Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan

INNA SOLATI , WANUSUKI , WAMAHYAYA , WAMAMATI , LILLAHIRABBILALAMIN.... LAA SYARIKALAHU , WABIZAA LIKAUMIRTU , WA ANA MINAL MUSLIMIN

Khamis, 14 Januari 2010

Baitul Muslim



Mengkesampingkan dan Memperlekehkan Baitul Muslim


Ramai orang bermaklumat, tapi sangat sedikit maklumat itu menjadi ilmu, dan sangat sedikit pula ilmu itu berhikmah. Hikmah bilamana dapat diambil ibrah darinya dan bermanfaat. Hikmah bilamana sudah mencapai ilmu al-yakin, yakni tidak ada syak, dzhon dan waham ataupun was-was lagi tentangnya..

Kita boleh jadi hebat dan berilmu dengan banyak membaca, dan kita akan menjadi sangat berpengetahuan dengan membaca, dan juga secara tidak langsung kita akan membina pemikiran yang kritis serta berpandangan dinamik dengan banyaknya membaca. Akan tetapi berhati-hatilah dengan semua ini, kerana kita bisa tenggelam dan mungkin tertipu dengan ilmu yang ada..ilmu makan tuan… Bunyi macam pelik, tetapi berlaku sebenarnya.. Akan berlaku “ilmu makan tuan” bilamana tidak ada tawaddhu’ dalam menuntut dan menyampaikan ilmu. Disana ada rasa u’jub (ajaib dgn kebolehan diri) dan sum-a’h (ingin disebut-sebut dan dipuji)…Natijahnya rasa taasub dengan pandangan diri akan berselubung, dan merasakan diri sentiasa betul mula mendominasi hati dan akal…auzubillah min zalikal fitnah ,wa astaqfirullah a’la kullihal..

Apa itu baitul muslim ?.. secara kasarnya, ia merujuk kepada kekeluargaan islam..kenapa tidak disebutkan “usrah muslim” ?.. dari sudut bahasanya kan lebih tepat..kerana usrah merujuk kepada keluarga.. Pasti ada mesej tersirat disebalik perkataan “al-bait” sehingga melangkaui perkataan “al-usrah”…Boleh jadi mesej baitul muslim bukan sahaja merujuk kepada perkahwinan antara sesama muslim, akan tetapi menyentuh aspek pembinaan dan pentarbiyahan keluarga yang dibina, bermula dari suami , isteri kemudiannya anak-anak..,boleh jadi…..

Baitul muslim pada permukaan…

Bilamana lelaki dan perempuan disatukan dengan ikatan perkahwinan dimana si lelaki itu islam dan si perempuan itu juga islam, maka ia dikira baitul muslim..itu secara bahasa mudahnya…. Akan tetapi, apabila perkahwinan itu bukan dengan seagama, contohnya si lelaki islam dan si perempuan budha atau kedua-duanya bukan islam, maka tidaklah itu dipanggil baitul muslim..Dari sudut bahasanya jelas… Tetapi adakah sekadar itu baitul muslim ?..

Baitul muslim pada dasar…

Baitul muslim adalah penyambung diantara fardhu muslim dan masyarakat muslim, sebelum menuju kepada daulah islamiyah dan seterusnya khilafatul islamiyah…Maka sudah pasti amanahnya sangat besar dan bukan sekadar kemuncaknya lafaz aqad… Akan tetapi kemuncaknya adalah siri-siri pentarbiyahan yang berlegar dalam keluarga sehingga terbentuknya generasi pejuang bagi meyambung urusan yang belum selesai…kita semua akan mati dan mati itu sangat hampir…Agaknya, atas dasar betapa besarnya cita-cita ini, dan betapa besar matlamat amanah ini, maka ia dinamakan BAITUL MUSLIM….agaknya…

Mengkesampingkan Baitul Muslim…

Bermula dengan fardhu muslim , kemudiannya baitul muslim, diikuti dengan masyarakat muslim, daulah islamiyah dan akhir sekali khilafah islamiyah… Dalam disiplin ilmu, islam mengajar tentang tertib, iaitu tidak melangkah antara terdahulu dan terkemudian…Makanya selepas fardhu muslim, seboleh-bolehnya diusahakan pula baitul muslim… Melangkau baitul muslim sebenarnya meyukarkan lagi pembinaan masyarakat muslim…Tak ada jalan pintas dalam perjuangan islam… Jika kita gagal membentuk komuniti kecil yang dinamakan baitul muslim, agaknya mampukah kita membentuk komuniti besar iaitu masyarakat muslim…soal daulah dan khilafah apatah lagi…

Selalu di dengari dari pejuang muda yang menolak untuk berbicara soal baitul muslim…seolah-oleh jatuh standard dan hilang thiqoh jika perkara ini dibualkan…ego benar bunyinya..”hmmm tak habis-habis Baitul Muslim, apa tak da benda lain nak sembang ker”,”ish, tak boleh syeikh..BM ni pekara sampingan jer, Kita ada benda lebih besar nak buat..lagho, lagho semua tu”,”ana tak nak pikir semua tu, yang penting berjuang bersungguh-sungguh”….. Ya benar,BM bukan perkara dasar dalam Harakatulislamiyah, tetapi ibrah BM mendasari matlamat Harakatulislamiyah sepertimana tertib yang diajarkan kepada kita…Mengkesampingkan BM adalah salah.

Kenapa nak kawin?

Hakikatnya kita bukanlah tok wali yang mampu melawan nafsu, dan kita juga bukanlah malaikat yang tidak rasa apa-apa bila melihat lelaki atau perempuan…Kita juga bukan lembu kambing yang bebas melakukan apa saja bila berkehendak dengan sesiapa sahaja… Kita adalah manusia biasa yang mengambil Islam sebagai agama.. Islam tidak pernah mengajar pengikutnya menafikan naluri kemanusiaan, bahkan mengajar bagaimana untuk memandu naluri tersebut sepertimana yang dikehandaki Allah swt…Maka Islam memperkenalkan perkahwinan… Yang kedua,baitul muslim adalah step kedua yang perlu disempurnakan sebelum menuju langkah ketiga, masyarakat muslim…ketiganya adalah membentuk nasab yang muslih…nasab yang muslih ini akan mengorak langkah masyarakat muslim… amanah ini sangat besar…

Dengan Siapa ?

The Blues Gang-ITTO

Oh mama, saya mahu kawin,

Kawin dengan siapa,

Dengan siapa saja..

Dengan siapa saja?..Satu ungkapan yang perlu dikaji semula. Apabila perkahwinan itu dengan tujuan al-baitul muslim, maka tidak boleh dengan siapa saja..Akan tetapi SIAPA DIA… pertamanya muslim dan yang kedua nasabnya. Nasab selalunya dikaitkan dengan keturunan baik-baik..itu betul,tapi sukar benar nak mencari nasab seperti itu zaman sekarang…Bagaimana pula anak UMNO yang berjaya melalui proses tarbiyah islam khususnya harakatulislamiyah...Ana mengambil pendekatan agak ringan dalam isu nasab… Nasab itu

  • 1. Seperti yang dimaksudkan dengan maksud sebenar (kenyataan di atas)…ini yang terbaik jika dapat.
  • 2. Aqidah yang rhoseh.
  • 3. Bersama dengan harakah islam(pendokong)
  • 4. Akhlak yang baik
  • 5. Sentiasa berusaha memperbaiki akhlak

Cukuplah 4 perkara yang ke bawah untuk meluluskan soal nasab.

Jodoh di tangan Tuhan…Kalimat keramat ini sentiasa diperdengarkan sebagai alasan untuk mengelakkan BM… Ya benar jodoh itu urusan tuhan, tetapi adakah kita punya usaha untuk menggarap visi BM ?... “tak mencabarlah amik ahli jemaah”, “org luar lebih memahami ana berbanding ahli jemaah”, “ceh, ahli jemaah hipokrit, org luar lebih ikhlas”…. Ini semua cakap-cakap orang gopoh dan kecewa…. Kenapa perlu bazirkan masa untuk mentarbiyah isteri atau suami sedangkan kita punya pilihan calon yang sudah ditarbiyah…soal sempurna itu cerita lain… Bukanlah maksud disini mentarbiyah isteri atau suami itu perkara yang membuang masa, akan tetapi kita perlu sedar kita punya anak-anak untuk difokuskan dan masyarakat untuk didampingi serta kerja-kerja jemaah yang perlu disiapkan...Sempatkah kita mentarbiyah pasangan kita ?.. Bimbang pula kita yang hanyut… Lagi pula apakah pasangan kita bisa menerima kehidupan berjamaah jika tidak ditarbiyah ?!… Sedikit sebanyak , ia akan menjadi factor kelemahan kita…Jangan kita terhalang untuk berhidmat dengan Jamaah dek kerana asyik mentarbiyah pasangan masing-masing…

“bagi ana kawin ini soal kedua, yang penting ialah berjuang untuk islam…ana tak kawin pun tak kisah, bukan priority pun”…ucapan sombong dan nadanya sangat ego… Benar BM bukanlah satu kewajipan, bahkan tidak pantas untuk diwajibkan kepada semua orang atau dihukumkan wajib… Cukuplah sekadar mewajibkan untuk diri sendiri , sebagai satu usaha menjaga aqidah perjuangan yang dipelihara selama ini…tidaklah wajib untuk BM sesama ahli, tetapi adalah sangat digalakkan…Justeru, sahutlah seruan baitul muslim dengan lapang dada…



Jazakallah…

Allahuakbar !!!







3 ulasan:

ct berkata...

aktikel yg menarik

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

budakhitam berkata...

salam..ana ade satu soalan..ana pernah bcinta dgn seseorg ni di zaman persekolahan dulu..tp slps kami mlngkah ke alam universiti, kami putuskan utk tdk lg berhubung spt dulu kerana u lain2. tp ana masih ade perasaan terhadap dia dan ana rasa dia pun ade lg perasaan kt ana.tp bila masuk u,ana terlibat dgn gerakan Islam dan dia xterlibat..soalan, ustaz rasa perlu ke ana kahwin dgn dia, atau dr klgn ahli gerakan tu sendiri. kdg2 ana rasa bsalah utk tgglkn dia tp pd masa yg sama ana nak bina baitul muslim dgn ahli gerakan yg satu fikrah dgn ana..sekian :)