Adapun cerita ni sudah lama diberi tahu oleh seorang ustaz kepada saya, tetapi tidaklah saya tahu macam mana nak disampaikan pada orang ramai...Lagipun ada ka orang nak dengar...
Kita memilih jihad sebagai jalan hidup, Dan kita akan tetap diatasnya sehingga dijemput Tuhan
Khamis, 31 Disember 2009
Ilmu Buah Pelam
Adapun cerita ni sudah lama diberi tahu oleh seorang ustaz kepada saya, tetapi tidaklah saya tahu macam mana nak disampaikan pada orang ramai...Lagipun ada ka orang nak dengar...
Selasa, 29 Disember 2009
Nafsu Lembu
Seorang lelaki dikatakan hemsem, smart,kacak dan sebagainya apabila memenuhi beberapa kreteria mengikut citarasa masing-masing... Begitu juga bagi seorang perempuan yang akan dikatakan cantik, lawa, cun,cute dan sebagainya apabila memenuhi ciri-ciri yang sesuai dengan kehendak lelaki...Masing-masing ada citarasa tersendiri...
Isnin, 28 Disember 2009
Jagung Semut
Adapun cerita semut ini makin diLUPAi orang, tetapi sangatlah besar manfaatnya jika di sampaikan turun temurun , generasi ke generasi… moga-moga kita tidak LUPA dan senantiasa berada dalam keadaan sedar… sedar?!!... tentang apa..?!!
Torsobot dalam satu kesah zaman nabi Allah Sulaiman yang tidak asing lagi tentang mukjizatnya bercakap dengan makhluk binatang. Pada satu hari Nabi Allah Sulaiman berjumpa dengan saekor semut lalu ditanya-nya
Nabi Sulaimai : wahai cik semut… apa makanan harian enta ?
Cik Semut : ermm ana makan jagung
Nabi Sulaiman : berapa banyak enta makan?
Cik Semut : ana makan sebutir untuk sebulan
Nabi Sulaiman : Oh..Kalu gitu ana perintahkan enta untuk duduk dalam sebuah bekas tertutup selama 2 bulan…dan ana sediakan 2 butir jagung…Dan selepas 2 bulan, ana akan datang membuka bekas ini… apa kamu sanggup ?
Cik Semut : baiklah wahai nabi Allah Sulaiman…
Maka duduklah cik semut torsobot dalam kotak itu bersama makanannya 2 butir jagung untuk 2 bulan… selepas 2 bulan, datanglah Nabi Allah Sulaiman mengotakan kata-katanya…
Nabi Sulaiman : Aik ??!! cik semut…enta cakap 1 biji satu bulan… kenapa selepas 2 bulan enta hanya makan sebutir sahaja dan sebutir lagi tidak?
Cik Semut : wahai Nabi Allah Sulaiman…ana buat begini sebab ana bimbang kalu ana makan habis 2 butir ini, dan tiba-tiba enta LUPA datang buka kotak ini selepas 2 bulan, nescaya ana akan mati kebuluran… akan tetapi ana tidak bimbang jika Allah yang mengarahkan demikian kerana Allah tidak pernah LUPA.
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar. 255 albaqoroh
Khamis, 3 Disember 2009
Penakut ?!....
Ahad, 8 November 2009
Allahuya'lam ....
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.
Bagi individu yang pernah belajar matematik middle level ataupun ilmu statistik, sudah pasti gambarajah di atas sudah tidak asing lagi bagi mereka. Begitu juga bagi individu yang bekerja di bahagian kawalan kualiti produk (PQC) di mana-mana kilang, pasti sangat arif tentang perihal gambarajah ini...Kerana disinilah analisa yang dibuat kepada apa yang bakal dihasilkan....Namun bagi yang sudah terlupa, mari kita flashback seketika secara ringkas...Allahuya'lam
Graf Normal...
Secara kampungnya, graf ini mewakili jawapan kepada analisa yang dibuat dimana ditunjukkan di dalam region berlorek atau berwarna biru...Katakan region tersebut adalah 'K' ... Maka nilai 'K'adalah sebarang nilai yang terkandung dalam region berlorek...Maka 'K' secara kesimpulannya adalah " K adalah lebih basar dr X dan lebih kecil dr Y" , dimana nilai X dan Y bergantung limit region graf yang terhasil... Memberi faham di sini 'K' boleh menghasilkan lebih dari satu jawapan, dan kesemua jawapan itu betul... K equal to 1 or 1.1 or 1.342 or 2.287 and many more as long cavored in the region...cewahh speking pulokkk.. Dan jarang sekali kita dapat lihat region itu membentuk hanya satu garisan ( hanya satu jawapan),bahkan kadang-kadang mustahil... 'K' equal to zero bermaksud perfect or no damage or crack or rosak or lingkup... jarang berlaku...
Lecturer tension.....
Dulu saya selalu tanya soalan wire putus dalam kelas, antaranya pasal normal distribution ni lah..
Allahuya'lam...
Akhirnya baru saya jelas, sekaligus menjawab persoalan Allah maha mengetahui dan Allah tahu segala sesuatu dan Allah tahu segala yang tersembunyi.. Hanya Allah, hanya Allah, hanya Allah...Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui (Al-baqoroh 216)....
Rupanya nilai K hanya Allah yang tahu dan kita hanya tahu value yang hampir kepada yang betul sahaja...itu pun kita akan berkhilaf dengan pelbagai jawapan... Cuba bayangkan, kalau dalam soal matematik yang sudah ada fomular tetap, tapi kita masih gagal mendapatkan jawapan sebenar, inikan pula soal jemaah yang tidak ada formular. Sudah barang tentu bertimbun-timbun jawapan yang diberikan untuk hanya satu soalan.. Soal sekarang mana satukah jawapan yang betul ?!....Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui (Al-baqoroh 216)
Harakah Islamiyah...
Berbalik kepada Graf di atas, maka kita simpulkan bahawa tidak ada satupun pandangan dalam Harakah Islamiayah ini yang tepat melainkan hanya sekadar menghampiri yang benar... Kerana pandangan yang tepat disisi Allah, hanya Allah taala yang tahu..Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui (Al-baqoroh 216)... Lalu pandangan yang manakah yang boleh dikira menghampiri yang paling benar ?!.. Iaitu padadangan yang tidak terkeluar dari region berlorek tersebut... Lalu apakah region tersebut (X dan Y) ?!... Iaitu Al-Quran dan Sunnah.... Maka ketahuilah bahawa kita akan sentiasa berkhilaf, kerana kita sendiri tidak tahu setepatnya apakah jawapannya disisi Allah... Cumanya khilaf kita itu janganlah sampai terkeluar dari al-quran dan sunnah...Dan Allah sudah membuka ruang DOA supaya kita sentiasa berdoa, moga-moga keputusan yang dibuat itu selari dengan kehendak Allah....Jika ini dihadami(Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui (Al-baqoroh 216) , maka akan lahirlah individu tidak memandang rendah pada pandangan orang lain, meraikan orang lain, yang terbuka dan redho untuk korbankan pandangan peribadi, untuk rendah diri mengaku kesilapan sendiri dan untuk mengutamakan pandangan sahabat-sahabat lebih-lebih lagi keputusan JAMAAH... kerana apa ?! kerana Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui (Al-baqoroh 216)...
..dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan -( al maidah 99)
Strategi....
Jalan (strategi) untuk menang itu banyak... Dan yang banyak itu adalah KHILAF...jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf dan jangan terlalu bebas berkhilaf... Adalah lebih baik kita membuka luas ruang untuk mencari titik pertemuan, kerana di sana ada nilai ukhuwah yang perlu ditatang sebaiknya.... Apapun kemenangan pasti datang dengan hanya jalan BIIZNILLAH dan syaratnya mestilah LILLAHITAALA...
jazakallah...
Allahuakbar !!!
Jumaat, 16 Oktober 2009
Aku gantikan...
Rabu, 7 Oktober 2009
Ibratulmujahiden...
Rabu, 30 September 2009
Sabtu, 29 Ogos 2009
Ulama' Perang
Ya abidal haramain
Moving lines of poetry written from the front line by Imam 'Abdullah ibn al-Mubarak, the great Muhaddith, Faqih, Zahid, Mujahid, Warrior-Poet, pupil of Imam Abu Hanifah and Shaykh of Imam al-Bukhari, to Fudayl b. 'Iyad al-Tamimi, the great 'Abid, Shaykh of the Makkan Haram, pupil of Imam al-Shafi'i:
يا عابد الحرمين لو ابصرتنا
O Worshiper at the Two Holy Sanctuaries, Had you witnessed us
لعلمت انك في العبادة تلعب
You would have known that your worship is mere play, frivolous;
من كان يخضب خده بدموعه
فنحورنا بدمائنا تتخضب
For every tear you have shed upon your cheek, We have shed in its place, blood upon our chests.
أو كان يتعب خيله في باطل
فخيولنا يوم الصبيحة تتعب
You are playing with your worship, While worshipers offer your worship, Mujahideen offer their blood and person (life).
ريح العبير لكم ونحن عبيرنا
رهج السنابك والغبار الأطيب
The smell of nice perfume of is for you, And our perfume is the dust and dirt (which is more pure)
ولقد اتانا من مقال نبينا
And it has reached us from the sayings of our Prophet
قول صحيح صادق لا يكذب
This is a true correct saying, in which there is no lie.
لا يستوي غبار خيل الله في
The dust of the people of Allah is never equal
أنف امرئ ودخان نار تلهب
To a thousand men, whilst the smoke is climbing.
هذا كتاب الله يحكم بيننا
This is the book of Allah between us
ليس الشهيد بميت لا يكذب
The martyr is not dead - and this is no lie
-'Abdullah ibn Mubarak
Khamis, 27 Ogos 2009
Peperangan Ain Jalut
Pada kurun ke-7 hijrah, tentera Tatar telah melancarkan salah satu serangan terbesar mereka di bumi Khilafah Islamiah, mengakibatkan tergadainya ibu-negara Khilafah, Baghdad, pembunuhan Khalifah dan penaklukan 3/4 bumi Umat Islam. Pada ketika itu, salah seorang pemimpin teragung dalam sejarah Islam muncul membela Ummah mulia ini dan mengangkat kembali maruah Islam. Ini dicapai beliau melalui satu peperangan hebat dalam sejarah. Baginda ialah "Raja Kemenangan" Mahmood Sayfu-d-Deen Qutuz, dan peperangan tersebut adalah 'Ain Jaloot. |
Penaklukan Tatar Tentera Tatar mula mencerobohi bumi Umat Islam pada penghujung tahun 656 hijrah. Apabila Khalifah ketika itu, Abu Ahmad al-Musta'sim Billah, mula menyiapkan bala tentera beliau untuk menyekat pencerobohan ini, menteri baginda "al-'Alkami" memperdayakan beliau agar berdamai dengan pihak musuh. Al-Alkami, seorang Shiah, telah berhubung secara sulit dengan pihak Tatar, berjanji dengan mereka untuk menghentikan apa-apa tentangan terhadap mereka dengan syarat Tatar melantik beliau sebagai Khalifah dan membenarkan beliau menubuhkan kerajaan Shiah sebliau sendiri di Baghdad. Apabila al-Alkami berjaya memperdayakan pemimpin umat Islam dan meyakinkan baginda bahawa perjanjian damai telahpun berjaya dicapai dengan pihak Tatar, al-Musta'sim berangkat bersama-sama dengan para menteri baginda dan para ulama serta para pemimpin Baghdad untuk bertemu dengan pemimpin Tatar. Kesemua mereka kemudiannya dibunuh dan Baghdad kemudiannya ditawan oleh tentera Tatar dan maruah serta harga diri umat Islam Baghdad dicemar dengan kejam. Pengkhianat al-Alkami bagaimanapun tidak dapat memenuhi cita-citanya kerena, tentera Tatar, yang yakin bahawa seseorang yang mengkhianati pemimpinnya sendiri tidak mungkin dapat dipercayai, telah membunuhnya juga. Berikutan dengan penaklukan Baghdad, umat Islam mengalami banyak kekalahan dan banyak lagi bandar-bandar yang tertawan. Tentera Tatar, setelah merampas seluruh Iraq, telah mula memusnahkan bumi Shaam (termasuklah Syria, Jordan, Palestin, Lubnan dan sebahagian daripada Mesir dan Iraq), sebagai membalas keengganan para pemduduk bandar-bandar ini menyerah kalah. Dengan kejatuhan Damascus, tentera Tatar mara ke arah Mesir dan Maghribi, pertahanan umat Islam yang terakhir pada ketika itu, yang sekiranya jatuh ke tangan musuh, mungkin menghancurkan sama sekali ummah ini. Ketua tentera Tatar, "Katabgha", kemudiannya seperti biasa mengutuskan sepucuk surat penuh dengan amaran dan ugutan kepada Amir umat Islam di Mesir. Antara lain kandungan surat tersebut adalah; "Kami telah menghancurkan bumi umat Islam sebelum ini, meyatimkan anak-anak, menyiksa penduduknya dan membunuh mereka, mencemarkan maruah mereka dan menjadikan pemimpin-pemimpin mereka banduan. Adakah kamu fikir kamu dapat menyelamatkan diri dari kami? Tidak seberapa lama lagi kamu akan tahu apakah nasib kamu...." Walaupun bahasanya kasar dan tidaklah sehebat mana, tetapi surat dari tentera Tatar itu memberi kesan yang sangat mendalam pada umat Islam ketika itu kerana kelemahan mereka dan kerendahan peradaban serta akhlak mereka. Pemimpin Umat Islam, Qutuz, yang dibesarkan dengan ajaran-ajaran Rasulullah SAW, memberikan jawapan yang berlainan daripada yang diberikan oleh lain-lain pemimpin umat Islam; baginda membunuh utusan Tatar tersebut dan membiarkan mayat-mayat mereka bergantungan di ibukota baginda, menaikkan kembali semangat tentera dan rakyat baginda dan pada masa yang sama memberikan kejutan pada musuh yang angkuh lagi bongkak itu beserta dengan pengintip dan penyokong-penyokong mereka. Apabila jawapan Qutuz sampai kepada tentera Tatar menerusi pengintip-pengintip mereka di Mesir, mereka sedar bahawa pemimpin yang sedang mereka hadapi ini berlainan sekali, bukan seperti yang telah mereka temui. Sekiranya mereka mengetahui sejarah, tentu sekali mereka sedar bahawa pemimpin umat Islam ini mencontohi Haroon ar-Rashid dalam jawapan baginda kepada pemimpin Roman, Nakfoor dan juga jawapan al-Mu'tasim kepada gabenor Amouriyah, dan pastinya mereka tidak akan berani berhadapan dengan baginda. Persediaan Peperangan Qutuz menyedari bahawa jawapan yang sedemikian berani pasti akan mempercepatkan lagi serangan yang hebat ke atas baginda dan rakyat beliau; lantas perlulah mereka membuat persediaan. Maka beliau mula menyiapkan rakyat beliau dengan senjata iman dan kesatuan, sebelum menyiapkan mereka dengan senjata-senjata besi. Bagi mencapai kesatuan, beliau menghantar utusan kepada pemimpin-pemimpin yang berpecah dari kerajaan beliau dan para Amir Mamluk, seperti "Beber al-Bandakan" yang kemudiannya terkenal sebagai, "Bebeer yang hebat", meminta mereka mengenepikan perselisihan faham antara mereka dan bersatu demi mengalahkan musuh utama mereka, musuh Islam. Qutuz, menyedari peranan penting para ulama dan pengaruh mereka ke atas rakyat umum, meminta bantuan dan sokongan dari para ulama, meminta mereka mendoakan kemenangan, dan menyeru rakyat agar bangun demi Islam. Beliau menjadikan para ulama sebagai penasihat utama beliau. Ulama yang paling terkenal yang turut menyumbang ke arah perjuangan ini adalah, "Pemimpin para Ulama", al-'Izz bin Abdis-Salam. Qutuz meminta Bin Abdis-Salam mengeluarkan fatwa yang membenarkan beliau mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada rakyat jelata demi untuk mempersiapkan tentera umat Islam. Ulama Islam yang ikhlas ini menjelaskan bahawa gabenor ini tidak boleh mengenakan cukai yang baru, melainkan setelah seluruh kekayaan gabenor, serta kekayaan para pemimpin dan sanak-saudara beliau, telah habis dibelanjakan. Al-'Izz turut memaksa penjualan ketua-ketua tentera Mamluk, kerana mereka belum lagi merdeka dari penghambaan mereka (Mamluk kebanyakan merupakan hamba yang turut serta di dalam tentera dan mendapatkan kuasa secara perlahan-lahan sehinga akhirnya mereka mguasai angkatan tentera). Wang yang diperlukan itu akhirnya berjaya dikumpulkan tanpa perlu mengenakan apa-apa cukai tambahan ke atas rakyat. Melihatkan kepatuhan pemimpin mereka pada Hukum Allah SWT sepertimanya digariskan oleh ulama-ulama, rakyat bangkit dari lamunan mereka dan memberikan taat setia kepada Qutuz dan menyedari tanggungjawab mereka dalam Jihad dan berkorban pada Jalan Allah demi menyekat penaklukan bumi umat Islam. Peperangan Berpandukan pada kata-kata Rasulullah SAW, "mereka yang diserang ditengah-tengah bumi mereka sendiri (iaitu mereka yang hanya bertahan) akan terhina," Qutuz mengarahkan tentera beliau mara untuk berhadapan dengan musuh. Beliau juga menghantar satu batalion eksploitasi di bawah pimpinan Beebers ke arah Gazza di Palestin, yang berhadapan dengan bahagian-bahagian kecil tentera Tatar dan mengalahkan mereka. Ini melindungi pergerakan tentera utama di bawah pimpinan Qutuz, yang akhirnya tiba berhampiran dengan pantai Palestin, kubu kuat tentera salib. Qutuz memberi amaran kepada tentera salib dan menjelaskan kepada mereka yang beliau mampu mengalahkan mereka dengan mudah sebelum berhadapan dengan tentera Tatar, sekiranya mereka tidak bersikap neutral dalam peperangan ini. Menyedari kebenaran amaran ini dan melihat kekuatan tentera Islam, tentera salib terpaksa bersikap neutral bagi mengelakkan mereka dihancurkan. Apabila tentera utama Islam tiba berhampiran dengan musuh, Qutuz memilih medan perang di sebuah lembah yang dikelilingi dengan pergunungan. Beliau juga meletakkan tentera beliau di atas gunung-gunung untuk mempertahankan bahagian belakang angkatan tenteranya daripada tentera salib, Tatar, mahupun pengkhianatan dalaman. Tentera Tatar akhirnya tiba di kawasan yang akan menjadi matlamat terakhir mereka. Pertempuran meletus dan keseimbangan pertempuran mula beralih kepada pihak Tatar; sayap kanan tentera Tatar mula melemahkan sayap kiri tentera Islam. Apabila tentera Islam mula berundur, Qutuz segera memanjat ke atas seketul batu dan sambil mencampakkan keledar beliau, berteriak, "Wa Islamah...Wa Islamah....," menggesa tentera Islam agar terus berdiri, berjuang menentang musuh-musuh Allah. Panglima-panglima tentera Islam yang mula kecewa mendengar seruan pemimpin utama mereka dan melihat wajah beliau yang bersemangat, menghayun pedang beliau, memecahkan benteng-benteng tentera Tatar, meninggalkan mayat-mayat musuh bergelimpangan. Keberanian Qutuz menghidupkan kembali semangat para panglima tenteranya yang terus mengikut jejak langkah beliau; mengangkat kembali semangat tentera Islam. Tidak lama kemudian, pertempuran mula berpihak kepada umat Islam, hingga akhirnya tentera Tatar bertaburan, ramai dari tenteranya terbunuh dan ditawan. Manakala selebihnya melarikan diri berikutan dengan terbunuhnya ketua mereka dan tertawannya anak lelakinya. Tidak seorangpun dari tentera Tatar ini berjaya melepaskan diri dari terbunuh atau ditawan - mereka yang melarikan diri dibunuh kemudiannya oleh para penduduk Shaam. Apabila beri kemenangan ini sampai ke bandar Damascus dan sekitarnya, umat Islam meraikanya dan kembali bersemangat serta mula menyerang tentera-tentera Tatar lain. Mereka juga menyerang pihak yang menyokong tentera Tatar, termasuklah sebahagian tentera salib, Batini ('Alawi), Shiah dan sebahagian pengikut kesufian yang sesat. Apabila tentera Tatar menyedari bahawa kekuatan mereka di bumi Islam Timur mula terancam dan umat Islam mula bangkit, mereka melarikan diri kembali ke negara mereka. Qutuz berjaya membebaskan Shaam dalam masa beberapa minggu sahaja. Qutuz membalas jasa para pemimpin Umat Islam yang membantu beliau mencapai kemenangan dengan mengembalikan sesetengah dari raja-raja Ayubi ke negeri mereka dan melantik sebahagian dari panglima-panglima beliau sebagai gabenor. Sebab-sebab di Sebalik Kemenangan Sekiranya kita mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan ini, kita akan mendapati bahawa faktor-faktor ini tidak pernah, dan tidak akan berubah sejak dari wahyu pertama sehinggalah ke hari Kiamat. Syarat pertama adalah keimanan yang sejati dan benar - dan para ulama sejati sebagai tempat rujukan kita - yang tidak takutkan pemerintah ataupun gabenor dalam memmpertahankan agama Allah. Mereka diwakili oleh "Pemimpin para Ulama", al-'Izz bin Abdis-Salam, moga Allah merahmati beliau. Syarat kedua pula adalah untuk mempunyai seorang pemimpin yang ikhlas berusaha mengangkat Ayat-ayat Allah dan mempertahankan Agama Allah demi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ini diwakili oleh "Raja Kemenangan" Qutuz, moga Allah merahmati beliau. Syarat yang ketika dan yang amat penting adalah kesatuan umat Islam di bawah satu panji Tauhid yang sebenar, berkongsi matlamat dan tanggungjawab, mengenepikan perselisihan kecil antara mereka. Kesan Peperangan Kesan nyata peperangan ini adalah pembebasan umat Islam dari pemerintahan Tatar dan kepercayaan mereka yang menyeleweng, menaikkan kembali semangat dan harga diri umat Islam, dan penyebaran Aqeedah sebenar yang menekankan Jihad dan melarang dari kemalasan dan menyerah diri. Sebelum peperangan ini, sesetengah riwayat menyatakan bahawa seorang wanita Tatar akan lalu melepasi sekumpulan lelaki Islam dan dia akan mengarahkan mereka agar menunggunya mencari sebilah pisau untuk menyembelih mereka; dan mereka akan menurut arahan ini, menunggu berjam-jam, malah berhari-hari, sehinggalah mereka disembelih. Namun, selepas kemenangan ini, umat Islam pula yang memburu tentera-tentera Tatar; berperang dan membunuh mereka. Satu lagi kesan penting adalah tertubuhnya semula sebuah kerajaan Islam yang kuat selepas ia hampir-hampir pupus. Khilfah ini berdiri megah selama berabad lamanya mempertahankan Islam dan umat Islam daripada kekejaman dan ketamakkan sesiapa sahaja. Peperangan ini juga membuktikan kepada umat Islam akan fitrah yang sentiasa benar; walau bagaimana lemah dan bertaburan umat Islam itu, apabila mereka kembali kepada Jalan Allah dan Rasul-Nya yang sejati dan lurus, serta jalan-jalan para pengikutnya yang sebenar, mereka akan mencapai kemenangan. Ia juga membuktikan bahawa walau bagaimana kuat dan agungnya panji-panji kesesatan dan kekejaman itu, ia pasti dikalahkan juga akhirnya. Ia juga merupakan satu amaran kepada pemerintah-pemerintah yang kononnya melaksanakan Islam di bumi-bumi umat Islam, yang nasib mereka juga tidak akan berlainan dengan pemerintah-pemerintah seperti mereka sebelum ini, apabila pemerintahan dan kekuasaan mereka lenyap. Oleh Sdr. Muhammad El-Halaby jazakallah... Allahuakbar !!! |
Pesanan Ust Tuan Ibrahim
Rabu, 26 Ogos 2009
Surat Ibn Mubarak kepada Fudhail bin Iyadh
Wahai abid haram,
Makkah dan Madinah
Andai engkau melihat kami
Kau pasti akan sedar bahawa engkau tengah bermain dengan ibadah
Kau basahi pipimu dengan air mata
Sementara pipi kami bersimbah darah
Kau lelahkan kudamu dalam kebatilan
Sementara kuda kami letih kerana peperangan
Semerbak wewangian menghembusmu
Sementara kami diterpa taburan debu
Allahuakbar !!!
jazakallah