan enta hanya makan sebutir sahaja dan sebutir lagi tidak?
Cik Semut : wahai Nabi Allah Sulaiman…ana buat begini sebab ana bimbang kalu ana makan habis 2 butir ini, dan tiba-tiba enta LUPA datang buka kotak ini selepas 2 bulan, nescaya ana akan mati kebuluran… akan tetapi ana tidak bimbang jika Allah yang mengarahkan demikian kerana Allah tidak pernah LUPA.
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar. 255 albaqoroh